Quantcast
Channel: Diari Hatiku
Viewing all 38 articles
Browse latest View live

Pesakit Mati !!

$
0
0
Pesakit Mati

Grrrr, sejuknya hari ni! Monolog sendirian. Jam di tangan kanan menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku baru habis round rheumatology sebentar tadi. Perutku memulas-mulas. Tandas mana nak masuk nih???

Kuhayunkan kaki ke menuju tandas berdekatan dengan wad ENT(ear nose and throat). Minta-minta sempat :-p

“Yabny, enta hatruh feen(kau nak pergi mana)???”sergah si Ahmad,kawan arab Mesir ku yang tinggi lampai. “3andy haga delwaqty, bye bye,(aku ada hal)” kataku dingin. Huhuhu. “Hategy ma3aya delwaqty (Kau pergi ikut aku sekarang),”paksa Ahmad.


Ditariknya tanganku tanpa menunggu sebarang reaksi. Eiiiiii Aku dah la nak cepat masuk tandas ni! Si Ahmad ni memang perangai dia macam ni, pantang jumpa aku, dah susah nak lepas. Kepala batu , macam aku gak, tu pasal serasi kut. Haha. Aku pun ikut jerla dengan muka yang tak puas hati ke dalam wad ENT tu.


“Apasal ni? Kau nak study ENT balik ke?”soalku. “Ada patient baru lepas seminggu jalani operation, dia ada CSOM (Chronic Suppurative Otitis Media) – Cholesteatoma dengan komplikasi ke otak,”kata Ahmad dalam bahasa Arab campur Inggeris. “What are the complications?”soalku lagi pantas. “See the CT scan,”kata Ahmad.

Aku pun keluarkan kepingan radiology dari sampul yang ada di pejabat waktu tu. Bukan CT scan ajer dalam sampul tu, MR angiography pun ada. Pelik aku, kenapa buat MR Angiography sekali? CT cukup lah, MRA dah la mahal. Terlintas soalan tu dalam benakku. “See it first,”katanya.

Dah tengok baru aku tahu kenapa kena buat MRA. This patient actually is having CSOM and complicated with Lateral Sinus Thrombophlebitis with Extradural Abscess with history of 3 previous Radical Mastoidectomy operations (yang bukan dalam bidang perubatan maaf yer, x dapek den nak translate)Emm kenapa sampai 3 kali? Dalam masa sebulan pulak tu. Aku minta complete history dari secretary. Ahmad tengok ajer apa aku buat.

Aku tak tahu apa motif dia tarik aku tengok file patient nih. “So what do you want from me actually? The diagnosis is already there,”lantas kutanya.

This patient still has infection and bleeds massively this morning,in spite of massive antibiotics”kata Ahmad. Aku senyap. “He is diabetic? Taking immunosuppressive drugs?” soalku. “La ya doctor, ma galosh sukkar wala beyahud 3alag,”sampuk nurse dari belakang (tidak doctor, dia tak ada kencing manis atau ambil apa-apa ubat). Ubat yang jururawat tu maksudkan bermaksud Immunosuppressive drugs, ubat yang diprescribe kat hospital ni memang la dia ambil, of course. Anticoagulant memang diambil oleh patient ni sebab thrombosis tu. Possibly anticoagulant can cause the bleeding, but infection? Otakku menerawang~

“Let’s see him,”cadangku. Kami pun mengorak langkah keluar dari pejabat secretary untuk masuk ke wad ENT lelaki. Sampai ajer dalam wad, kami lihat katil dia kosong. “Madam Laila, feen Ustaz Mahmod Atef?” tanyaku dalam bahasa arab. “Dalam OT(operation teatre) telinganya berdarah lagi tadi. Dr Mosa kata kecemasan, maka kami sorong ke OT 10 minit yang lalu,”kata nurse.

Aku tercengang. Kenapa boleh berdarah sampai begitu sekali. Takkan ada leakage pulak. Dah seminggu dah. CT scan terbaru lepas operation yang kulihat tadi normal ajer. Aku minta blood profile daripada nurse. Tiba-tiba Ahmad kata nak balik. “Nothing we can do here,”katanya. Aku diam 5 minit berfikir. “Aku nak masuk operation,”kataku tekad. “EEEEEEEEEEEiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhh????”jerit Ahmad hairan.(apa)


Aku terus letak beg berisi buku Kumar and Clark yang seberat 3 kilo (lebih kurang) tu di bilik setiausaha tadi. Ahmad masih tanya kenapa aku nak masuk OT pulak. “Aku tak rasa ni masalah surgical. Most probably ni medical problem,”kataku. Ahmad bengis. Dia kata aku akan buang masa sahaja kat situ. Tak ada apa dapat bantu.

You can leave if u want, I don’t have any problem with that,”jelasku nekad. Jari telunjukku naik member isyarat. Ahmad senyap. Dia dah tahu kalau tangan aku naik tu maknanya aku dah annoyed dengan sikap dia waktu tu. Maka baik senyap dan ikut atau senyap dan pergi. Geram! Dia yang beriya-iya tarik orang masuk wad sampai nak berak pun dah tak ada selera, sekarang dia nak suruh balik pulak, mana aku tak angin?Dia pun berlalu pergi. Suka hati kau~ desisku dalam hati.

Aku masuk OT pukul 1.30 waktu tu. Pelajar Malaysia akhawat tahun 4 baru keluar dari bilik OT. Aku tak ingat nama mereka. Huhuh. Dr Mosa dengan lagi seorang doctor pakar yang tua ada dalam wad.Aku pun tak tahu nama prof tua tu.huhu Patient terbaring tak sedarkan diri atas katil operation. Mata aku terpacak tengok temperature 35 degree. Turun? Oxymeter 80%. Aku tengok DINAMAP pulak, tekanan darah makin turun. Mula-mula aku tak alert. Lepas tu conscious level aku terus kembali dan aku tengok DINAMAP lagi sekali……………….


NO HEART BEAT!!

Pesakit ni telah meninggal dunia 5 minit yang lalu, sewaktu aku tukar gown operation tadi, maklum DR Mosaad. Kecewa bukan kepalang waktu tu. Sekujur tubuh lelaki berusia 34 tahun meninggal di katil operation. Aku baru saja nak bantu mana yang boleh. Allah lebih menyayanginya.

Dr Mosa dan sahabatnya berlalu. Tinggal pakar bius (anaesthetist) dan nurse sahaja dalam OT. Aku diam. Kusedekahkan al-fatihah kepada arwah. Lantas keluar dari OT terus direct jumpa Dr Mosa. “Can I take his blood sample?” soalku. Dr Mosa tercengang. Diam. Dia tenung mataku dalam-dalam. Aku dah cuak! “Leih yabny?(kenapa anakku?)” tanya beliau lembut.

“I want to know the cause of the infection, bleeding and death,”sebutku satu persatu. Dr. Mosa kembali diam. Ditenungnya professor tua di sebelahnya yang turut mendengar. Profesor tu pandang aku. Diangkat tangan kirinya dan diletakkan atas bahu kananku. Aku dah menggeletar seluruh tubuh~ Rasa nak tarik balik soalan tadi. Cuak cuak!!

I permit u to withdraw his blood only. 5 ml syringe would be enough. But don’t do anything else. Because this patient has passed away. He is now under forensic department. You need the consent from the family member for any other procedure. Otherwise you must answer in the court. You got my point??”tanya Prof tua tadi. Aku mengangguk faham.

Aku berlalu. Lega bukan kepalang. Aku tak tahu apasal aku berani sangat nak ambil darah si mati tu sampai tanya kat prof. Dah buang tabiat ke? Betulke aku buat nih??tanyaku dalam hati…......

Aku kembali masuk OT. Aku cakap kat Anaesthetist tadi pasal ambil darah si mati. Dia tak kisah. Aku pun apa lagi, capai syringe dari nurse terus ambil darah dari cannula yang melekat di salur darah tangan kiri pesakit yang meninggal tadi. Aku sebenarnya curiga, kenapa boleh infection selepas bagi massive antibiotic,siap bleeding for unknown reason lagi. INR dia 3 (coagulation profile yang aku tengok tadi-Normal). Kalau seorang sihat, normal INR antara O.9-1.3 . Kalau patient tu under warfarin(anticoagulant) therapy INR 2-3 dikira sebagai normal. Kalau lebih dari 5 baru ada masalah coagulation dan patient bleeds easily. Secara tuntasnya warfarin tadi tak menyebabkan masalah ini.


Dah dapat darah. Terus aku labelkan dan pass kat nurse. “Specific for HIV screening,”kataku jelas pada nurse. Nurse tercengang. Dr bius yang terdengar kata-kata aku terus angkat muka dan menoleh padaku. Dia tak bertanya apa-apa tapi tunjukkan muka hairan. Aku fikir waktu tu mesti dalam kepala Anaesthetist tu “kenapa sampai HIV budak ni expect?”. Aku anggap ajer. Apa sebenarnya yang dia fikir dalam kepala dia, aku tak tahu. But that’s me. Expect the unexpected. “Kollo haga ma2ol ennaharda,”kataku pada nurse(anything possible nowadays). Kakak jururawat tu sekali lagi tercengang. Aku tinggalkan OT terus pulang ke rumah. Next 2 weeks ada exam. Aku kena study.

2 hari kemudian, aku pergi ke makmal cari blood report arwah(patient yang meninggal 2 hari lepas). Dah jumpa sampul. Aku terus buka. HIV POSITIVE!! Berdegup kencang jantung aku waktu tu. Ahmad yang mengekor turut baca. Dia pun terperanjat! “We have to meet Dr Mosa, now!”kataku pada Ahmad. Dia yang masih kaget mengekor dalam diam seribu bahasa. Dekat ajer sebenarnya wad ENT. Cuma tingkat atas.

Sampai sahaja di wad, tak ada sesiapa pun dalam bilik secretary selain secretary. “Madam, Dr Mosa maugud ennaharda?”tanyaku (dr Mosa ada tak hari ni?). “Maugud, bas ba3da nos sa3ah,”katanya(ada, tapi selepas setengah jam). Aku pun tunggu la dalam wad tu. Ahmad sempat belek fail patient lain. Fail arwah aku pegang.

20 minit kemudian, Dr Mosa sampai. Prof tua hari tu pun ada gak (maafkan aku sebab tak tahu langsung nama prof tua tuh )huhu. Aku terus pass hiv screening test kepada DR Mosa Terbeliak matanya. Rupanya semua operation dan medical treatment yang gagal sebelum ni sebab HIV. Mereka tak sangka pulak, lagipun blood screening for HIV tak diwajibkan pada pesakit. So memang tak tahu HIV punya angkara. Prof tua tadi datang dekat aku.

“You got his file?”

“Yes, sir”

“You know what to do?”

“Absolutely sir,”

“Do it now, thanx for saving lives”kata Prof tua tadi.

Apabila Ahmad dengar doctor tua tu cakap “you know what to do?” Ahmad dah hairan, nak kena buat apa? Pesakit dah meninggal. Apabila doctor tua tu cakap “saving lives” dia naik hairan lagi tapi dia senyap. Sebaik sahaja dua Prof tu berlalu, Ahmad ketuk kepala aku. “Kau nak buat apa?pesakit dah mati, bongok!!”herdiknya dalam bahasa Arab.

“Pesakit tu ada anak isteri. Semuanya kena test for HIV laaaa, bongok!” herdikku balik dalam bahasa arab. Ahmad terdiam. Agaknya musim-musim exam macam ni semua student dah tak dapat fikir dengan waras agaknya~

Berpijak di Bumi yang nyata. Penyakit HIV yang tiada ubatnya semakin merebak dalam masyarakat. HIV hanya boleh dicegah. Penawar masih belum dijumpai.

Sesiapa yang ingin tahu maklumat HIV secara khusus boleh google dalam internet. Everything is there. Kalau inginkan slide powerpoint untuk kempen kesihatan HIV yang saya gunakan di rumah-rumah negeri di Mesir, boleh download di sini


Siapa sangka Negara Islam pun terdapat banyak HIV atau Aids ini. Bersepah to be honest with you. HIV ni merebak secara senyap. Apabila terkena jangkitan pesakit tak sakit apa-apa pun melainkan demam biasa tetapi ramai juga yang tiada apa-apa gejala semasa dijangkiti.

CUMA SELEPAS 5-15 TAHUN, BARULAH TANDA-TANDA HIV MUNCUL.

Maka dalam masa 5-10 tahun ni sebenarnya mereka HIV positive tapi tidak diketahui dan merebakkan bencana ini pada pasangan seksual, isteri dan anak-anak dalam kandungan. Sesiapa ingin tahu tanda-tanda HIV sila google yer, tak larat saya nak tulis kesemuanya di sini. Cuba clicks image kemudian baru nampak gambar-gambar gejala tersebut bagaimana rupanya.

HAKIKATNYA, Negara yang paling banyak HIV –related disease di timur tengah ni adalah Saudi Arabia. Profesor di university yang maklumkan.

HIV di arab Saudi majoritinya disumbangkan oleh golongan homoseksual. Arab Saudi sangat menjaga perempuannya. Tetapi sebahagian lelaki hancur~ Mereka yang gersang mengambil inisiatif membuat anal sex dengan lelaki lembut atau gay atau memang maknyah. Yang customer ini kebanyakannya lelaki straight. Sila google untuk mengetahui hakikat sebenar atau click website ini untuk lihat apa sebenarnya yang berlaku. Website ini dalam bahasa Inggeris.Click di sini.

Negara-negara bukan Islam kebanyakannya lebih teruk of course.

Di Mesir pula HIV disumbangkan seperti di Malaysia, penagih dadah (aku dah terserempak banyak kali dah), pelacuran di jalan HARAM, Giza dan juga golongan homoseksual yang berpusat di Bandar Kaherah, Alexandria, dan Sharm el-Shekh.

Pada 2004(tahun pertama saya sampai Di Mesir) tahun tu masih hangatl lagi di TV dan akhbar tentang penangkapan golongan homoseksual di atas kelab malam gay di atas sebuah kapal di Sungai Nil di Tahrir. pada 2001.  Ada saki baki berita yang kita boleh tatapi di sini

Arab ni muka semua straight looking tetapi main belakang. So jangan kata perempuan sahaja yang bahaya disebabkan nafsu arab yang buas, lelaki pun sama. Ada kes tahun lepas seorang remaja berumur 22 tahun masuk emergency sebab berdarah di lubang duburnya. Apabila student surgery tanya macam mana boleh terjadi ? “Kawan sumbat dengan batang kayu”. Apabila buat colonoscopy untuk lubang dubur, ada kesan-kesan disodomi sejak bertahun-tahun lagi tapi cakap kena batang kayu! You cannot lie to the doctor baby~ The evidence is there. Watch your ass!

Cerita pasal ni aku teringat pula kawan kat kuliah pharmacy aku cerita. Latihan ketenteraan wajib di Mesir ni untuk golongan lepas spm (ala-ala plkn gitu, tapi lebih lama dan lasak). Sebelum masuk latihan, ada beberapa pemeriksaan akan dilakukan seperti flat foot detection, fitness activity dan sebagainya.

Antara yang menarik ialah anal inspection(pemeriksaan dubur) macam kat airport. Huhuhu. Sesiapa yang dikesan disodomi akan diberikan shahadah ahmar (sijil merah). Mereka yang dapat sijil merah tak boleh masuk ketenteraan tapi ada cara lain yang dikenakan. Sebabnya arab ni buas, pantang nampak lubang, kalau ada anak ayam yang jambu-jambu suka offer-offer ni, satu kem nanti kerjakan dia. Untuk mengelakkan semua ni, Golongan gay ini dilarang masuk latihan ketenteraan. Aku tak tahu sahih ke tak tapi ramai kawan aku tanya, diorang cerita benda yang sama, pastu gelak ramai-ramai. So waktu minta kerja nanti kalau ada yang bagi sijil merah, paham-paham la, hahaha. Malaysia should apply this! lebih-lebih lagi setiausaha politik (kontroversi tapi nak tulis gak, haha).

Dadah pula ditanam oleh golongan-golongan yang tak bertanggungjawab di Sinai. In my personal experience, saya dah jumpa seorang ambil marijuana, 2 lagi ambil cocaine dan sekumpulan sahabat ambil Hashish. Kesemuanya pada awalnya kawan-kawan saya di university (budak main campus, bukan kuliah perubatan, ok). Ada cerita di sebaliknya sampai saya lari balik rumah pukul 3 am bila syok-syok tgk tv di rumah mereka tiba-tiba semua start keluarkan dadah dari tapak kasut. Malas nak cerita kat sini. Lain kali saya tulis di post yang lain sebab nanti jadi terlalu panjang~

Moral value di sini, expect the unexpected. Dah sah kekasih tu HIV negative, tiada dadah baru kahwin. Otherwise you are just inviting trouble.
Photobucket
antara tanda yang selalu didapati pada pesakit HIV -pseudomembranous candidiasis

Sesiapa yang dijangkiti HIV dan perlukan khidmat nasihat dan bantuan sila contact saya secara personal di faizalbobby@yahoo.com atau guna email ini di facebook. Saya akan tolong semampu boleh. Sekiranya tak mampu, saya ada sahabat di hospital yang mampu beri bantuan (Mesir). Kalau Malaysia saya boleh minta tolong senior-senior insyaallah.

Sesiapa di Mesir yang ingin buat pemeriksaan darah untuk HIV  boleh buat di hospital-hospital kerajaan. Sekiranya ingin result yang pantas dalam 2 hari dan secara privacy, boleh buat di Hospital Kasr El-Ainy Faransawy di Department Immunology, tingkat 2. Bayaran dikenakan di situ 60 ginih. Bergelumang dengan darah di hospital kadang-kala merisaukan saya, maka saya selalu buat HIV screening dengan Hepatitis Marker di hospital ini. Cepat dan tidak sesak (hospital swasta).

Photobucket

blood screening test saya beberapa tahun lalu. Yang terkini entah letak mana, bilik bersepah.


HIV itu bala yang Allah turunkan atas sebab murkaNya pada manusia yang engkar perintahnya. Sehinggakan mereka yang tidak berdosa seperti isteri dan anak-anak turut menerima padah. Insaflah sebelum terlambat.

Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya. Ada pesakit yang mendapat jangkitan dalam keadaan hina(membuat maksiat), tetapi meninggal dalam keadaan mulia(bertaubat). Bukalah matamu wahai generasi doctor sekalian, kuasa allah ditunjukkan di depan matamu……..

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.



Dr Tareq DiJerut !

$
0
0
Dr Tareq dijerut !!


Bumi Mesir aman tatkala subuh. Tiada kokokan ayam seperti di Malaysia. Sang Keldai pun masih lena dibuai mimpi. Hanya lampu masjid terang menyala seperti subuh waktu di hari yang lain, menyubur hati muslimin dengan mengajak mengerjakan ibadah.


Sekali….Ting ting ! ting ting!ting ting!

Tersentakku dari tidur! Bisingnya alarm!!!!!

Arghhh!!! Daku menguap di keheningan subuh. Pukul 4 am. Kejap lagi masuk subuh. Mataku ptosis lagi.

Lantas kukais selimut ke tepi, kubangkit liat dan kulipat comforter yang kubentang di atas permaidani bilik. Beginilah harianku, katil dan tilam yang empuk hanya sekadar perhiasan atau dijadikan tempat duduk. Daku memilih tidur atas lantai supaya tidurku tidak lebih 6 jam sehari. Kalau tidur atas tilam, huhuhu, tak mungkin accurate 6 jam, selalunya 7 atau 8 jam tidur,selepas tu bangun dalam keadaan stress sebab terkejar-kejar nak buat macam-macam. Maka lebih baik tidur atas permaidani berlapikkan comforter, masaku terurus di samping  baik untuk tulang belakang (e.g. conservative treatment for disc prolapsed).

Rutinku seperti biasa.


General round pada pagi tersebut kuhadiri bersama rakan-rakan lain. Tepat pukul 12 pm, daku mengorak langkah ke department neurosurgery.


Tiba ajer di muka pintu pejabat,”Doctor mosh hayegy ennaharda, bokra maugud insyaallah (doctor tak datang mengajar hari ini, insyaallah esok ada),”kata setiausaha tersebut. Alhamdulillah, desusku. Huhuhu. Bukan apa, cepat sikit aku dapat menempel di klinik pesakit luar sakit puan hari ini.


Kuayun langkahku laju. Sahabat-sahabat lain ada yang berkejar ke tuition, ada yang berkejar ke wad lain dan tentunya ramai yang berkejar pulang!

Jarak dari wad neurosurgery ke klinik outpatient sakit puan ada la ¾ km barangkali. Hospital yang bertahan lebih seratus tahun ni sangat panjang!  Kan lebih baik letak escalator dari hujung ke hujung,tak penat aku.Huhuhu “Dipaksa kurangkan lemak”fikirku.

Sampai ajer di klinik, kuberi salam.

“Waalaikumussalam ya habeby,” sambut Dr Tareq dengan senyuman. Secawan kopi dan sekeping biskut di sebelahnya tidak berusik. Selalunya pekerja akan sediakan minuman panas buat doctor yang bertugas ketika klinik dibuka iaitu pada pukul 8 am. Sekarang dah 1 pm, seteguk pun belum luak. Ramai pesakit barangkali ataupun beliau yang belum ada keinginan untuk minum.

Daku duduk sebelah Dr Tareq, mendengar dan melihat bagaimana dia memeriksa dan menguruskan pesakit. Cepatnya beliau buat kerja. Tak sampai 15 minit,”Faizal can you continue?”.


Eiiiii, aku baru nak jadi observer dah kena suruh pulak. Geramku dalam hati. “Hader,”sambutku. Sabar jer la. Kalau tidak susah nanti nak dapat peluang belajar dengan beliau. Dr Tareq lantas bangun, capai cawan kopi tadi dan duduk di atas katil sambil mengunyah biskut.


Datang sepasang suami isteri ke dalam klinik. Setelah bertanya sakit apa sambil membaca kertas “tazkarah” pesakit yang termaktub nama dan umur, si suami dan isteri yang berumur  56 dan 55 masih diam.


Aku tanya lagi,”sakit apa?” Si suami mendekatkan dirinya kepadaku, pelik haih!!! Beliau berbisik. Matanya liar memerhatikan Dr Tareq untuk memastikan beliau tidak mendengar.

“Fe eih? Ana doctor hena(Apa hal? Saya doctor di sini),”kata Dr Tareq. Completely ignored by the patient. Aku tersenyum melihat situasi yang berlaku. Terus aku tulis prescription dan serahkan “tazkarah” kepada si suami dan isteri tersebut. Mereka pun pulang.

Dr Tareq Tanya pesakit tu sakit apa sampai nak berbisik pulak. Aku maklumkan, tak ada sakit pun.
 “Habis, kenapa datang?”Tanya beliau dalam bahasa arab.

“Si isteri dah menopause.”

“Ok,” balas Dr Tareq pantas. Huhuhu cepat aje jawabnya. Dia dah faham la tu. Tak perlu aku cerita.


Sebenarnya apabila si isteri dah menopause, kemaluannya akan kering dan menyebabkan si suami tidak dapat kepuasan seks kerana geseran yang mengakibatkan kemerahan dan kesakitan pada si isteri. Tu ajer maka aku tulis lubrication kerana itu yang simple dan penyelesaian kepada masalah seksual aktiviti tadi. So tak perlu benda yang complicated macam hormonal replacement therapy etc yang lebih banyak kesan  sampingan.

Dr Tareq bangun dan pergi ke bilik sebelah. Nurse bawa masuk pesakit seterusnya dan begitulah seterusnya. Kebanyakan penyakit adalah penyakit biasa yang telah dipelajari. Sepatutnya houseman atau medical officer yang buat kerja tu. Sekiranya medical student ingin belajar merawat pesakit, perlu ada  houseman atau medical officer yang menyelia.  Nak cari penyelia tu yang susah sebab kena buat baik dengan doctor-doctor ni. Jika mereka puas hati dan yakin anda boleh rawat baru dia akan selia anda. Kalau tidak, mimpilah seorang medical student dibenarkan untuk rawat pesakit.  Mimpi!

Prinsip mudah,”It Is Not How Much You Know That Matters, It Is Whom You Know”.

 Prinsip ini boleh diaplikasikan dalam hidup zaman kini di mana jika kita ingin dapat kerja, dapat tender, dapat resume yang baik etc, networking dengan orang-orang di institusi tersebut perlu mantap. Ilmu penting, benar, tapi networking pun sama penting. Anda ada kelulusan,tetapi tak ada orang yang dikenali susah juga nak dapat kerja atau tender kerana institusi atau syarikat sekarang cenderung untuk memberikan kerja atau tender kepada suku-sakatnya. Unless you are remarkably outstanding, it is very hard to get it if you know nobody.


Kembali kepada cerita tadi.

7-8 pesakit masuk ke klinik silih berganti. “We ba3daha (next)” itu ajerlah yang diucapkan oleh attendant hospital yang duduk di muka pintu.  Aku tengok jam. Mana Dr Tareq ni? Hatiku bersuara.

“We ba3daha.”

Ketup-ketap kasut tinggi mengetuk lantai. Susah nak cari perempuan pakai kasut tinggi kat Mesir ni. Kasut  D&G. Huhuhu. Kudongakkan kepalaku. Macam tak percaya pulak apa yang kutengok.

Seorang wanita muda tinggi lampai, memakai jubah berwarna biru awan, kulit putih bersih, bulu mata ala-ala Angelina jolie , potongan perfect, mantap!!


Dia terus masuk ke bilik dan duduk depan meja. Seorang lelaki muda berjalan masuk. Suaminya barangkali. Tiba-tiba Dr Tareq pun berjalan masuk.

Aku terpinga sekejap. Model ke yang ada depan aku nih? Tertujah soalan di benakku.


Salam 3alaike,”sapaku. “Momkin hashof tazkaratek(excuse me, can I see your paper please)?,”kataku monotonous. Dr Tareq duduk sebelah.

“Esmek eih?(Nama siapa)”

“Zeynab Mohammad Shabrawy.”


“20 sanah?(20 tahun)”

“Aiwah(ya)”jelasnya. Aku tak banyak Tanya sebab maklumat lain ada tertulis dalam kertas.

“Motazawwejah?(married)”'

“aiwah , men 3 senen (ya, dah 3 tahun dah)”kata perempuan tadi sambil memandang mata suaminya.
Perempuan cantik, memang cepat disambar orang, desusku.Huhuhuh

“Beteshteky men aih hadratek?(Puan sakit apa)”tanyaku tenang.
Wanita ini sempat menjeling suaminya.

“ana gai 3alashan 2adawar 3alal 7aml (saya datang kerana masih belum mendapat anak),”kata wanita ini dengan nada kecewa.

“bada2 men emta betdawwar 3alal 7aml? (sejak bila searching for conception),”tanyaku.

“3 senen (3 tahun),”katanya sabar.

Aku mengangguk faham. Software infertility sheet ligat bermain di dalam cakera fikiranku.

Aku lantas bertanya bermacam-macam soalan untuk mengenalpasti sebab ketidakhamilan. Dr Tareq hanya mendengar. Sekali-sekala dia menyampuk membetulkan bahasa arabku apabila pesakit dan suaminya gagal memahami. Namun jawapan semua normal. Erm.

“Dawrah bada2 men emta?ya3ny enty kont kam sanah? (period start waktu bila?iaitu sejak umur berapa?)”soalku.

“Ma 3andesh dawrah”katanya jujur.

“Wala marrah? (sekali pun tak pernah?)” sampuk Dr Tareq. Suaranya agak kuat.

“Wala marrah.(sekalipun tak pernah)”tegas wanita ini.

Aku terdiam. Software amenorrhea stuck dalam cakera fikiran. Aku cuba fikir secara tenang. Tak ingat apa perlu ditanya.


2 minit kemudian baru aku buka mulut.  Perubahan sewaktu baligh kutanya. Symtoms of pituitary adenoma mahupun cryptomenorrhea wajib ditanyakan kepada pesakit ini.

“Mashy,mungkin hadratek betnam fe serer (boleh saudari baring atas katil pemeriksaan),” pintaku.

Pesakit memandang suaminyanya. Segan barangkali. Suaminya memuncungkan mulut ke arah katil. Komunikasi tanpa lisan. Wanita itu bangun. Dihelak tangan suaminya sekali. Romantis!

Kasut tinggi dibuka. Si gadis melabuhkan punggungnya di atas tilam lantas berbaring.

Aku bangkit. Sarung tangan kucapai dan kupakai.Dr Tareq pun sama pakai.

“ba3da eznak hadratak, momkin to2ol zaugatak hete3la3 hudumha shuwaiya 3ashan hanefhas delwaqty,” kataku pada si suami. (minta maaf encik, boleh tak encik suruh isteri encik bukakan baju untuk pemeriksaan)

Itu dinamakan adab. Minta izin dulu. Jangan terus buka butang baju pesakit. Makan penampar nanti. Lebih baik suruh suami atau ahli keluarga  yang buatkan kerana kalau pesakit disuruh , insyaallah dia tak akan akur kerana segan.

Si suami buka butang baju bahagian atas.  Buah dadanya kuperhatikan. Lantas kusuruh tutup kembali. Kami yang lelaki ni tak boleh tengok lama-lama, lain jadinya nanti. Huhuhu. Tangannya kuangkat. Tiada langsung bulu ketiak pada wanita ini.

Dr Tareq turut perhati. “Shof el taht (tengok bahagian bawah),”arahnya.

Ku minta izin supaya si suami membenarkan kami memeriksa kemaluan isterinya. Pun tiada bulu pada pubic area wanita ini.


Aku kena buat PV (per vaginal), fikirku. Lantas ku minta si pesakit meletakkan kedua-dua belah kakinya ke atas stand di kedua-belah katil. Dua jari kumasukkan dalam vagina gadis tersebut. Jariku belum masuk habis lagi si isteri dah menjerit kesakitan. “Blind end vagina,” kataku yakin pada Dr Tareq.

Dr Tareq diam. Kemudian beliau berpaling padaku.

Aku lantas meminta pesakit bangun dan tunggu di luar. Dr Tareq pandang aku. Matanya bulat. Agak menakutkan. Aku alihkan pandangan.


“Faisal, do you know what it’s all about?” Tanya beliau. Aku mengangguk.

“What’s the next step?”

“Serum testosterone level and karyotyping”

“3alattol keda (direct macam tuh)?” tanya tak puas hati.

Aku diam. Itu adalah benda yang diagnostic. Dr Tareq tenung mataku lagi. Kualih pandangan ke lantai. Orang tua ni macam nak makan orang pulak. Errrrrrrrrrrr

Aku diam lagi. Dia jeling lagi.

“If you answer like that in the exam, I will chase you out from the exam,” suaranya agak tinggi.

Apahal pulak ni?tanyaku dalam hati. Takkan salah kut.

“You must test for pregnancy for any female with primary or secondary amenorrhea. That’s the first thing to be done. And that’s the rule!”tegasnya.


Aku terasa tekakku kering. Nak menelan air liur pun susah. Cuak aku arab ni. Tiba-tiba boleh berubah emosi dengan mendadak!


“you got my point?”

Aku mengangguk.

“So what are you waiting for?? Do the pregnancy test and the 2 tests you have mentioned right now. I will take care the clinic. Bring the patient with you,”arahnya.

Aku yang macam cicak kehilangan ekor cepat-cepat menyelinap keluar dari bilik bersama pesakit.  Lebih rela kena buat kerja daripada kena tengking macam tuh. Dalam kotak fikiran aku waktu tu mungkin ada doctor bawah dia yang buat kesilapan kecil macam tu tapi mengakibatkan kesilapan besar. Wallahualam. Personal experience masing-masing. Kena banyak sabar betul!

Jam pukul  5  petang. Dah 2 jam lebih aku bersama pasangan suami isteri ini. Nak mencari makmal untuk karyotyping pun satu hal. Entah mana-mana. Hospital ni besar sangat! Nasib baik ada nurse tolong tunjukkan tadi, kalau tak membazir waktu saja. Aku paksa doctor-doktor di makmal tu buat kerja cepat sedikit. Aku cakap Dr Tareq nak hari ni! Barulah mereka buat. Kalau tak cakap macam tuh, lusa pun belum tentu dapat result. Yerla, banyak pesakit lain lagi.

Tuk tuk!


Ku ketuk pintu klinik. Result ada dalam tanganku. Aku dah tahu diagnosis. Pesakit dan suaminya tanya berulangkali namun aku tak maklumkan. Ada sebab.

Masuk aje dalam klinik pesakit luar tu terus kuserahkan result pada Dr Tareq.  Beliau lekas menyambutnya. Pesakit duduk. Suaminya berdebar. Pucat muka kedua-duanya.

Aku tak nak buka mulut. Risiko tinggi. Perhati bagaimana Dr Tareq ni handle situasi macam ni. Laporan dibaca. Matanya jegil. Mulutnya tertutup rapat.

“Faisal can you close the door?” kata Dr Tareq. Aku akur. Aku tak berani langsung nak cakap result. Mungkin biasa bagi kita(doctor) namun tidak bagi mereka(pesakit).

“Maaf tuan puan, berdasarkan keputusan kesemua ujian yang dilakukan,puan tidak boleh mengandung.”


“Kenapa???????”Tanya mereka serentak.

“Puan Zeinab sebenarnya LELAKI.” Suasana tegang……………….

Si suami lantas memegang kolar kemeja Dr tareq. Direntap tali lehernya kuat!


“Kau jangan nak kurang ajar!!!” tengkingnya bengis! Tercekik orang tua tu apabila tali leher terjerut di leher. Mukanya merah. Cermin matanya nak terjatuh. Tangannya memegang tangan kiri si suami untuk meleraikan rentapan.  “Eih zanby?? (apa dosaku)”


Aku yang berdiri di pintu lekas menerkam suami tersebut. Tangan kanannya yang ingin menumbuk lekas kutahan. Si isteri menjerit!

Attendant menyerbu masuk. Si suami sempat menampar Dr Tareq dengan tangan kirinya. Tangan kanannya kugenggam erat. Tak mungkin terlepas. Attendent lekas menolong diriku mengalihkan tangan si suami yang emosional ini. Mulutnya tak berhenti memaki. Si isteri berlari ke pintu.

Suasana kecoh. Nurse-nurse menderu masuk ke klinik ingin melihat apa terjadi. Pakcik-pakcik attendant lekas memanggil polis. Kami ikat tangan si suami di belakang kerusi.  Aku dah agak perkara macam ni memang akan berlaku. Penyakit yang menyentuh sensitivity masyarakat arab sangat susah nak dikawal kerana reaksi UNPREDICTABLE!!

Prof Hazem dan Prof Monem melangkah masuk. Si isteri masih menangis. Si suami masih melawan. Kami tak  lepaskan tangan dia langsung!

Prof Hazem angkat fail di atas meja. Dr Tareq tersandar di dinding. Baru tadi dia hampir mati tercekik!

Prof Hazem mengangguk tenang. Dibawanya  fail ke arah suami. Beliau menarik kerusi. Duduk sopan. Beliau tunggu si suami mampu menenangkan diri.

5 minit kemudian baru beliau bersuara. Di ceritakan secara am apa sebenarnya berlaku. Si isteri berlinangan air mata. Aku tak mampu buat apa-apa………………....


Sebenarnya wanita ini datang kerana tidak dapat anak. Namun setelah kami tahu dia tidak pernah datang haid sepanjang hidupnya, penyakitnya adalah penyakit serius.

Puan Zeynab ini sebenarnya menghidapi penyakit Androgen Insensitivity Syndrome (AIS). Ala macam cerita House MD tuh. Wanita yang menghidapi penyakit ini selalunya sangat cantik, lebih cantik daripada wanita biasa dan kebanyakan mereka bekerja sebagai model. Hakikatnya kromosom individu ini adalah XY iaitu kromosome lelaki .  Testosterone yang dihasilkan sejak dalam kandungan gagal berfungsi untuk menghasilkan ciri-ciri lelaki sebaliknya testosterone ditukar kepada hormone wanita iaitu estrogen  melalui peripheral conversion. Susah bagi saya nak cerita kepada mereka yang tidak di bidang perubatan.

Secara tuntasnya, individu ini berkromosom lelaki. Dilahirkan dengan mempunyai testis tetapi testisnya tersimpan di dalam perut dan tidak keluar. Keseluruhan badannya seperti wanita sejati. Buah dada besar, tiada bulu di ketiak mahupun bulu pubis, vagina yang terhasil adalah blind end tract, tetapi dalam perut tiada uterus (rahim) mahupun ovary.  Untuk mereka yang ingin memahami lebih lanjut tentang androgen insensitivity syndrome, saya sarankan baca halaman ini.

Sekiranya tidak paham boleh minta saya terangkan apa sebenarnya yang berlaku. Bayaran sejam RM50 at least. Hahaha. Malas nak tulis, Tak Feeling!

Tetapi perlu diingatkan individu ini bukan khunsa kerana khunsa didefinisikan mempunyai dua alat kelamin serentak, satu milik lelaki, satu milik perempuan. Maka perlu memilih antara salah satu.  Untuk membaca pasal khunsa (hermaphrodite) saya sarankan baca halaman ini..

Individu ini juga bukan pondan@maknyah@shemale kerana group ini berkromosom lelaki, alat kelamin lelaki, saja gatal nak jadi betina sampai buat operation buang alat kelamin lelaki! Wtf!!

Individu yang ada androgen insensitivity syndrome tiada alat kelamin lelaki. Hanya alat kelamin wanita sahaja. Untuk penyakit ini  saya tak jumpa satu ulamak agama pun yang  pernah memberikan apa-apa penjelasan. Sekiranya ada sila berkongsi dengan saya. Cuma jika ditanya apa yang doctor-doktor akan buat??

Doktor-doktor perlu bedah individu ini dan mengeluarkan testis yang tersimpan di dalam perut kerana testis ini akan menyebabkan barah sekiranya ditinggalkan di dalam perut!! Dan kesemua doctor setuju untuk  membiarkan pesakit ini sebagai wanita tanpa apa-apa pembedahan plastic.


Rasionalnya individu ini sejak kecil berperangai wanita, berjalan macam wanita, pergi ke sekolah perempuan, kawan-kawan perempuan, cara berfikir macam perempuan, badan lebih hebat daripada perempuan biasa, kuat menangis pun macam perempuan, nafsu pun seperti perempuan!! So tak ada sebab kepada perlunya pembedahan untuk menukarkan beliau kepada lelaki. Cuma perlu dimaklumkan di sini, individu ini tidak mampu memberi zuriat, buat hubungan seks tiada masalah ok!

Wallahu alam. Banyak lagi sebenarnya penyakit yang Allah turunkan tentang jantina ini. Allah suruh kita berfikir tentang kekuasaan-Nya mencipta.  Carilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Semoga Allah memberi hidayah.

p/s: wanita yang menghidapi androgen insensitivity syndrome tidak pernah datang haid dalam hidupnya. Sekiranya ada haid, wanita itu adalah wanita.  :-)

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Komen Orang Sakit Jiwa (2010)

$
0
0
Komen Orang Sakit Jiwa

Salam semua

Minggu depan aku ada exam, double pulak tu, orthopaedic dengan anaesthesia tapi study pagi ni tak masuk apa-apa lantaran terbaca beberapa blog yang duk mengumpat aku tak puas hati. Aku boleh agak orang-orang ni siapa.

Ni salah satu komen:

Anonymous has left a new comment on your post "Dr Tareq DiJerut !":

ni Dr Tareq yg femes tu ke?..

bobby, mcmane kau dapat buat PV ek? hebat la ngkau bobby. aku pegi hospital OnG banyak2 kali dah dulu siap penah kene marah lagi sbb. tu pon dokte kasi tengok je takleh sentuh pt. siap ade aku tgk HO haritu terkial2 buat examination. tp ngko buat examinations relek je. siap dokte yakin dgn ko tu. fuiyo. siap sume fakta ko ingat lagi dalam kepala. mesti exam finals ko cemerlang gle2 kan. wow. wah. caya la. case rare pulak tu. wow

tapi kan,dlu2 aku penah dengar dokte ade cakap dia jumpe case yang sama mcm ngko dpt ni tp susah nak jumpe. dia pesan tak boleh bgtau patient tu lelaki depan2 cmtu. kene senyap2 n tak bole memalukan. tp doktor tareq cakap cmtu relek je eh? ish2.

wow bobby..wow..

Ni aku nak jawab:


Perkara pertama:

Si penulis email ni claimed aku reka cerita pastu masukkan nama-nama Dr yang mashyur di Cairo University untuk menghebatkan cerita.

-Semua nama yang aku guna dalam blog aku adalah nama rekaan. Cerita sama, nama watak aku tukar, medicolegal issue nanti.  So tak payah nak perasan lebih. Kadang-kadang aku buat elective nama doctor pun aku tak tahu.

Perkara Kedua:

Si penulis pertikaikan kemahiran klinikal.

Korang ingat wad sakit puan dan wad-wad lain tempat aku menempel ni bentang karpet merah ke untuk aku menempel di situ????

Sejak tahun lepas aku menempel, tapi takderla setiap hati, maybe sebulan sekali, sebulan dua kali, tapi waktu aku round O&G dulu rajin la aku pergi hari-hari.  Aku expect penulis ni senior aku. Sebab dia cakap issue ni memang betul. Setakat perhati, bukan boleh sentuh. Aku dulu pun macam tu gak. Perhati ajer cara dia buat. Lepas tu aku ambil sikap professional untuk minta Doctor-doctor kat situ ajar.


Kalau kita minta izin dan ikhlas tak mungkin mereka menempelak kita tak tentu pasal. Arab ni lagi la suka bila kita appreciate skills dia dan sudi belajar dari dia. Sejak tu la aku try buat benda-benda ni. Bukan setakat PV, segala benda yang aku nak belajar aku minta izin.


Kalau tak boleh, maybe dia sibuk atau complicated cases, tak apa lah, cuba lain kali.  Ramai pelajar sekali tak dapat buat terus tak datang-datang dah, cepat putus asa.

Insyaallah Allah akan memudahkan. Yang penting cuba berulangkali. Dekat Hospital Seremban tahun lepas, sister nurse yang jaga Operation Theatre untuk Orthopedic sangatla strict (You-Know-Who). Budak-budak IMU ramai ajer yang tidak dibenarkan masuk, lepas tu mereka dah tak datang OT tu dah. Aku pun sama tak dibenarkan masuk. Esoknya aku tanya lagi, pun sama, lusa pun sama. Lantas aku jumpa head of Department minta izin Mr tu nak sangat belajar Operation untuk Orthopaedic. Doctor tu maklumkan pada sister tu , lepas tu aku dapat masuk hampir setiap hari!

Dekat mesir ni pun sama. Aku minta ajar baca ultrasound seorang doctor pun tak ada kesempatan nak ajar.  Last-last aku minta nurse yang ajar, memangla cara dia faham lain, but well, at least aku dapat belajar yang basic , lebih baik daripada tak dapat belajar terus balik rumah study, tak pun tidur!

Ada seorang doctor lelaki pakar Paediatric bertugas kat wad bersalin. Waktu tu aku minta izin nak belajar resuscitate. Pegang ambu bag pun dia tak kasi! Ada time ni baby ramai lahir dan doctor ni tak menang tangan. Dia arah semua nurse pergi cari Houseman yang bertugas sebab houseman curi tulang tak nak masuk wad. Aku nak tolong, pun ditengkingnya!!! Esok hari giliran seorang Dr perempuan di situ, aku minta izin lagi. Diajarnya dari A sampai ke Z cara buat!! Hari tu paling gembira buat aku. Aku tolong dia buat sampai pukul 4 pagi. Lepas tu dia kata dia dah macam nak pengsan, dia perlu tidur, disuruhnya aku buat. Aku terus kata aku boleh!  Apabila time Dr lelaki tu masuk bertugas, dia nampak aku buat dari jauh. Lepas tu dia datang dekat dia ajar ada skill baru yang dia praktikkan. Lepas tu dia biar ajar aku buat. Houseman pun langsung dia tak panggil. Dah habis shift baru Houseman yang 2 orang tu kena marah teruk-teruk dengan dia! Aku angkat beg dan blah!

Dekat klinik outpatient pun sama. Mula-mula dia ajar, lepas tu  dia suruh la buat. AKu tengok ramai ajer student buat waktu petang (pagi ramai sangat) clinical examination tuh. Biasa ajer. PV dah la wajib. Dah H.O   nak belajar? Boleh ajer, tapi kalau kena marah dulu oleh head of Department jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri!

Macam-macam lagi aku lalui waktu di hospital ni. Kena marah tak payah cakap lah!!! Berpuluh-puluh kali kut. Takkan la aku nak cerita semua di sini????? Tapi aku ambil sikap positif, aku nak belajar, aku tak nak bunuh pesakit! So kena marah, kena marahlah asalkan aku tahu apa silap aku.

Belajar dengan arab ni best.  Kalau marah memang kena marah gila-gila punya! Tapi lepas tu dia ok dan sambung terus ajar kita. Arab ni tak lokek ilmu. Lain pula ceritanya dengan bangsa Melayu ni. Cakap depan tak nak, tapi dekat blog orang lain cakap nama aku terus terang, mengumpat mulut macam babi. Baik junior baik senior. Cuba la contohi seorang junior lelaki ni. Dia tak puas hati dengan aku dia sound direct. Dia tak guna nama “anonymous” nak tikam orang dari belakang. Memang ada yang aku marah pasal dia ni tapi aku respect dia. Lebih baik daripada orang lain yang jadi BLOOD SUCKING PARASITE !!

Ada sahabat kata pengalaman aku dah macam MO dah. Aku nafikan. Banyak lagi aku tak tahu! Tapi kena buka mindalah minta izin tolong ajarkan dan tegur mana yang salah. Tak payah la kita jadi BODOH SOMBONG! Dah bodoh, sombong pulak! Semoga Allah simpangkan. I just pray waktu aku houseman nanti aku dapat belajar daripada senior, doctor2, nurse even attendant hospital untuk buat prosedur-prosedur nih! Grad dari Mesir memang banyak belajar teory tapi klinikal ada defect. So compensate la sekarang supaya senang masa depan.

Ada seorang professor dalam Wad Ischaemic Limb (Surgery) cakap pada kami semalam. Katanya
Kami sebagai pemeriksa  assess  student sebegini:

Untuk UnderGraduate: How Much You Know!

Untuk master : How Much You Know and How Much You Don’t Know

Untuk pHD : How Much You don’t Know

Nampak tak? Maka waktu belajar undergraduate ni tak adalah stress sangat sebenarnya, best aje. Sebab kalau kau tak tahu kau masih dimaafkan. No big deal. Tetapi kalau dah kerja and ambil master, kalau tak tahu memang kena pelangkung! (kena marah maksud saya, dah jadi bapak orang, takkan kena tampar kut)

Belajarlah daripada sesiapa. Tak semestinya doctor ajer, nurse dan attendant banyak yang kita boleh belajar. Seorang doctor kat kasr el ainy ajar aku tahun satu dulu buat injection. Tapi dalam pemerhatian aku, patient sakit! Aku fikir macam mana nak buat patient tak sakit. Sekali aku minta nurse tolong ajar. Rupanya ada skill! Untuk IM ni kau kena cuit sikit kulit tu ke atas baru suntik. Insyaallah patient tak sakit apa! Lepas tu ada attendant lelaki ni melintas situ. “Ma tensash bismillah ya doctor!(jangan lupa baca bismillah wahai doctor),”kata attendant tuh. Lagi berbaloi aku belajar dari nurse dan attendant ni sebenarnya!

Perkara ketiga:

Provocation

Aku hanya buat apa yang aku mampu dan belajar dari kesalahan. Aku tak adalah secemerlang mana academic berbanding budak-budak arab yang tak buat kerja lain selain study kat rumah.  Tahun lepas kerap sangat menempel di hospital sampai tak sempat cover teori sebelum exam. Padan Muka Aku!!


Dah clinical ni tak adalah terikat sangat dengan peraturan kut (kalau Di Mesir la). It is all about Option. Lepas pukul 1 atau 2 petang semua pelajar ada 5 options:

1.pergi kuliah-bagus tapi doctor ajar surface sahaja
2. Pergi tuition-bagus dan belajar semua (hampir semua orang pergi)
3. Study group- bagus . belajar semua, even soalan tak masuk akal pun boleh bincang
4. Menempel di hospital- bagus sebab jumpa pesakit
5. Others

Maka pilihlah. Kebanyakan akhawat batch ana pergi tuition. Kami yang ikhwah lepas pukul 2 buat study group. Sahabat-sahabat dari Ain Syams Universiti pun join sekali!. Kalau ada masa lapang, aku menempel. So tak kisahlah mana-mana asalkan belajar! Jangan balik rumah tidur tak pun layan facebook sahaja sudahla.

Pelajar-pelajar tahun 4 sama ada cairo, alex atau university lain dah mengalami klinikal tahun ini kan? So kalau rasa macam tak pernah pergi hospital atau klinik selain waktu kuliah yang dalam jadual, honestly speaking kamu hanya mengulang sejarah. You Must change! Otherwise sama ajer korang dah masuk tahun 6 tapi tak tahu buat apa.

Niat tadi nak cakap sikit, tapi menderu benda dalam kepala ni nak cakap. I hope I made it clear. Maaflah senior / junior yang kena reply ni. Lepas ni kalau tak suka baca blog ni boleh blah. Aku tak rugi apa. Bukan dapat duit pun berblog ni. Aku Cuma tak nak pengalaman yang aku dapat ni dilupakan begitu saja maka aku taip. Supaya dapat dikongsi maka aku publish! No Hard Feeling. Aku masih belajar

Wallahualam.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Wan Long Tak Sakit!

$
0
0


Wan Long tak sakit

“Angah, pergilah tengok wan long kat rumah dia. Dia mengadu sakit kat buah dada. Wan tengok buah dada dia aritu berlendir-lendir. Macam kelapa busuk,”kata wan aku sampai buat muka kegelian.  “Sejak bila dia sakit wan?”tanyaku yang sedang bersarapan pagi nasi lemak ayam merah  di rumah kampungku, Jelebu.


“Entah la. Baru 2-3 minggu ni dia mengadu sakit. Wan dah tak berani nak tengok dah. Tompok hitam dekat buah dada dia tu. Tahun lepas dia sakit kaki. Bernanah. Sekarang dah baik dah,” kata wan. Aku yang tengah menjamah naik  keliru sebab medical history macam kain perca, entah mana pangkal , entah mana hujung.

“Yerla, jap lagi angah turun. Dia ada rumah tak?”tanyaku lagi. “Pagi tadi maklong kau hantar wan long tu ke hospital. Tak balik lagi. Kejap lagi baliklah tuh,”kata wan. “Wan” adalah panggilan merujuk kepada nenek yang diguna pakai di Negeri Sembilan.  Wan long adalah sepupu kepada wan aku. Rumah kami bersebelahan.

Aku angkat pinggan yang licin ke dapur dan basuh. Makan kat kampung ni pinggan memang sentiasa licin. Kalau berbaki pun penuh tulang ayam. Huhuu. Wan masak sedap!

Tengah bersandar di kerusi malas, ternampak sebiji kereta masuk di pekarangan , sebelah rumah wan aku. “Wan, maklong ngan wan long dah balik,” maklumku pada wan. Wan terus memakai anak tudung dengan mencapai tuala kecilnya mengekoriku ke rumah wan long.

“Assalamualaikum!” salamku.
“Waalaikumussalam, eh, bilo angah balik? Atuk ingat angah takdo ghumah,”kata toklong. Aku salam. Dipeluk diciumnya pipiku. “Baru sampai minggu lepas tuk. Duduk ghumah mama kat KL jap,”jawabku berloghat.

“Apo doctor cakap tadi along?” wan tanya anak sulongnya (maklong).
“Ada la dia cakap sesuatu. Nanti Along bagitau,”jawab maklongku monotonous. Hatiku dah tak sedap dah waktu tu.

“Wan long, meh angah tengok dada (bukan perkataan sebenar,huhu) wan long kejap,”pintaku.
“Tengokla, dulu wan long tak sakit ngah. Sekarang baru sakit. Berdenyut-denyut,dah seminggu dah” jawabnya perlahan.

Aku tanya lagi,”belah kiri ke belah kanan?” –sambil membuka butang baju wan long.
“Belah kanan,”jawabnya.

Wan long tak pakai anak baju. Ada tenderness agaknya, fikirku.
Terbuka je baju wan long aku terus terperanjat.  Mukaku berubah, dilate pupilku. Aku amati betul-betul. Betul ke apa yang aku tengok ni?


Aku tidak mengambil gambar penyakit tersebut. Aku cuba cari di internet, inilah gambar paling serupa dengan apa yang aku tengok(diambil dari buku surgery Cairo University) di dada wanlong:



Buah dadanya besar sebelah, kanan lebih besar dari kiri. Ada skin ulceration, multiple yellowish nodule. Aku suruh wan long angkat tangan kanan, baru nampak kulit seolah-olah tertarik ke dalam(skin dimpling and puckering). Ada benjol di celah ketiak kanan.


“Wan long, minta izin nak sentuh kejap,”kataku. Dia mengangguk lesu. Wajahnya uzur, dalam masa 5 tahun ni, banyak betul wan long hilang berat badan. Sebelum aku pergi Mesir dulu badannya berisi sedikit. Sekarang? Tulang berlapikkan kulit, entah mana dagingnya.

Aku palpate buah dada wan long. Waktu tu aku belum tahu cara specific untuk examine buah dada (belajar dalam surgery tahun 6) maka aku palpate ala-ala internal medicine. Ada ketumbuhan sebesar buah limau di buah dada kanan. Ill defined border, hard, fixed to the skin.

"Kenapa wanlong tak bagitau sesiapa awal-awal? Dah menanah baru cakap.,"kataku
"Wan long tak sakit dulu. Baru seminggu rasa sakit,"katanya dengan perlahan, menahan sakit.

Aku diam. Kusegera tutup baju wan long. “Angah, wan long sakit apa?”tanya wan long kepadaku.
“Eh, paklang dan maklang dah sampai!!”jeritku. Terus aku bangkit ke muka pintu sempat mencapai tangan maklong, kuhelak ke beranda. Aku sengaja buat macam tuh sebab aku tak nak jawab soalan wan long tadi. Cakap yang tak betul untuk menyedapkan hati dia, dah dikategorikan menipu, maka baik aku tak jawab.

Sampai di beranda, aku pantas tanya maklong,”maklong, Doctor cakap apa tadi? Ni sakit serius ni maklong! Mukaku tak dapat nak senyum tatkala anak maklang yang baru sampai menarik tanganku untuk salam. Kuangkat sepupuku yang berumur 2 tahun tu ke atas peha. Aku duduk bersila. Maklang bersimpuh di sebelahku.

“Doctor hospital tadi cakap wan long kena barah payudara,”tutur maklong dalam menahan sebak. Aku tunduk. Pendapatku dan pendapat doctor di hospital tadi sama, namun aku tak berani nak cakap depan wan long kerana barah payudara hanya comfirm selepas buat mammography dan biopsy. Selagi penyakit tak comfirm, jangan gatal-gatal maklumkan diagnosis kepada pesakit atau keluarga pesakit kerana kita mungkin salah. Dalam perubatan ni, lagi kita confident, lagi kita salah! Sebab tu kalau diperhatikan doktor-doktor pakar kebanyakannya cakap nada mendatar dan humble. Pengalaman mengajar mereka. Allah Maha Berkuasa.

Maklang tidak menangis  dan tidak bersuara. “Maklang tahu benda ni 2 hari lepas. Dr Klinik Gill bagitahu,”katanya. Aku diam tak bersuara, setahu aku, keluarga aku belum pernah keturunan aku ada barah. Mungkin ada genetic barah di sebelah ayah kepada wan long aku. Wallahu Alam.


Aku segera bangun. Maklong dan Maklang yang kesedihan di atas lantai beranda kutinggalkan. Lekas kumasuk ke dalam rumah.


“Wan long esok pagi ikut angah ke hospital Seremban yer. Angah memang tiap-tiap hari kat hospital Seremban sekarang ni”

“Siapa nak jaga wan long? Wan long takut. Wan long tak nak!”

Aku segera pandang wan aku. Wan aku kenyit mata berisyarat kat aku. Aku tak paham apa yang dia maksudkan. Wan aku pula suruh. Dia tetap degil, tak mahu.

“Adik balik petang ni dari Terengganu. Dia jaga la maklong nanti,”pesan maklong kepada wanlong. Makcu aku dah dihubungi sebentar tadi. Dia terus bawa anak kecilnya naik bas dari Kuala Terengganu sampai ke Seremban. Suaminya perlu mengambil 2 orang lagi anak-anaknya yang sedang di sekolah. Maka dia naik bas kerana nak balik cepat. Anak bongsu kepada wan long, perempuan pula tu.


Dalam masyarakat Negeri Sembilan anak perempuan mendapat tempat tersendiri berbanding anak lelaki. Keturunan di Negeri Sembilan dikira melalui nasab ibu,bukan nasab bapa (adat perpatih). Anak perempuan besar tanggungjawab dalam menjaga ibu bapa,keturunan dan tanah adat mengikut adat Perpatih.  Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. Cuma yang ingin dikatakan makcu yang sedang dalam bas dari Terengganu ke sini tu adalah satu-satunya anak perempuan wan long, yang lain semuanya lelaki. Dialah yang diharap untuk jaga ibu bapa.  Sebab tu kalau tak ada makcu, jangan harap wan long nak masuk hospital!


Wan long endah tak endah apa yang kami bualkan. Sakitnya dia saja yang tahu. Penyakitnya telah merebak ke sistem saraf. Kencing dan berak tidak dapat dikawal lagi. Toklong saban hari memakaikan isterinya pampers. Dulu toklong juga yang bagi makan, cuci kencing berak arwah mak mertuanya yang lumpuh hanya berbaring bertahun-tahun lamanya. Allah saja yang membalas pahala toklong.

“Aku teringat ada pesakit di hospital Seremban. Wanita yang berusia 70 tahun mengalami lumpuh seluruh badan akibat angin ahmar(Stroke). Mula-mula separuh badan lepas tu habis satu badan. Anak menantu lelaki yang selalu dimakinyalah yang saban hari membersihkan kencing beraknya. Anak perempuannya datang hospital pun macam pelawat aje. Allah nak tunjukkan kuasaNya, selepas beberapa bulan anak perempuan itu pula lumpuh.  

Suaminya juga yang bersihkan kencing dan berak. Jururawat di situ yang maklumkan padaku. Mereka tidak mengumpat, cuma aku yang gatal mulut pergi tanya mana anak perempuan nenek atas katil tuh? Dari situ aku dapat cerita tersebut.  Aku tak salahkan anak perempuan mahupun ibunya. Cuma yang terdetik dalam hatiku waktu tuh adalah si ibu salah mengasuh anak dan si anak yang tidak bertanggungjawab. Mana nak cari menantu basuh kencing berak ibu bapa mertua zaman sekarang ni????? Kalau ada, bagitau aku, boleh buat isteri terus. Menantu sekarang ni datang jer dekat dah buat muka nak muntah, terus keluar dari wad. Tak perlu cakap mak mertua, mak sendiri punya kencing berak pun suruh nurse yang bersihkan.“


Aku betul-betul hormat toklong aku ni. Cekal buat semua tu, bukan sekali dua, hari-hari, bertahun-tahun pula lamanya! Tak pernah merungut .

Petang tu mak cu sampai Seremban. Aku pergi ambil dengan kereta vios. Kuceritakan dengan cermat penyakit wan long.  Dia tidak menangis. Dia telah lama di negeri orang. Kulihat makcu lebih matang. “Makcu nak sedih pun tak dapat mengubah apa-apa angah. Lebih baik makcu, angah berbincang dengan doktor esok apa perlu dibuat,”katanya sepi. Aku menyetujuinya dalam diam.

Keesokan paginya, pagi-pagi lagi aku message junior setahun aku (di Universiti Kaherah) yang menempel di hospital Seremban sekali. “Bawalah wan long tuh, pukul 8 nanti aku tunggu kat Emergency,”kata Sarah dalam smsnya.

Aku berhenti depan rumah wan long. Makcu keluar membawa beg baju dan bakul berisi makanan dan minuman. Aku dah bagitau wanlong sudah tentu kena tahan wad , sebab tu dah prepare awal-awal.

“Angah, wanlong kau muntah darah 2 kali malam tadi pukul 12,”kata makcu. Aku menjerit,”Kenapa makcu tak telephone rumah malam tadi??” “Ingat tak serius.”jawabnya selamba.  Mana ada hematemesis tak serius! Maka kalau ada ahli keluarga yang muntah darah, terus bawa ke Emergency Department. Nyawa boleh melayang. Nasib baik wanlong tak pengsan, muka dah pucat (pallor).

Aku terus pecut kereta ke Hospital Seremban. Tak sampai 30 minit dah sampai. Huihuhu.
Sampai ajer di emergency, Sarah dah tunggu situ. “Sarah, tolong bawa wanlong masuk dulu. Abang nak parking kereta. Nanti abang masuk,”pesanku. “OK,”jawabnya ringkas.

Apabila aku dah jejak masuk hospital, terus aku call Sarah. “Dekat mana Sarah?” tanyaku. Sebenarnya aku tak ingat zone mana wan long aku masuk. Emergency department ada 3 zone utama (Di Malaysia) red zone(critical), yellow zone(semi critical) and green zone(non critical). Tak silap aku green zone, kena tanya Sarah balik, aku tiada memori.

“Makcik sakit apo?”tanya Indian doctor ni kat wan long aku dalam loghat Negeri. Respect ah, doctor-doctor di hospital ni even ramai Cina dan India, boleh cakap Nogori tuh~ Baru senang komunikasi dengan pesakit. Jangan pesakit speaking terlebih pulak sudahla, takut nanti semua kat situ tak faham. Huhuhu  “Mak cik sakit kat buah dada mak cik ni,”kata wan long perlahan.


“Can I see the reference letter?” tanya Dr Seama. “Certainly,”jawabku pendek.
Dia buka ajer surat tu, dia membebel, aku dah agak dah. Nak tahu dia bebel apa?

“Ini doctor mana tulis surat surat ni? Kenapa tulis breast abscess?? “

“She knew the diagnosis but she wrote like that,”jawabku. Dia mengetam gigi tak puas hati dan terus membebel.

Ni saya nak pesan kat semua doctor dan bakal-bakal doctor nih. Kalau dah expect diagnosisnya penyakit berbahaya, tulis la diagnosis tu dalam reference letter tuh! Kalau masih belum comfirm sekalipun tulis “My provisional diagnosis…………..” tulis yang paling rasional diagnosis yang kita mampu buat. Jadi doctor yang menerima pesakit yang dirujuk tahu bahawa penyakit ni mungkin serius dan perlu di “exclude” sakit yang serius tu. Buatnya doktor yang menerima pesakit di hospital ni sibuk, tak pun jenis yang “tiada kemampuan berfikir” terus ajer dia abaikan pesakit tu lebih-lebih lagi ramai pesakit yang bertarung dengan nyawa di wad kecemasan ni.


Dr Seama geram tapi terus ajer suruh wan long baring atas katil nak periksa. Si Sarah ni dah menempel di wad kecemasan ni 2 minggu lebih awal dari aku mula-mula menempel di hospital ni. Maka dia kenal dr-dr penting dalam wad ni dan mereka kenal Sarah.

Selepas tu wan long dibawa masuk ke bilik lain di bahagian dalam department. Ramai pelajar perubatan IMU di situ datang belajar.

Hospital di Malaysia banyak guna short form! Cakap tu keluar short form ajer. Kami di Mesir ni guna proper words lagi sebab Inggeris bukan bahasa kedua di Mesir. Bahasa Kedua di Mesir adalah bahasa Perancis. Maka untuk memudahkan semua health workers di Mesir ni, semua perkataan tak di“shorform”kan.  Aku cerita wan long punya history ikut bahasa aku. Student dan doctor semua tanya, “Awak belajar mana?”

“Mesir,”jawabku tanpa emosi. Selepas tu dia tanya entah apa short form dia sebut. Aku tak faham aku terus cakap,”Pardon”. Dia tanya lagi,”awak tahun 5 kan?Tak kan itu pun tak tahu,”katanya.


Aku terasa humiliated sangat-sangat. Kami di Mesir ni bukannya bodoh sangat. Orang di Malaysia belajar medic 5 tahun, kami belajar 6 tahun setengah! Tak ada lah tak tahu, cuma short form ni memang kami tak praktik kat sini, maka bila balik Malaysia nanti ambil masa sebulan atau 2 bulan nak biasakan dengan semua short form Medic yang digunapakai di Malaysia. Ini apabila kami tak faham ajer terus dijustifikasi kami tak tahu apa-apa.

 Ni bukan kali pertama, banyak kali dah aku kena. Contohnya kalau tak silap di Malaysia guna b/o kan (bowel open) untuk tanya berak?(kalau salah tolong betulkan aku, penting)kami di Mesir ni guna perkataan “defecation”.  Apabila aku blur ajer waktu tuh, doctor kat PPUM dah menempelak kat aku kata tak payah la belajar medic kalau itu pun tak tahu.

Son of b**** betul, aku tak tahu, ajar la, aku datang pun sebab nak belajar, ini terus judge then nak marah-marah. Macam la power sangat, pesakit pun salah diagnose! Dah la perkataan bowel open tuh tak scientific langsung! Contoh lagi perkataan MVA digunakan di Malaysia (motor vehicle accident), sini guna RTA (road Traffic accident), macam-macam lagi la!! Tu sebabnya kena menempel di Malaysia, belajar benda-benda2 nih. Kalau tak urut dada beristighfar banyak-banyak kalau dapat Dr  yang suka menempelak macam ni. Aku speaking arab ammiyah kang baru tercengang!


Sabar ajerla labu.

“What’s your relationship with her?” tanya lagi Dr Cina tu. Aku bagi nama DR Lew lah, senang sikit. “Her grandchild,”jawabku tanpa fikir panjang. “Ok, can both of you stay outside,”kata Dr Lew tadi. Aku dan makcu terus keluar. Sarah stay dalam.


Kami disuruh keluar kerana dalam etika perubatan, sebaik-baiknya ahli keluarga tidak merawat ahli keluarga sendiri kerana professionalism will be compromised. Tak percaya? Boleh rujuk ulasan seorang doctor ini mengenai etika perubatan *****di sini*****. Sumber asal Code of Medical Ethics boleh dirujuk *****di sini***** Dalam etika tersebut istilah yang digunapakai adalah “should not” bukannya “must not” maka bukan obligatory atau wajib untuk menurut etika yang dibuat ini.

Dari kecil susah payah mak ayah membesarkan kita sampai jadi seorang doctor. Sekali tiba masa untuk berbakti tak boleh nak rawat pula! Maka fahamkan ayat medical ethics tersebut. Sekiranya masa depan ada doctor yang tak benarkan kita rawat keluarga sendiri, bangkang cakap dia, terangkan apa yang dia salah faham.  Sekiranya kita yakin emosi kita stabil dan professionalism kita tidak tergugat, go on, treat them, lebih berkatkan? Jangan jadi doctor yang mengikut sahaja , membuta tuli. Allah bagi akal, gunakan.

Habis pemeriksaan, seorang Dr Melayu perempuan keluar dari bilik untukberjumpa dengan kami.
“Makcik kena buat X-ray dan mammografi sekarang. Makcik kena tahan wad sementara  kami rawat sakit-sakitnya yang lain dan tunggu untuk buat biopsy,”Kata Dr tu pada makcu. Aku dan dr Melayu tu berbincang secara akademik di biliknya setakat mana merebaknya “barah payudara” tersebut. Dalam masa yang sama seorang attendant  menolak katil wan long aku ke bilik X-ray.

Apabila di wad perubatan, seorang houseman lelaki handsome bertugas di situ. “Awak siapa pada nenek ni?” tanyanya ingin tahu kepadaku yang berlabcoat putih. “Saya jiran dia, saya tengah buat elective di hospital ni,”jawabku. Makcu dah senyum-senyum simpul kat aku. Sarah berdiri belakang. Sebenarnya aku khuatir kalau aku jawab cucu nanti langsung dia tak beri kebenaran masuk wad nih. Apatah lagi nak tengok rekod.  Waktu arwah papa aku masuk hospital tahun lepas mula-mula nurse tu tak beri kebenaran untuk tengok fail arwah papa, medicolegal katanya. Aku akur. Semuanya disebabkan confidentiality. Sila rujuk etika perubatan tadi.


Blood report dah siap waktu. High  WBC , ada dua benda lagi yang bacaannya tinggi tapi aku tak ingat waktu garap cerita ini. Cuma yang aku ingat, aku terus bawa fail tu bincang dengan medical officer, dia kata “myeloproliferative” mechanism, kemungkinan barah tu dah merebak ke tulang sum sum. Aku diam. Cuak menguasai diri.

Wanlong admitted for 3 days. After the biopsy prosedur, the houseman asked us to bring her home, just monitor her blood pressure and blood glucose, and come again after the diagnosis is comfirmed.
Aku sempat merakam gambarku bersama wan long di hari raya pada tahun itu.

Gambar mama bersama wan long dan tok long.


Belum sempat diagnosis keluar, aku telah meninggalkan Malaysia untuk menyambung tahun 6 ku di Bumi Mesir. **********************************************************************************


Aku hubungi keluarga di Malaysia, mereka maklumkan padaku , benar kataku dan doctor-doctor yang merawat, wan long menghidap barah payudara dan dijadualkan untuk membuat modified radical mastectomy (pembedahan membuang payudara) minggu seterusnya.



Pembedahan berjalan seperti biasa. Wan aku kata habis buah dada sampai ketiak dibuangnya. Aku tahu. Wan sedih melihat keadaan wan long. Aku pujuk wan sekiranya tidak buat pembedahan tersebut, lebih terseksa dia dan lebih singkat nyawanya.  Wan menangis dalam panggilan telephone.

Wan long berusia hampir 70 tahun. Postoperative Chemotherapy tidak dapat dijalankan kepadanya. Aku dah briefing awal-awal sebelum peninggalanku, wan long tidak akan tahan dengan ubat chemotherapy yang sangat kuat di usia yang senja begitu. Maka tiada chemotherapy. Doctor pun tak sarankan.


Apa yang saya nak cakap sekarang sangat-sangat penting untuk bakal-bakal doctor. Kita sebenarnya merawat nyawa, kita bukan merawat penyakit! Hafal ayat tu berulangkali!  Tak perlu nak rawat penyakit barah sampai sel-sel barah tu semua mati tetapi belum sempat semua sel barah mati, orang tu dah mati dulu! Nyawa yang diutamakan. Sebab tu pesakit-pesakit sebegini diletakkan dalam wad palliative treatment. Wad di mana setiap pesakit memanfaatkan setiap saat yang dia ada untuk beribadah buat kali terakhir kerana penyakitnya tidak mampu dirawat lagi. Sila sebar-sebarkan artikel atau blog ini sekiranya anda rasa banyak manfaat untuk masyarakat.

Kudengar khabar wan long  mula menyalahkan takdir kerana tidak tahan sakit. Aku terdiam. Akidah sangat diuji dalam waktu sebegini. Sepatutnya kita mindsetkan otak kita pesakit ini stress sebab chronic disease, tak tahu apa yang ditutur. Maka teruskan usaha kita berdakwah pada mereka di saat akidah digoyang oleh syaitan, jangan pula dimarah mereka kerana ambil hati dengan kata-kata mereka.

Wan long lumpuh sejak bukan April yang lalu. Tidak mampu berjalan lagi. Toklong tabah menjaga isteri tercinta tanpa berkira-kira.

Abang aku akan melangsungkan perkahwinan pada 8  Mei 2010. Aku bertolak dari Muscat, Oman pada 5 Mei 2010.

Perjalanan kurasa lama sekali. Jejak sahaja tayar kapal Terbang Oman Air ke lapangan terbang KLIA kurasakan bahagia.  Aku sabar menunggu kapal terbang berhenti  untuk menurunkan penumpang.

“Nak sms mama lah dah sampai” getus hatiku. Terus kubuka handphone dan sms mama.

“Angah, kami di kampung,kami pada mulanya nak buat kenduri doa selamat untuk along kahwin, wan long meninggal dunia pula pada pukul 12 tengah hari tadi. Kenduri doa selamat bertukar menjadi kenduri arwah. Kami akan sampai klia kejap lagi.”

Aku terduduk atas kerusi baca sms mama. Air mataku berjuraian dalam pesawat tersebut.  Aku tak dapat bendung kesedihan lagi. Mulutku terketar-ketar dalam lafaz fatihah. Gambar raya terakhir rupanya bagiku...

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Bersalin Di Koridor (2010)

$
0
0
Bersalin di koridor

2pm: Kami baru sahaja selesai revision untuk peperiksaan special surgery pada hari Rabu ni. Panasnya!! Kelas sampai pukul 2 pm di musim panas ini sangat menguji ketahanan diri.

“Ana hamshy delwaqty (saya pulang dulu),”kataku pada kawan arab.

“Lessa badry ya faisal, yalla ma3ana, hanro7 elweladah (Masih awal la faizal, jom pergi wad bersalin),” ajak kawan-kawan arab.

Aku yang hanya fikir nak study kat rumah buat tak tahu, senyum dan terus berlalu.

Dah 10 meter berjalan agaknya, tiba-tiba….

“Jomla, bila lagi kita boleh pergi !!,”kata si Aisha, wanita Mesir dalam bahasa Arab dari arah belakang. Suara macam jantan! Kuat betul menjerit.

Dengan tak semena-mena si Mostafa kejar aku dari belakang. Dicapainya lengan kananku dan diheretnya aku bersama. Si Ahmad pegang tangan kiri. Eeiii! Aku rasa nak pelempang orang pun ada waktu tu.

“Ana ta3ban, mosh hagy delwaqty!! (aku penat, tak nak pergi sekarang),”jeritku. Si Ahmad dengan Mostafa buat tak tahu. Aisha, dan Sarah tersenyum tengok gelagat kami.

“Yalla ya faisal, de awwal marrah ana hagy el-qism weladah. Lazem te3allemny haga ably terga3 malayzya (Ini kali pertama aku nak menempel kat wad bersalin, ajarlah apa yang patut, tahun depan kau dah nak balik Malaysia dah),”kata Aisha.

Hmmm. Aku menarik nafas panjang. Minggu lepas mereka dah ajar aku kat wad pembedahan. Berat hati pula nak menolak. Aku ambil masa untuk berfikir.

Nak tak nak kami berlima terus berjalan masuk wad bersalin pada petang tu. Baju bedah yang sentiasa standby dalam beg dipakai. Ahmad pergi capai alas kaki, mask dan tudung kepala untuk dipakai. Wad bersalin tengah penuh!

Selama sejam kami berdiri di wad bersalin tu. Orang yang bersalin silih berganti. Dr Refaat yang kenal aku datang dekat dan terus menyapa,”Nak sambut bayi tak?”

“Saya sentiasa nak, tapi kalau saya sambut bayi susah pula saya nak menerangkan kat kawan-kawan sebab saya kena concentrate buat kerja,”jawabku perlahan dalam bahasa Arab. Dr Refaat mengangguk.

Dr Refaat teruskan menyambut normal delivery. Aku pula menerangkan kat kawan-kawan step by step apa yang perlu buat. Sesekali Dr Refaat menambah. Aisha yang kali pertama jejak wad bersalin ni asyik mengetam gigi, Nampak cuak! Sesekali dia intai muka kami yang tiada perasaan. Huhuhu. Dah biasa, alah bisa tegal biasa.

Bilik bersalin lain penuh. Kelihatan medical officer sedang membuat delivery.

“Mana houseman?”tanyaku pada nurse. “Mereka ada kelas sekarang,”jawabnya dalam bahasa Arab.
Beruntungnya la houseman kat Mesir ni. Siap ada kelas formal setiap hari untuk belajar clinical skill ni. Di Malaysia jangan haraplah. Hospital-hospital di Malaysia dah anggap kita sepatutnya tahu semua, terus kerja sahaja, mana ada kelas-kelas formal macam ni! Compensate right now! Kalau tak bersedialah untuk dimaki.

Pukul 4 pm. Dr Rehan (houseman perempuan) baru sahaja selesai menyambut normal delivery. Mukanya berpeluh. Kami berdiri di belakang memerhatikan beliau membuat kerja. Si ibu kepenatan. Masih lagi berbaring. Kakinya masih terkangkang.

Vagina ibu ini masih lagi berdarah. Episiotomy (koyakan pada vagina) yang dibuat sangat besar, median episiotomy pula tu. Episiotomy dibuat untuk membolehkan kepada bayi keluar melalui vagina.

“Kalau tak buat episiotomy boleh tak?” Tanya Aisha. Dr Rehan memandang tajam. Si Aisha terus menurunkan pandangannya ke lantai. Dr Rehan ni sebenarnya tengah bad mood, baru lepas kena marah dengan head of department. Perempuan kalau kena marah, selalunya menangis. Dr Rehan ni lain spesis skit. Dia ni panas baran.

Tadi waktu nak buat episiotomy aku nampak dia pegang gunting nak buat median episiotomy. Aku tegurlah, lebih baik buat mediolateral episiotomy, kalau tak fistula nanti (berlubang sampai ke lubang dubur). Dia terus marah aku waktu tu.

“Aku tahulah apa aku buat!”tengkingnya. Sejak tu aku kunci mulutku rapat. Menjawab nanti bergaduh pula kami di situ.

Soalan Aisha tadi tak terjawab. Dr Rehan buat pekak aje.

“Boleh kalau tak buat, selalunya umur si ibu kena 15-17 tahun sewaktu kelahiran pertama,tapi kalau waktu pregnancy dah buat pelvimetry dan sesuai, tak buatpun takper”jawabku ringkas.

“Eishme3na (apa hal pula?),”tegur Dr Rehan. “Semua yang kat wad bersalin kena buat episiotomy. Mana ada yang tak buat,” jawabnya kasar.

Aku tengah tahan sabar.

“Habis tu orang dulu-dulu yang lahirkan anak ada ke bidan kampung gunting vagina tu? Dulu semua orang beranak kat rumah ajer,”jawabku pantas. Dr Rehan senyap. Dia tak ada clue.

Aku terus pandang Aisha,”Macam aku kata tadi umur 15-17 tahun untuk kelahiran pertama. Sebab waktu tu vagina wanita muda ni masih elastic lagi. Kepala bayi yang 11 cm diameter pun boleh lalu. Lagipun orang dulu-dulu semua kahwin awal. Umur 15 tahun dah ada anak dah. Kalau umur 17 atau 18 tahun vagina tu dah tak se-elastic umur 15. Bagi kelahiran pertama, susah sikit kepala bayi tu nak keluar, sebab tu kena buat episiotomy. Dr Khaled yang beritahu kat kuliah. Lagi satu kalau kita dah assess pregnancy tu dan dah buat pelvimetry, sekiranya sesuai si ibu boleh ajer merancang untuk beranak di rumah. Banyak sahaja orang prefer beranak di rumah sekarang ni,”pesanku pada Aisha dalam bahasa Inggeris. Yang lain terangguk-angguk.

Dr Rehan buat muka tak puas hati. Aku nak berlalu dah dari situ, Si Ahmad pula suruh tunggu, dia nak tengok jahitan tutup balik episiotomy tu. Aku berdiri kejap. Kami memerhati Dr Rehan jahit balik vagina tu.

Dr Muhammad berlalu masuk. “Ezayyuku ya shabab? (apa khabar semua),”sapanya mesra. Dr Muhammad adalah pakar sakit puan. Hari Ahad insyaallah dia datang wad bersalin.

Dr Rehan baru sempurnakan jahitan. Dr Muhammad ambil tiub yang disambung air saline, terus dimasukkan ke lubang dubur si ibu. Dipicitnya air saline tu. Sepatutnya air saline tu masuk ke dubur, sekali keluar ke vagina! Dengan tahi-tahi pun keluar dari vagina! Ambikkau, kan dapat COMBO tu!
Dia masukkan pula jarinya ke dalam lubang dubur, sekali keluar kat vagina!



 “You have made a fistula in this patient!!” marahnya pada Dr Rehan. Ambik kau!! Degil sangat. Aku terus keluar dari wad bersalin. Dr Rehan sedang di torture oleh Dr Muhammad. Kawan-kawan aku stay situ sebab nak tengok macam mana Dr Muhammad repair. Repair of fistula kena buat waktu tu juga. Tak boleh tangguh. Tapi tak ramai orang yang tahu bagaimana nak buat repair tu. Dr pakar sahaja yang dibenarkan buat kalau di Cairo University Hospital ni.

Aku terus capai kerusi untuk duduk. Sakit puan ni best sebenarnya tetapi kebanyakan medical student dan doctor anggap kerja di wad sakit puan ni adalah mimpi ngeri. Semua boleh Tanya doctor-doctor yang telah melaluinya. Aku memang suka sakit puan ni, belum sampai tahap mimpi ngeri bagi aku. Kalau dah sampai, sudah tentu jejak masuk pun aku tak nak.

Dr Muhammad, Dr Rehan dan kawan-kawan aku dalam bilik 1. Di Bilik 2 dan 3, doctor-doctor dan nurse sedang sibuk menyambut kelahiran normal manakala 2 bilik bedah sedang digunakan untuk Cessarian Operation.

Semua doctor yang ada sedang sibuk. Makcik-makcik nurse ni buat kerja tak berhenti. Kasihan aku tengok mereka. Dah la busy. Selalu kena marah dengan doctor besar. Kasihan. Bagi aku umur dah 50 tahun kat atas ni lebih baik duduk rumah berehat, beribadah, ini dah tua-tua sibuk lagi mencari rezeki. Apa nak dibuat, kesempitan hidup memaksa. Kadang-kadang aku belikan makcik pakcik ni air sejuk, roti ke, tak pun biskut. Mereka ni tak lokek ilmu pun nak ajar apa-apa dalam wad ni. Aku pun tak berkira langsung. Niat sedekah aje.

Tiba-tiba.......

"Ana hamut! Ana hamut ! Ana hamut! (aku nak mati! Aku nak mati! Aku nak mati!) " terdengar jeritan dari luar wad.

Attendant tolak masuk seorang ibu dengan kerusi roda.

Nurse-nurse jalan selamba sambut ibu tu. Aku pun samalah. Failnya ada pada attendant. Kuminta izin nak tengok vagina. Si ibu buat endah tak endah! Sakit barangkali.

Aku menyangkung. Kusingkap kainnya. Sekali………..

Aku nampak sebelah kaki bayi dah keluar!!! Allah!!!

“Bayi songsang”jeritku. Kusambut kerusi dari attendant terus kutolak laju masuk wad. Nurse berlari kat belakang mengejar!

Ku lari ke bilik satu. Masih berdarah lagi!

Kulari ke bilik 2 dan 3, semuanya tengah kritikal. Bayi di bilik 3 dah sesak nafas, Doctor sedang berhempas pulas menyelamatkan bayi (resuscitation)

Aku lari ke kerusi ibu tadi. Apa aku nak buat ni????????????????????

Jantung aku berdegup kencang. Rasa nak meletup. Si ibu dan bayi sedang kritikal. Bilik semua penuh. Dr sedang sibuk. Ada seorang houseman berlari datang. “Kenapa?”tanya abang houseman tu.

“Footling breech,”jawabku pantas. Aku pula takut macam dah nak mati waktu tuh. Sesak nafas aku. Macam mana ni?

Ahmad datang. “Biar aku ambil katil kat luar kejap.” Abang Rafi (houseman) berlari dengan ahmad ambil katil. Ditolaknya katil dengan pantas. SI ibu menjerit-jerit. Bajuku ditarik-tarik kerana kesakitan.

“Sabar ibu,”tu ajer perkataan yang keluar dari mulutku. Nurse berlari dapatlkan dr pakar dari wad atas. Darah melimpah.

“2erfa3ha 3ala serer (angkat si ibu ni ke atas katil).”

1,2,3……….. Si ibu menjerit tatkala kami angkat tubuhnya ke atas katil. Kaki bayi dah mengintai dari vagina. Aku tersentak tak tahu nak buat apa. Kakinya dah biru.

“Hane3mel eih delwaqty??(kita nak buat apa sekarang?)”tanyaku kat abang houseman. Aku tak dapat berfikir. “Tunggu dr pakar datang,”katanya. Aku singkap kain si ibu,kaki dah biru.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Keringat membasahi tubuhku seluruhnya. Kakak jururawat sedang memegang bahu si ibu. 2 orang lagi jururawat sedang mengangkangkan kaki kanan dan kiri si ibu.

Kalau songsang, cara bersalin dah lain. Dah la songsang, keluar kaki pula tu (footling breech) maknanya tetap cessarian. Kalau ditunggu untuk spontaneous expulsion memang tak akan berlaku sebab kaki dah keluar melalui “incompletely dilated cervix with no further dilatation”. Bayi akan tersekat.

Perlu dicuba vaginal delivery ke tak???????

“We have no choice. This mother needs CS,”kataku kat Dr Rafi. Dia mengeluh.
5 minit kemudian, Dr pakar masuk. Ditolaknya sebuah katil lagi. Si ibu yang kedua ini juga menjerit-jerit dan menangis.

Dia lihat kami yang kaget tengah jalan tak tahu nak buat apa. Si ibu pertama meronta-ronta.

“Apa hal ni?”tanyanya. “Footling breech,” kataku.

Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Rafi, Faisal, you deliver this patient, breech also, but complete,”katanya. Aku mengangguk. Boleh pula main pass-pass pesakit kat wad bersalin ni. Huhuhu.



 (B)Footling breech

Katil pertama ditolak laju masuk ke OT. Dahlah tengah operation, macam mana boleh bawa masuk seorang patient lagi? Soalan tu tak berjawab. Pandai-pandailah Dr pakar tu buat.

Aku, Dr Rafi, ngan Ahmad terus tolak katil patient kedua ke bilik bersalin 2.

“Kau tak nampak ke bayi sedang keluar nih?”jerit Dr yang ada dalam bilik tu. Dia dah marah-marah. “Habis kami nak sambut kat mana?”dr Rafi dah bengang. “Make it outside,”jawab Dr dalam bilik 2 dengan selamba.

“Dr Rafi, just deliver the baby here,”kataku

“Meen?(siapa)”tanya Dr Rafi.

“Of course you,"kataku.

“I have no experience for complete breech” jawabnya jujur.

“Me too”

Kami berpandangan. Cuak tak dapat nak cakap. Si ibu melolong-long di koridor tu.

“Faisal, ana 3allemak ezay, hate3melha kowayyes mashy (faisal, mak cik ajar awak buat hati-hati ok),” kata mak cik attendant yang ada kat situ tiba-tiba.

Dr Rafi buat muka tak puas hati. Walaupun attendant, mak cik ni dah kerja berpuluh tahun kat sini. Semua jenis delivery dia tengok. Itulah kata-kata yang bermain di benakku.

“Mashy ya mama. Ta3aly ganbe (baiklah mama, berdiri sebelah saya),” kataku.

Aku dah nampak punggung bayi keluar. Terus aku tanya ,”boleh buat episiotomy sekarang tak?”

“el-cervix maftu7? (cervix dah terbuka?)” tanyanya. Aku masukkan jari. Dah tak dapat rasa cervix dah.

“Maftuh (terbuka)”kataku.

“delwaqty” (cervix kalau raba dan tak rasa tu maknanya dah dilate tepi kena raba bukaan tu besar mana. Kalau orang asia 6-8cm dah dikira fully dilated. Kalau orang Arab, Africa atau caucassian lebih kurang 8-10 cm. Tak perlu bawa pembaris ukur ok! Agak pakai  4 knuckles(besar penumbuk orang asia =8cm).

Dr Rafi terus capai syringe dan inject local anaesthetic kat vulva. Aku capai gunting potong vulva position pukul 7.



Darah melimpah. Kalau mediolateral episiotomy memang banyak bleeding tapi dapat elakkan daripada anal fistula yang macam Dr Rehan buat tadi.

“Cari tapak kaki bayi.”

Aku pun masukkan tangan kanan cari tapak kaki. Dalam vagina tu gelap, buka nampak apa. Kena pandai raba. Aku terasa jari-jari kecil dalam tu. Ni tangan ke kaki? Apabila jumpa sole of foot, baru aku yakin.

“Pegang, kemudian bawa keluar perlahan-lahan, jangan ditarik,”kata makcik tu.

“Cari peha bayi.”

Aku fikir macam mana nak pegang ni?

“Ta3ala Dr, Sa3edo delwaqty (Mari ke sini dr, tolong dia sekarang),”kata makcik tu kat Dr Rafi.

Dr Rafi pegang kedua-dua belah tapak kaki bayi.

Peha dah keluar. Mak cik tu suruh letak kedua-dua ibu jari dekat sacrum. Kutarik perlahan-lahan. Dia hulur tuala untuk lap kaki bayi. Aku terus kata,”Lap kejap lagi  mak cik.”

 Mak cik tu kata tak boleh, licin sangat. Bayi akan terlucut jatuh nanti. Aku diam. Makcik ni memang lagi pakar. Huhuhu

“Tarik pelan-pelan. Pusingkan sikit ke atas. Biar nampak tulang rusuk (costal cartilage of the ribs) bayi dulu”

Aku akur. Kusuruh Dr Rafi angkat ke atas sikit.

 “Keluarkan tangan kiri bayi apabibila nampak rusuk.”

“Kenapa tak biarkan nampak bahu dulu?,”tanyaku pantas.

“Makcik tengok dr besar tak benarkan nampak ketiak dulu baru nak keluarkan tangan, nanti tangan bayi boleh lumpuh,”kata makcik tu.

Owh, baru aku teringat.

Aku seluk jari ke dalam. Ni saat paling bahaya. Kalau jari tak dikeluarkan dan ketiak bayi masih lagi terkepak di atas, bayi ni boleh kena brachial plexus injury (Erb’s Paralysis).

Tangan kiri dikeluarkan.

Aku cuba nak keluarkan tangan kanan bayi tapi tersekat.

“Tekan badan bayi ke bawah sikit,”pesan makcik.

Aku pun tekan sikit ke bawah. Baru ada ruang di bahagian atas. Lantas kuseluk jari mencari tangan kanan bayi dan kubawa keluar.


Mobile Ahmad, with permission from the family

Tinggal kepala ajer lagi yang masih di dalam. Aku berpeluh sakan waktu tu. Dr Muhammad rupanya dah berdiri di sebelah makcik attendant.

“Dr, how can we deliver the head?”tanyaku.

“Why do you ask me? All of you have learned it in the syllabus. You should have known,”kata Dr Muhammad.

Sempat lagi nak cakap macam tu. Bayi tinggal kepala jer lagi ni.

Tiba-tiba Ahmad menyampuk,”Mayriceau maneuver?”

“One of the method,”kata Dr Muhammad.



Aku terus teringat. Lantas kuletak jari telunjuk dan jari manis atas bahu bayi. Middle finger di sub occiput.
Tangan kiri aku pegang muka bayi dari bawah. Kubawa kepala bayi perlahan-lahan keluar. Tiba-tiba..

Uwekkk…uwekkkk…uwekkkk!!!!


Aku tersenyum sampai ke pipi. alhamdulillah. Dr Rafi pegang bayi tersebut dan terus buat suction, lap bayi di radiator.

Dr Muhammad sambung keluarkan placenta dan buat suture di koridor tu. Ahmad menempel sama. Kupaling ke belakang. Makcik attendant tu dah tak ada kat situ.

Kulekas masuk ke bahagian dalam department mencari mak cik attendant. Makcik tu tersenyum dari jauh.

“Jazakkallahu Khairan hadratek,”kataku pada makcik attendant tu.

Dia tersenyum, “Bittaufiq ya doctor,”

Aku balik petang tu dengan senang hati. Benda baru belajar hari ni. Makcik attendant pulak ajar tu. Alhamdulillah.

Aisha telephone  10 minit kemudian. Dia kata ada dua CS buat dalam OT tadi. Tak pernah dibuat orang. Nasib baik cessarian, sebab yang footling breech tu rupanya dalam tu ada kembarnya! Memang musibah kalau test vaginal delivery tadi. Dah aku nak balik!

Moral Value : learn from anyone, about anything, at anyplace.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Lagu Isabella (covered by Dr Faizal Azmi)

$
0
0
If you want to watch my youtube video, make sure you pause or stop the "Halwa Telinga" at the side bar. Just for fun. Enjoy it!

PERUBATAN bukan PPIM Chapter (2010)

$
0
0
PERUBATAN  Bukan PPIM Chapter


Ini artikel kedua berkenaan tajuk ini. Saya dah cuba buang emosi sehabis baik dah. Artikel sebelum ini ditulis waktu emosi tidak stabil. Penyiarannya hanya akan menyebabkan perbalahan. Harap maklum.

This is not a post about medical issue, it is a post about medical student, especially those in Egypt.

SAYA TERUS TERANG MENYATAKAN SEKALI LAGI PERUBATAN (persatuan pelajar-pelajar perubatan Malaysia-Mesir) BUKAN SALAH SATU DARIPADA PPIM CHAPTER (Persatuan Perubatan Islam Malaysia). 

Perkara ini tidak termaktub dalam perlembagaan perubatan.

I will make myself clear now.

For your information………….


Seawal penubuhan Perubatan sebelum saya menjejakkan kaki ke Bumi Mesir ni memang tidak pernah tertulis dalam perlembagaan bahawa Perubatan adalah salah satu chapter  PPIM.

Pucuk pimpinan PPIM yang dikendalikan oleh professor-profesor dan doctor-doctor  senior di Malaysia mengambil inisiatif untuk menyatukan persatuan-persatuan perubatan di setiap negara supaya dapat membantu pelajar-pelajar perubatan ini memantapkan aktiviti persatuan dah sahsiah pelajar-pelajar ini.

Banyak persatuan menggunakan nama  IMAM PPIM student chapter seperti IMAM UK&Ireland, IMAM RSC, IMAM RSC (Moscow),  IMAM India dan lain-lain lagi. Di Mesir , nama asal Perubatan (persatuan pelajar-pelajar perubatan Malaysia- Mesir) kekal seperti asal tanpa ada apa-apa perubahan.

Prof Abdul Latif pernah berkatapada kami, kami ada identity sendiri, tak perlu menukar nama perubatan kepada IMAM PPIM-Mesir. Itu katanya apabila kami berjumpa dan berbual-bual beberapa tahun yang lalu.
Secara professionalnya ini yang dinamakan NETWORKING.

Realiti sejak dahulu………..

Banyak program-program yang dianjurkan oleh PPIM sama ada di Malaysia atau luar Negara seperti di Mesir, Indonesia, Arab Saudi, Turki , United Kingdom dan lain-lain,   ahli-ahli Perubatan Mesir  SENTIASA dijemput oleh  professor dan Secretariat PPIM untuk sama-sama meramaikan dan mengambil manfaat daripada program ini.

Antara programnya seperti FIMA international Summercamp, Sunathon, Suresunat, Iftar Jamaei, Health Talk, Medical Checkup, Seminar, dan melambak-lambak lagi program yang dianjurkan. Ramai ahli Perubatan Mesir yang menyertainya sejak dahulu sampai sekarang.

Sebahagian besar pelajar perubatan di Mesir bersikap open-minded, mana-mana yang baik kita ikut, cuma ada SEGELINTIR  individu yang menolak idea ini dan bersikap tidak professional. Tidak dinafikan antaranya  segelintir ahli Majlis Tertinggi Perubatan yang lama, mahupun yang baru.

Apa mereka kata apabila kami aktif dalam PPIM?

“Perubatan bukan PPIM chapter”
“Kita tak nak orang luar campur tangan urusan Perubatan”
“Nanti syllabus usrah , dan aktiviti-aktiviti perubatan semua kena tanya PPIM dahulu baru boleh buat”
“Selagi MT  Perubatan tak setuju, kita tak boleh campur aktiviti mereka”
“Eh, faizal, macam mana kau boleh ajak ahli perubatan join aktiviti ni? Majlis Tertinggi tak dapat surat rasmi pun.  Mereka kena ada surat rasmi minta persetujuan kita baru boleh ahli kita sertai”

Maka apa yang aku jawab dengan mereka???

Aku carutkan golongan ini.

Mereka ingat mereka siapa sampai PPIM  kena minta persetujuan mereka pula dahulu? Kita ni medical student, mereka tu Profesor besar-besar di Malaysia. Sedar diri sedikit.

Takut syllabus usrah terganggu la, nama jawatan kena tukar la, perlu ada kebenaran  MT dulu la. Bloody Hell!  Aku sejak dulu kategorikan orang-orang ni gila kuasa to be honest. That is my opinion, full stop.

Apa yang menjadi isu sekarang?

1.    Disebabkan bukan PPIM Chapter, segala maklumat yang saya salurkan berkenaan aktiviti ppim yang menjemput pelajar perubatan di sini menyertainya disekat daripada disiarkan di yahoo group perubatan_mesir. Maka anda  kalian jangan salahkan saya sekiranya tidak dapat maklumat. Itu MT Perubatan  punya kerja. Mungkin disebabkan Perubatan Bukan Chapter PPIM kata mereka. Kenapa pula tidak jadi PPIM Chapter tatkala semua persatuan perubatan di negara lain berkolaborasi dengan PPIM? Saya tidak ada jawapan sekali lagi. Maka tanyalah mereka.

2.    MT mempertikaikan kenapa mereka tidak dapat surat rasmi atau maklumat terlebih dahulu, kenapa saya pula yang tahu dan sebarkan maklumat ini.  Disebabkan karenah birokrasi dan ego MT Perubatan yang dulu-dulu, saya mengambil sikap proaktif dan bergiat aktif dengan PPIM walau apa pun mereka nak cakap. Sebelum ini saudara Shuib Yahaya yang aktif dalam PPIM.  Beliau telah kembali di Malaysia dan saya dan sahabat-sahabat yang open-minded pula yang aktif dalam 3-4 tahun ini. Maka sudah tentu apa-apa maklumat kami tahu dahulu. Sebelum ini jemputan rasmi daripada PPIM kepada MT Perubatan tidak pernah berbalas. Sumber : ahli PPIM

3.    MT Perubatan tidak mahu nama persatuan PERUBATAN dikaitkan dengan aktiviti persatuan lain yang tiada hubungan jelas dengan PERUBATAN untuk mengelakkan nama PERUBATAN tercemar sekiranya perkara tidak diingin berlaku. Jemputan  Majlis Iftar Jamaei yang akan diadakan pada 25 August ini saya telah forwardkan kepada yahoo group perubatan_mesir. Saya telah dihubungi secara personal tentang penggunaan nama persatuan PERUBATAN dan sekali lagi isu PERUBATAN Bukan PPIM Chapter diungkit dan telah menyebabkan saya naik angin sekali lagi. Cuba check dalam inbox kalian, ada apa-apa perkara sensitif ke saya tulis di situ?

Konklusi


1.    Selepas ini segala aktiviti ppim yang inginkan aktiviti perubatan saya akan maklumkan kepada pelajar perubatan di Mesir melalui yahoo messenger saya (faizalbobby(at)yahoo.com) atau blog ini. Karenah birokrasi atau suara-suara sumbang dapat dielakkan. Update dengan saya selalu.

2.    Sekiranya ingin menyertai apa-apa program ppim, sertailah dengan nama KEMANUSIAAN, bukan atas nama persatuan PERUBATAN atau persatuan-persatuan yang lain. (Malas nak komen, you are toast if I speak out about this).


3.    Pihak PPIM sekiranya ada maklumat atau jemputan, tidak perlu hantar kepada Presiden Perubatan. Ini bukan kali pertama. Dari dahulu PPIM hantar, namun tiada respons, hanya isu Perubatan Bukan PPIM Chapter sahaja yang timbul daripada Majlis Tertinggi. Tidak hantar pun isu ni timbul, inikan pula apabila dihantar. Maka PPIM boleh hubungi saya secara terus.

4.As long as the activities are good and can benefit people, i will handle them myself, bawah PERUBATAN ke , luar PERUBATAN, I DONT CARE, don’t mess up my life with these stupid political issues, or you deserve my bad words.

Ini bukan perbincangan di peringkat meja bulat. Mr President dah maklumkan melalui perutusan presiden dalam yahoo group. Saya ingin bersikap telus supaya kalian tahu kenapa maklumat daripada PPIM tidak sampai, kenapa saya yang uruskan benda-benda ini semua, dan kenapa tidak boleh menggunakan nama PERUBATAN dalam aktiviti PPIM. Jangan salahkan saya kemudian hari. Saya dah tulis dah. Harap maklum

Pelajar Perubatan di Mesir telah mencecah 4 digit and still growing larger. Hidup tanpa bantuan ibarat kapal belayar tanpa kemudi. Belajarlah berintegrasi....

 update august 25th 2010 :
Persatuan Perubatan seharusnya tahu menilai persatuan mana yang ABSOLUTELY CONTRAINDICATED, RELATIVELY CONTRAINDICATED  dan juga persatuan mana yang ABSOLUTELY INDICATED  dan RELATIVELY INDICATED dalam konteks hubungan formal. Saya dah tulis guna bahasa perubatan dah tu, kalau tak faham juga semoga Allah memberi Hidayah.

Angin Ahmar -Jangan Mengadalah!! (2010)

$
0
0
Angin Ahmar - Jangan Mengadalah!

“Eih? Baba 3aez eih?(apa, abah nak apa?)” tanya si anak lelaki kepada bapanya berulangkali.  Mukanya berkerut kerana tidak faham kehendak bapanya.

“aa eish auw, aa eish auk lor,”kata si bapa. Kayu tongkat yang panjangnya semeter dihentak perlahan ke lantai simen tingkat 7 hospital Kasr el Ainy Faransawi  menggunakan tangan kanan.  Kudratnya lemah. Susuk tubuh lelaki berumur 56 tahun ini terlontar di atas katil. Tangan kiri dan kaki kirinya tidak bergerak. Tangan kanan yang masih memegang tongkat diketuk ke lantai kembali.

Mulut orang tua ini terkumat kamit. Kami gagal memahami kehendaknya. Aku intai ke bawah katil. Beg kencingnya masih lagi kosong. Nak buang air besar ke pak cik ni? Dah pakai pampers dah. Aku cuba kembali memahami kata-katanya.

“Baba 3aez takol ful?(abah nak makan ful ke?)”tanya abang Hisham kepada bapanya kembali. 
“ Aa eih auk..aauum,”kata orang tua itu kembali.
“3aez to2om? (nak bangun ke?)” tanyaku. Kepalanya mengangguk lemah. Akhirnya mesej sampai.


Pak cik Saad ini telah dimasukkan ke hospital malam tadi apabila terjatuh di rumahnya selepas pulang dari masjid menunaikan solat tarawikh. Beliau telah didiagnose menghidapi stroke (angin ahmar) oleh pakar saraf (neurologist) di wad kecemasan malam tadi. Ketika itu aku masih di rumah. Kawan arab suruh datang hospital melihat sendiri pesakit ini dan tengok CT scan beserta MRI pesakit ini.

Aku bergerak ke hospital pada pukul 6 am setelah selesai menunaikan solat Subuh. Ada 2 orang kawan arab perempuan menungguku di wad saraf awal pagi itu, Dr Hala dan Dr 3abed.

“Soba7al foul, Ezayyuku?(selamat pagi, apa khabar?)”sapaku. Mataku terkebil-kebil, masih mengantuk. Mereka menoleh dan tersenyum. “3amel eih Doctor Faisal?”Tanya 3abed, ceria seperti biasa. Mereka ini sama kumpulan denganku ketika round internal medicine dan surgery dahulu. Memang sangat rajin menempel di hospital ni. Kawan arab aku yang menghubungiku malam tadi tidak datang hari ini, beliau ingin belajar di rumah.

“Shoft el-MRI ya Feisal?Gamda awy, tushuf awwal we ba3den eih ra2yak?(dah tengok MRI  dah faizal? Kalau belum, tengok MRI dahulu, kemudian bagi pendapat)”kata Dr Hala.

Kuambil  MRI dari sampul yang terletak atas meja di hadapan pesakit. Hampir sebahagian otak kanan menunjukkan warna putih (ischemic injury).

“Massive left cerebral infarction?” hanya sedikit saja bahagian otak kiri yang masih sihat.

Dr Hala mengangguk. “Which artery?” tanyanya lagi. “MCA?” Beliau kembali mengangguk. “and he is still living…….?” tanyaku hairan. Mereka tidak menjawab. Mereka memandang kembali mataku. Kening diangkat. Aku tiada jawapan.

“Abah nak makan apa?”tanya Hisham pada ayahnya.  Tersentak lamunanku. Aku masih lagi memikirkan MRI tadi.

Aku kembali palingkan kepalaku pada pak cik Saad. Sebelah badannya tidak mampu lagi bergerak.  Pakar Saraf (Neurologist) Dr  Mofida telah berikan TPA (Tissue Plasminogen Activator ) malam tadi. Belum nampak apa-apa kesan yang jelas.

“Cuba tanya soalan ya atau tidak, lebih memudahkannya untuk menjawab,”kataku kepada abang Hisham yang berumur 31 tahun ini dalam loghat arab pasar. Pesakit stroke atau angin ahmar kebanyakannya akan lumpuh tangan atau  separuh badan dan hilang kemahiran berkomunikasi. Dia tak faham apa kita cakap, dan yang lebih jelas kita tak faham apa dia cakap!

Mulut pakcik Saad terkumat-kamit. Komunikasi gagal. Soalan demi soalan ditanya oleh anaknya. Sama ada “wah” atau “la” sahaja jawabnya.

Pang!!!!


Tongkat pak cik Saad ini jatuk ke lantai. Anaknya cuba menundukkan diri untuk mengambil tongkat. Dengan tidak semena-mena, pakcik ini terjatuh dari katil dan menghempap anaknya. Anaknya menjerit. Aku lantas berlari ke arah orang tua tadi. Khuatir kalau jatuh ini boleh menyebabkan stroke kali kedua.

Badan pak cik Saad obese. Berat.  Anaknya tersungkur mencium bumi. Dr Hala dan Dr 3abed cuba membantu. Pakcik itu tidak berganjak. Kumasukkan kepala di bawa celah ketiak orang tua ini dan cuba memapahnya untuk bangun. Anaknya bingkas bangun dan tiba-tiba…..


“Abah nak buat apa??Kan saya suruh tidur atas katil, kenapa nak bangun pula, degil  ???”jerit anaknya dengan suara tinggi. Kepalanya benjol dek hentakan tadi.

“uu….noooo…eee” itu ajer suku kata yang keluar dari bibir pakcik Saad.

“Abah ingat sikit abah tu sakit! Tak payahlah nak banyak bergerak. Kalau saya ada pun, ayah nak buat macam-macam, baik saya balik ajer!”jerit anak ini dalam bahasa arab.

“Osbor ya 3am,rayyeh nafsak!,”bentakku bengis kepada abang Hisham. Pakcik saad tidak berkata apa-apa.  Sebelah kiri mukanya telah lumpuh. Tiada apa-apa reaksi.  Kuangkat pak cik ini perlahan-lahan naik ke atas katil. Ku perasan air mata mengalir keluar dari mata kanannya dan membasahi janggut tuanya.

Hati aku betul-betul sayu. Pak cik ini telah lumpuh dan tidak berupaya, dimarah pula oleh anaknya sedemikian rupa. Hati sensitif mana tidak akan tersentuh?

Aku ambil selimut dan cuba untuk menyelimutkan pak cik Saad. Kaki kanannya mengais selimut dan disepak ke lantai. Kuangkat kembali. Disepak kembali.

Tangan kanannya tidak berhenti bergerak. Tongkat dicapai, diketuk-ketuk ke dinding. Jururawat pula menjerit suruh senyap namun tidak dipedulikan. Kepalanya terlentok-lentok ke kanan. Kaki dan tangan kanannya tidak berhenti bergerak. Abang Hisham hilang sabar, dibiarkan abahnya di situ dan dia duduk memerhati dari jauh.

Aku dan Dr Hala memegang badan orang tua ini di atas katil.


MENGADA-NGADALAH ORANG TUA INI!!!!!!!!!!!!!! Entah berapa kali ayat tersebut terlintas di kotak fikiran. Sambil tanganku memegang kaki kanan orang tua ini, fikiranku melayang, merentas masa, jauh dibawa angin………………………………..

...................................................................................................................................................................


Aku dan abangku masih kecil waktu itu. Umurku kurang dari 2 tahun dan abangku berumur  4 atau 5 tahun. Segalanya masih jelas dalam ingatan. Allah kurniakan ingatan yang kuat padaku. Walaupun masih kecil, aku mampu mengingati sisa babak kehidupanku satu persatu.

Ketika itu kami tinggal di Shah Alam, Seksyen 19. Pagi. Mama mencium pipiku sebelum pergi kerja di Bank UMBC Jalan Sultan Ismail. Aku tersedar dari tidur. Abangku masih tidur di sebelah. Papaku pun sama.
“Papa nak ye (papa nak air),”pintaku. Permintaanku tidak dipedulikan. Papa lantas bangun mencapai sekotak rokok dan hilang dari pandangan. Aku jalan terkedek-kedek ke dapur. Tiada siapa di situ. Orang gaji  Kak Siti Mayam telah berhenti kerja. Aku toleh kanan, aku toleh kiri tak ada air. Lantas dengan seluar pendek kujalan masuk ke bilik kembali mendapatkan along Boboy.


“Boy nak ye,”pintaku. Boboy yang masih bertahi mata terjaga. Dia lantas bangun dan berjalan ke dapur. Dibukanya peti ais. Ada air kotak waktu itu. Kuminum menghilangkan dahaga dan terus berlari mendapatkan alat permainan di ruang tamu.

“Ain asir ( jom main pasir),”kataku pada abangku sambil memegang bulldozer warna merah. Tangan kiriku masih memegang bantal busuk warna hijau yang mama buatkan. Memang busuk! Tak lekang-lekang dari tangan. Huhuhu. Ada sekali tu pulang dari kampung, tertinggal bantal busuk kat kampung. Aku bantai menangis dalam kereta sampai ke rumah Shah Alam. Aku tak ingat mama balik kampung semula atau buat bantal yang baru.HHUHHU. Kesian mama.

“Mandi dulu la, boleh main bomba-bomba,”jawab along. Aku dengan puting yang masih dimulut ikut sahaja ke mana abangku pergi.

“Papa, buka paip, boboy nak mandi,”kata boboy. Papa yang tersungkur di sofa umpama mayat bernyawa. Tidak berbunyi namun mata terbuka, merah. Di atas lantai berpuluh-puluh puting rokok dalam bekasnya. Abangku jerit berkali-kali. Barulah papa bangun dan bukakan shower di bilik air tingkat satu. Aku dan abang lantas berbogel dan bermain air sambil menjerit-jerit. Paip air yang tercapai di tangan dibuka oleh boboy. Getah paip yang laju deras airnya disembur-sembur ke badanku. Aku terjatuh ke atas lantai. Tak sakit. Lantas bangun kembali mencapai puting yang terjatuh.  Kami bermain air sehingga basah luar bilik air sekali. Entah berapa jam. Nasib baik tak ada baldi. Kalau aku tersungkur dalam baldi tak tahulah apa terjadi. Papaku tak menyedarkan diri.


Ting tong! Ting tong!

Loceng berbunyi. Boboy dan aku berlari ke ruang tamu, sebahagian karpet dah basah. Boboy menjenguk ke luar. “Ye, ye Mak long datang,”jeritnya. Aku meninggalkan bulldozer dan berlari ke arah pintu pagar dengan berbogel.

“Ya Allah , apa dah jadi dengan anak maklong nih!” Maklong jelas sekali terperanjat.  Beliau lantas masuk ke rumah. Digerakkan papaku dan memarahinya. Papa yang berkain pelikat tanpa berbaju antara sedar dan tidak. Terbeliak biji mata mak long tengok rumah yang kebasahan dibuat oleh kami adik beradik. Aku yang masih berbogel kebasahan mencari bantal busuk.

“Maklong, nak shushu(susu),”kataku. Beliau terdiam. Biji matanya berair. Lantas bangun dan membuat susu.
“Jan, balik rumah sekarang, kau tengok apa dah jadi dengan rumah kau ni,”maklong menghubungi  mama melalui telefon rumah. Maklong memakaikanku dan abangku baju dan aku tertidur di atas sofa bersama bantal peluk.

Kereta warna merah masuk ke pekarangan rumah. Mama dah balik. Dia keluar dari kereta. Rambutnya merah semerah kereta dan bibirnya. Gerak langkahnya laju. Dibuka pintu gril. Kasut tingginya dicampak ke tepi. Mama melihat papa yang masih terduduk di sofa tidak sedarkan diri. Mama naik berang. Mama memetir di ruang tamu there and then. Aku yang ketakutan lari mendapatkan maklong. Maklong memeluk erat aku dan abangku. Air matanya belum berhenti menitis. Macam-macam keluar dari mulut mama waktu tu. Mama lantas naik ke tingkat dua rumah kami. Memunggah segala kain baju aku dan abangku masuk ke dalam beg. Papa mengikutinya dari belakang merayu-rayu.

Ada beberapa ayat yang mama lafazkan waktu itu. Mengingatinya amat menyakitkan. Segala baju , alat permainanku  dimasukkan dalam kereta. Maklong memerhati.

“Along, bawa boboy ngan bobby masuk kereta. Aku dah tak tahan duduk rumah ni,”kata mama pada mak long.

“Jangan tinggalkan papa,”papa menangis. Diulang berulang-kali ayat tersebut. Aku yang menghisap puting mula ingin menangis.

“Awak jual anak pun awak sanggup,”kata mama.

“Papa tak sampai hati jual anak sendiri,”rayu papa. Mama ku bergegas menguraikan tangan papa di muka pintu namun segalanya telah terlambat. Papa ditinggalkan di pintu rumah dalam keadaan menangis.
Mama lantas masuk ke dalam kereta dan meluncur meninggalkan rumah Shah Alam menuju ke kampung bersama kami. Aku menangis sehingga tertidur. Dahulu mungkin aku kasihankan papa dibuat begitu namun kini aku mengerti mama telah menyelamatkan segalanya demi diriku dan boboy.


Sejak itu aku dijaga oleh wan dan atuk di kampungku, Jelebu. Negeri Sembilan.
(sebahagian babak tak mampu kuceritakan di sini, biarlah masa menentukan apabila aku benar-benar bersedia untuk berkongsi dan memberi pengajaran pada semua)

......................................................................................................................................................................

“Atuk, tahun ni kita tak bergaduh,”kataku tersengih-sengih macam kerang busuk. Atuk tersenyum, lantas dihulurkan tangan ketika aku salam memohon kemaafan pada pagi raya tahun 2002. Ritual salam dan memohon maaf ini memang diamalkan setiap tahun dalam keluarga kami. Penuh dengan keikhlasan, kemaafan, emosi yang tragis, tisu-tisu yang basah dan make up yang kena touch up balik.hahaha. Daku pernah tunjukkan gambar-gambar ini pada kawan-kawan arabku di universiti. Mereka semua terkesima dengan amalan kita

“Seumur hidup aku tak pernah cium tangan mak dan ayah, apatah lagi minta maaf sebegini tiap-tiap tahun. Mak aku pun tak pernah aku tengok cium tangan ayah,”kata Mostafa. Memang benar. Arab tiada budaya dan adab yang sebegini. Isteri cium tangan suami bagi mereka seperti dilayan disyurga. Isteri arab ni kalau bergaduh maki hamun suami, baling apa sahaja yang tercapai di tangan dan yang paling jelas, semua kawasan jiran boleh dengar. Mereka bangga orang dengar mereka bergaduh .  4 tahun lepas keluar berita ada seorang isteri ni marahkan suaminya sebab kahwin lain, dibaling parang, terkena leher, tercantas carotid vesselnya dan mati! Arab ni cantik-cantik, miss universe tu tolak tepi lah, masalahnya sikap tidak hormat suami antara salah satu kekurangan yang agak jelas. Suaminya pun dua kali lima. Kaum Melayu dan Cina lebih berbudi bahasa dan lembut tutur kata.


Hampir setiap tahun ada sahaja konflik aku dan atuk. Atuk ni panas baran, aku pula tak ada toleransi. Nak menjawab sahaja cakap orang tua. Huhuhu. Orang tua tak semestinya betul sentiasa, orang muda tak semestinya salah sentiasa.  Haaa..tu yang bergaduh-gaduh tu. Tapi raya tahun itu agak pelik. Tak bergaduh langsung di bulan Ramadhan dengan atuk. Huhuhu. Cucu lain semua baik-baik. Aku ajer yang suka cari pasal.

Sejak peristiwa air basah satu rumah tu, aku dan along dibesarkan oleh atuk dan wan di kampung. Mama telah bercerai sejak itu dan menyara kami sekeluarga seorang diri. Rumah di Shah Alam dijual, hanya kereta yang tinggal untuk ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jelebu setiap minggu.

Aku bersyukur mama mempunyai kelayakan dan dapat pekerjaan yang baik. Cuba bayangkan kalau dah bercerai, tiada kerja, tiada pula kelayakan? hidup dalam kesusahan sepanjang hayatlah jawabnya.

"Kita kaya, orang tak suka, kita miskin, orang benci"

Atuk dan wan sangat penyayang namun sangat tegas dalam bab pendidikan. Sepupuku yang lain pun tinggal di kampung bersama kami. Ibu bapa masing-masing mencari rezeki di Kuala Lumpur. Balik kerja dah malam, macam mana nak jaga anak-anak? Orang gaji tak boleh dipercayai. Dulu makcu aku berkeras nak jaga anak sendiri, hantar anaknya ke rumah jiran waktu dia bekerja. Sekejap aje bertahan, Si Harry makan tak diberi, minta minuman dimarah-marah. Sedangkan depan makcu aku, jiran tu pijak semut pun tak mati. Lepas tu memang tinggal dengan wan dan atuk di kampung. Rumah di kampung agak besar. Siap boleh jogging, berlari-lari dan main basikal dalam rumah!


Pukul 5.30 pagi aje, wan kejut untuk bersiap ke sekolah. Pukul 6 am yang sejuk membeku tu dah ada di pondok bas bersama budak-budak lain untuk ke sekolah. Selalu tertidur dalam bas sebab sejuk dan masih awal. Dari rumah ke pondok bas, atuk yang hantar naik motor.  Itulah keadaannya setiap pagi selama bertahun-tahun. Kalau ada peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun, mama akan ambil cuti seminggu dan hantar jemput kami ke sekolah setiap hari. Those are my favorite days sebab tak payah berebut bas dan berjalan di bawah panas terik matahari setiap hari sampai kulit naik hitam. Nasib baik la mama tak ada anak perempuan, kalau tak memang azab sungguh!

Petang aje balik sekolah, wan dah masak siap-siap makanan favorite. Baju tak sempat tukar lagi dah capai mangkuk nasi. Pukul 2 petang pergi mengaji di rumah seorang guru agama dekat dengan rumah. Malas mengaji kena rotan!! Aku tak pernah kena rotan kut tapi adik sepupu aku, anak mak long selalu kena rotan. Balik ajer dia tertidur atas sofa. Wan atuk suruh pergi mengaji dia bagi alasan penat, panas la.

“Kau nak jadi apa tak nak pergi ngaji?Wan ni nak jadikan kau manusia, biar boleh hidup senang macam orang lain, tak la hidup susah macam wan atuk ni dari muda sampai ke tua!”jerit wan sambil memegang rotan. Berlari masing-masing ke halaman ambil basikal dan memecut. Huhuhu.


Alhamdulillah wan dan atuk diberi kesihatan oleh Allah untuk terus mendidik kami. Aku tengok nenek-nenek orang lain semua dah uzur, tak larat pun nak berjalan lama-lama. Wan aku boleh berlari lagi mengejar cucu! Ada orang kampung ni, neneknya uzur tak lepas berjalan, duduk di biliknya dekat dengan dapur. Si cucu tahu yang neneknya tak akan naik ke beranda, maka beranda menjadi tempat dia merokok dan hisap dadah dengan kawan-kawan. Emak dan  ayahnya entah ke mana. Memang rosak!
 
Malas baca buku ajer kena rotan. Tengok tv lebih masa ajer, ditutup tv tu depan-depan dan berlarilah masing-masing mencapai buku.

Semua ada dalam buku tu, rumah besar, kereta besar, bini cantik, buka ajer buku tu dan baca,”kata atuk. Waktu kecil dulu aku belek setiap muka surat buku, mana bini cantik?tak ada pun? hahaha Rupanya makna tersirat. Sekiranya kita berilmu, segalanya kita boleh peroleh. Jika banyak harta pusaka sekalipun tapi anak-anak tidak berilmu, harta akan habis dan kembali hidup susah. Sebab itu keluarga kami pentingkan ilmu lebih dari harta. Harta jangan dikejar, ada ilmu, ia akan datang sendiri.

Waktu malam aje memang masa baca buku. Boboy cucu sulung. Beliau dapat perhatian lebih dari atuk dan  mama. Mama ajar a-t0-z kalau hujung minggu. Kerja rumah boboy kalau tak siap atuk dah marah dah. Memang bertuah.

Sepupu-sepupu aku yang lain dapat perhatian penuh dari ibu dan bapa masing-masing. Buku tulis aku tak pernah atuk tengok kerja rumah siap ke tidak. Cikgu bagi A ++ melambak-lambak. Mama pun tak pernah tengok. Mama pun sibuk. Kami ada masa kurang 24 jam dalam seminggu untuk bersama mama. Petang sabtu mama balik ke kampung. Petang Ahad mama dah balik dah. Aku terkontang-kanting bawa diri sendiri.



Kadang-kadang jealous tengok mak ayah masing-masing buka buku anak-anak, hantar sepupu-sepupu tu ke sekolah. Aku paling lambat bangun pukul 5.30 pagi. Sepupu aku yang lain, sebab naik kereta bangun paling awal pukul 6.30 am.  Aku mengulangkaji pelajaran dan tidur paling awal pukul 12 tengah malam. Mereka yang lain, tidur paling lambat pukul 10 malam. Bayangkan baca buku sekejap ajer, lepas tu tengok tv, lepas tu parent masing-masing dah ajak tidur, nak berjaya macam mana?? Study cukup syarat. No wonder


Ada permainan video mama belikan untuk kami waktu aku darjah 3. Balik sekolah ajer main, pergi mengaji pun terlewat-lewat. Wan aku kejar dengan rotan. Aku dan abang aku melompat keluar dari tingkap puuuummm jatuh ke tanah! Nasib baik tak patah riuk. Rumah kampung tu serambinya tinggi seolah-olah tingkat dua. Hujung minggu main game, wan ambil game tu dia sorokkan entah mana-mana! Puas kami adik-beradik geledah rumah tu!
 
“Kalau ada  game tu angah along tak baca buku!(angah tu merujuk kepada aku),”kata wan. Tak tahu apa nak dibuat, lantas buka buku.

Pada tahun 1997, abangku masuk Sekolah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah setelah memperoleh 4 A (waktu tu upsr 4 subject sahaja). Mama gembira tak terkira waktu dapat result upsr. Dipeluknya abangku di sekolah sambil menangis-nangis. Ibu tunggal. Susah mencari rezeki membesarkan anak seorang diri. Itulah hadiah terbaik buat mama. Sejak hari itu aku azam tinggi, nak jadi macam along.

Papa entah ke mana, dah beberapa tahun tak dengar berita. Aku hidup ke, mati ke, pun dia tak ambil peduli. Aku pun tak ingin ambil tahu. Boboy lebih bersikap ignorant dari aku.

Banyak kisah duka kami adik-beradik. Simpan sesama sendiri. Along pernah balik lewat dari sekolah. Dia menangis seorang diri di taman permainan lepas kelas apabila kawan-kawannya mengejek tentang papa. Kesian along.

Papa dan mama berasal dari daerah yang sama. Tak ada siapa tak kenal kami sekeluarga di situ. Kisah penceraian jadi bahan mulut orang bertahun-tahun. Along ni jenis tak cakap banyak. Dia simpan seorang diri, lepas tu dia mengamuk. Ada masa ni, aku baru balik dari kelas petang. Berjalan bersama kawan-kawan. Sampai di kedai ibunya, ibunya jeling aku dan terus menyuruh anaknya masuk. Aku dengar dari luar kedai,”Ibu tak nak kau kawan dengan anak Azmi tu!”

Aku tersentak di luar kedai. Tercari-cari arah hendak dituju. Aku tak nak balik rumah lagi waktu tu. Menangis aku tepi padang Kuala Klawang seorang diri. Ada seorang cikgu SKUJ melintas dan memberhentikan kereta. Cikgu perempuan ini duduk di sebelah ku dan bertanya kenapa aku menangis.

Aku tetap tak bersuara. Dia memelukku dan cakap,”Faizal tak perlu menangis, balas jasa mama, atuk dan wan dengan keputusan yang cemerlang. Jangan dengar cakap kawan. Apabila Faizal berjaya, tak ada orang boleh mempersendakan Faizal.” Aku ingat setiap patah perkataan cikgu ini. Sejak itu setiap kali aku tension dengan orang sekeliling, aku pegang buku dan baca. Tension lagi pegang buku dan baca. Walaupun hakikatnya buku-buku tersebut basah dek air mata. Terima kasih cikgu.

Banyak lagi kisah sedih. Aku tak pernah lupa, namun aku tak ingin ingat. Biarlah bersemadi.  Mama sengsara di usia mudanya, namun setelah berkahwin dengan abah (bapa tiri) aku yakin segalanya boleh dilupakan sekelip mata. Aku ini anak. Setiap kali aku tulis nama penuh Mohd Faizal bin Nor Azmi, hati aku terusik.  Setiap kali dapat anugerah atau apa-apa hadiah dan nama penuh aku diumumkan, hati aku kembali terusik walaupun zahirnya tak menunjukkan apa-apa reaksi. He didn’t deserve this honor!

Memang tak patut aku bercakap macam tu tapi itulah yang berlaku setiap kali aku tulis nama atau nama aku diumumkan. Sengsara ini dibawa ke mati. Hanya apabila namaku disebut Mohd Faizal bin Norizan, kesengsaraan ini hilang seratus-peratus iaitu ketika saat aku ditalkinkan. Nasihat saya untuk pembaca berhati-hatilah mencari pasangan, buat research menyeluruh, sekiranya gagal dalam membuat keputusan, anak-anak yang terima padahnya, buat selama-lamanya. Berkahwin bukan untuk sehari dua.

Setiap minggu mama jenguk along di sekolahnya. Along yang gemuk gedempol kenyang makanan wan jadi kurus macam lidi makan nasi kawah di sekolah. 2 minggu sahaja tempohnya. Waktu tu bulan Ramadhan. Tak ada yang tak menangis tengok Boboy.

Mama pun balik kampung  tak sibuk-sibuk tengok buku aku. Sifir ajer ditanya banyak kali ,”Dah hafal sifir dah?” Kalau tak hafal kena jelingan yang tajam. Atuk pun waktu tu kurang sihat. Selalu buat perangai. Aku selalu cakap atuk ni mengada-ngada mengalahkan budak-budak! Lepas tu sure aku kena cubit oleh sesiapa yang ada di sekelilingku.  Kerap kali aku bawa buku depan atuk. “Atuk, cikgu suruh sain.” Barulah dibuka buku aku tu. Itu pun tak cakap apa-apa. Waktu tu aku selalu bertanya dalam diri, kenapa atuk selalu tak cakap banyak pasal study aku. Along boboy over pula attention yang diberi. Erm. Malas nak fikir, nanti sakit hati.

Aku bawa diri sendiri sejak kecil sampailah kini. Macam-macam pertandingan aku masuk. Atuk kata kalau study stabil apa salahnya masuk kokurikum. Study aku memang stabil. Aku aim kalau dapat no 1, aku boleh masuk apa-apa yang aku nak.  Maka beratus-ratus pertandingan aku masuk di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. No one can object, as long as I got number one.
......................................................................................................................................................................
Tahun 2002

Aku pulang bercuti dari SMAPK selama 2 minggu pada bulan 8. Waktu itu aku tingkatan 4. Wan dan atuk tersenyum tengok aku terpancul di pintu pagar rumah kampung. “Ingatkan pergi rumah mama,”kata wan. Aku senyum ajer membawa beg besar yang penuh baju untuk dibasuh dan buku untuk dibaca. Mama berkahwin semula waktu aku tingkatan satu dan tinggal bersama anak-anak abah di Bandar Tun Hussein Onn.


“Wan, angah puasa hari ni,wan masak apa?”tanyaku. “Dah, dah wan siapkan dah, pergilah tengok kat dapur,”kata wan sambil tersenyum.

“Wah, ayam masak merah, ikan sembilang berlada, daging salai masak gulai, labu masak lemak!” tergugat iman aku waktu tu. Lambatnya masuk maghrib!getus hatiku sedangkan lagi setengah jam sahaja.

“Wan kau masak macam-macam, yang makannya seorang!”kata nenek, ibu kepada wan.  Aku terlupa salam lak. Huhuhuhu. Nenek tinggal bersama kami. Dialah yang membantu membesarkan mama adik-beradik dan kini aku adik-beradik. Umurnya ketika aku garap blog ini telah mencapai 90 tahun. Kini agak uzur, bersusah payah di zaman british, menanam beras dalam tanah dan menyorok di hutan di zaman jepun, membesarkan anak, kemudian jaga cucu pulak, kemudian cicit pulak. Ni kalau abang aku yang dah kahwin ni dapat anak. Dialah manusia yang paling kaya di dunia ni, sempat lihat anak, cucu, cicit dan piut. Doakan kesihatan beliau yang kini telah uzur.

Atuk duduk sekali di meja makan waktu itu. “Wan dah buatkan air?”tanya atuk. “Takperla tuk. Air oren ada ni,”sambil menuang air oren dari botol ke dalam gelas. “Atuk makanlah sekali,”kataku.

Atuk mengambil sepinggan nasi dan makan bersamaku pada waktu maghrib itu. Rumah itu ada wan,atuk, nenek dan aku ajer. Adik sepupu lain aku tak pasti ada di kampung atau bercuti dengan ibu bapa mereka. Tiada memori. Sesudah menjamah nasi, atuk bangkit solat maghrib dan terus masuk ke  bilik untuk tidur.
Aku bangkit, mandi, solat dan baca buku sebelum berborak dengan wan di depan tv. Pukul 10 wan masuk tidur. Aku tutup tv astro yang tiada rancangan menarik, lantas membuka computer di  bilik untuk bermain internet.

Suasana sunyi malam itu, bunyi cengkerik dan unggas sangat kuat tatkala malam. Rumah kampung itu sangat wangi. Bunga kembang malam yang ditanam di luar rumah oleh maklong sangat mengharumkan. Aku keluar dari bilik menuju ke dapur dalam keadaan yang gelap. Apabila melintasi bilik atuk dan wan, aku terdengar bunyi orang mengetuk dinding.


Dang! Dang! Dang! Dang!!!


Aik, atuk mengigau ke?getus hatiku. Aku terus berjalan ke dapur dan minum air. Aku berjalan kembali untuk pulang ke bilik.

Dang ! Dang! Dang!!!Dang!!


Aku buat pekak dan terus masuk bilik.

Aku mencapai sebuah buku untuk dibaca. Selesai sahaja baca satu perenggan,aku terdengar bunyi orang menjerit.

“Angah, tolong ngah ! Angah tolong ngah!!!!!

Aku terdengar suara wan. Aku melompat bangun dari katil dan berlari kearah bilik wan yang sejauh 30 meter dari bilik aku.

Lampu terpasang. Nenek aku dah terjaga. Kulihat atok di atas katil. Wan memegang tangannya sambil menangis. “Abah, mengucap bah, ingat Allah bah, mengucap!!!” air mata wan macam empangan pecah. Aku tersentak waktu tu  tak tahu nak buat apa.  Kuangkat atuk ke tilam yang dibentangkan ke atas lantai.

Tangan dan kaki kirinya tidak lagi bergerak. Matanya juling. Air liur mengalir keluar.Tangan kanannya bergerak-gerak tanpa henti mencapai apa sahaja yang ada.

Ku lantas ke ruang tamu, telefon jiran minta tolong, telefon tokcu, telefon maklong, telefon mama, telefon makcu, dan sesiapa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Wan macam hilang arah. Arwah wan long  dan toklong mengetuk pintu.

Aku lekas membuka pintu. Toklong, tengokkan atuk. Kataku dalam tangisan. Beberapa minit kemudian Tokcu datang dengan keretanya. "Jom lekas bawa atuk hospital!"kata Tokcu. Aku angkat atuk masuk ke dalam kereta.Tangannya masih lagi  bergerak.

Pintu tak dapat ditutup. Tempat duduk belakang tidak muat untuk  membaringkannya. Kududukkan atukku namun kaki dan tangannya bergerak tidak henti . Kejap pegang dinding, kejap pegan wan, kejap tolak kerusi, kejap kena kepalaku.

“Atuk sabar la kejap. Bawa mengucap!”kataku perlahan dalam tangisan. Wan tidak dapat bersuara.
Tokchu bawa kereta laju macam F1! Tuhan sahaja yang tahu aku takut macam mana waktu tu. Suruh bawa perlahan bukan dia peduli. Sampai ajer hospital, atuk dibawa masuk ke wad kecemasan. Dicabutnya canula dari tangan, ingin bangun dari katil dan terjatuh.

“Atuk janganlah mengada-ngada!!! Doctor nak rawat ni,”jeritku dalam emergency wad itu.

“Adik, mak cik, boleh keluar sekejap tak, “kata doctor di wad emergency itu lembut.

Aku melangkah keluar. Aku bantai menangis kat luar wad tu tak berhenti-henti. Wan puas pujuk.
“Sabarlah angah, wan lagi sedih,”kata wan. Aku memeluk wan dalam gelap gelita malam di luar wad kecemasan Hospital Jelebu.

Mama, abah, maklong, paklong, makcu dan pakcu sampai dari kuala lumpur 45 minit kemudian.

Kesemuanya menangis di luar wad. Atuk disahkan kena stroke (angin ahmar) tapi tak dimaklumkan jenis infarction atau hemorrhagic.  Atuk dalam keadaan begitu sehingga esok harinya. Tangannya belum berhenti bergerak. Canula di tangan dicabutnya.

Aku hanya diam sejak atuk dipindahkan ke wad. Cuma dalam hati terlintas, cukuplah tu tuk, bagi nurse buat kerja, janganlah mengada-ngada.

Tangan atuk tidak bergerak lagi sejak hari esoknya. Mukanya  mampu bergerak sedikit demi sedikit. Aku luangkan masa tidur di hospital waktu itu sehingga buka sekolah. Habis aku punggah buku sekali bawa hospital.
......................................................................................................................................................................

Hari ni aku keluar dari masjid Smapk menuju ke dorm. Baju-baju aku masukkan ke dalam beg kerana aku ingin pulang ke kampung tengok keadaan atukku yang lumpuh. Aku kembali ke masjid untuk solat isyak. Sekali aku ternampak kelibat abah mencariku di luar masjid.

“Eh, abah buat apa kat sini?”abah tidak segera menjawab. Along boboy mengekorinya.
“Angah, bawa banyak-banyak bersabar, atuk dah tak ada,”

Duniaku gelap. Aku terkedu. Sesak nafasku. Tanganku menggeletar."Innalillahi wainnalillahi rajiuun.


“Awak balik ke dorm, ambil kain baju, kita balik sekarang, abah dah maklumkan dekat Ustaz Wan Akashah,”kata abah.

Aku pusingkan tubuh menghala ke dorm. Langkahku kubuka kecil. Air mata mula berlinang dari masjid sampai ke dorm, sampai ke kereta, sampai ke rumah kampung.

Kami tiba di kampung pada tengah malam. Kusedekahkan al-Fatihah dan kubacakan yaasin di tepi arwah.
Arwah atuk dikebumikan pada esok harinya di sebelah pusara ahli keluarga yang lain.
......................................................................................................................................................................

(kembali ke hospital)

Dr Hala sangat penyabar dan penyayang orangnya. Dipujuknya pak cik Saad supaya duduk diam, tapi tidak membuahkan hasil. Selimut putih telah kotor di atas lantai.

“Soba7al 5eir ya  gama3ah (Selamat pagi semua),”terdengar suara wanita dari arah pintu. Dr Mofida berjalan masuk. Abang Hisham bangkit memberi hormat.

“Ezayyoko ya shabab? How are you dr Faisal?”senyum Neurologist ini apabila melihat kelibat orang Melayu di tengah-tengah orang Arab.

“Alhamdulillah, bel5eir, insyaallah,”balasku lembut.

“Doctor, this patient doesn’t want to stop moving from 3 hours, te3bna!(memenatkan kami)”kata Dr 3abed berseloroh. Kawan-kawan yang kenal 3abed ni sure tau perangai dia macam mana.Huhuhu

Dr Mofida tersengih. “It is normal for the stroke patient to act like that. It's not because of their childish attitude or what-so-ever. They have two paralysed limbs already. They are fighting not to lose others.
 (itu nomal untuk pesakit angin ahmar bukan kerana sikap keanak-anakan atau sebagainya. Mereka dah lumpuh satu tangan dan satu kaki. Mereka berjuang supaya tidak kehilangan satu tangan dan satu kaki yang lain.)

Jawapan Dr Mofida buat aku terduduk. Merah padam muka aku. Mulutku terkunci. Tanganku menggeletar.
“Are you alright Faisal?”tanya Dr hala. Aku mengangguk lemah, hatiku pernah terlintas arwah atuk dulu mengada-ngada.  Aku lantas keluar dari wad. Bilik air kuterjah. Kukunci pintu.

Maafkan angah, atuk. Maafkan, angah………………………………………


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Cara Gugurkan Anak (2010)

$
0
0
"Ya sitti, feen Dr  Nadia? El-concent lissa ma kameltesh, (miss, Dr Nadia mana? Concent tak lengkap lagi ni)"tanyaku monotonous.

"Mosh 3arfa wallah, momkin fe edara, (Saya tak tahu, mungkin dia di pejabat)"kata kak Maria sambil tolak troli ubat. Mukanya masam mencuka. Pesakit buat hal la tu. Hmm. Desah hatiku. Hari ni dah hari kedua aku cuba minta concent(kebenaran untuk sesuatu prosedur) daripada pesakit. Tetap gagal. Macam mana aku nak buat ni?resah~

Tuk tuk tuk (pintu diketuk)

"Salam alaik"sapaku.

"Wa3alaikumussalam," jawab Dr Nadia ringkas. Pintu dibuka. Seorang wanita tinggi lampai berbangsa arab berbulu mata lentik dengan muka putih licin tanpa jerawat terpancul di muka pintu. Kelihatan seorang lagi wanita tiga puluhan sedang duduk sugul membisu.

"3amel eih Faisal? Kef sehhatak?" tanyanya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah. No malignant disease, only malignant patients," jawabku selamba.

"Hahaha,"tertawa doktor berpangkat medical officer (MO) ini. "Jemput duduk,"pelawanya.
Aku yang tengah berpeluh-peluh kepanasan di musim panas ni tanpa berlengah melabuhkan punggung di sofa empuk di bilik berhawa dingin tersebut. Sedapnya dapat tidur!

"Ada hal penting ke?"tanyanya direct.

Mulut aku berat nak bercakap. Ragu-ragu. Kujeling wanita di depan Dr Nadia ini sebagai bahasa isyarat. Dr Nadia tak dapat tangkap maksud aku. Ditanyanya lagi. Wanita tadi mendongakkan mukanya dan memalingkan muka ke wajahku yang berada 5 meter darinya.

"Abang Hisham tak nak sain concent,"kataku.

"Hisham Abduh?"

"Aiwah"

"Kenapa? Dia cakap apa-apa?"tanya Dr Nadia ingin tahu. Tangannya mencapai segelas jus oren yang terletak di atas meja lantas meminumnya.

"Dia nak tukar hospital Faransawi,"bualku dalam bahasa arab Mesir pasar.

Shafa (wanita tadi) tak berkata apa-apa. Dia tahu barangkali hajat suaminya. Hisham adalah suami kak Shafa. Hisham berumur 45 tahun. Pangkat ayah aku sebenarnya. Apabila aku panggil ammu (pakcik) dia marah. "Aku belum tua lagi,"katanya. Aku yang sememangnya annoyed dengan perangainya panggil nama ajer walaupun sepatutnya dia digelar pakcik.

Bulan lepas Hisham didiagnose menghidapi cancer of prostate. PSA waktu mula-mula masuk hospital 30 ng/ml. Kerana umurnya yang dibawah 70 tahun, doktor-doktor pakar bersetuju untuk membuat pembedahan membuang prostate untuk mengembalikan kesihatannya. Kencingnya tidak keruan. Sakit sewaktu kencing dan kencingnya yang berdarah telah menyebabkan beliau dihantar untuk pemeriksaan oleh kak Shafa bulan lepas. Namun berita malang yang didengar. Barah prostate amat mengerikan mana-mana lelaki sebagaimana barah payudara mengerikan mana-mana wanita.

Dr Nadia pandang Shafa, matanya redup, katanya tersusun. "Mengapa perlu bawa Hisham keluar? Bukankah Dr yang bekerja di Hospital Universiti ini adalah doktor yang sama bekerja di Faransawi Hospital? Di sana kos sangat tinggi,"kata Dr  Nadia kepada Shafa memberi penjelasan.

"Shafa tahu, Shafa tak mampu. Shafa bincang dengan Hisham tetapi dia masih tetap dengan keputusannya,"tutur wanita ini perlahan. Volume suaranya seakan sama dengan volume nafasnya.

"Habis nak bayar dengan apa nanti?"sampukku tiba-tiba. Dr Nadia menjegilkan matanya kepadaku menyuruh diam. Shafa membisu. Bunyi penghawa dingin ini lebih didengari. Nafasnya seolah-olah terhenti.

"Macam inilah Shafa. Mari kita bincang dengan Hisham. Tengok dia setuju ke tidak. Kalau dia tak setuju untuk pembedahan ini dan masih nak tukar hospital, Shafa boleh cuba pohon insuran atau baitulmal.

Mulut aku rasa nak menyampuk sangat waktu tu tapi Dr Nadia dah jegil mata awal-awal. Baitulmal kat Mesir ni mana boleh harap? Rakyat dia ramai sangat miskin. Kerajaan pun miskin. Yang kaya menteri-menteri korupsi kat atas tu. Mintalah berulang-kali. Cukup setahun, duit tak dapat, nyawa dah melayang dulu. Geram  aku. Cubalah buat ajer pembedahan tu kat hospital universiti ni. Dah la bayar murah. Doktor pun sama. cuma layanan ajer la lain. Hospital Faransawi tu private of course la selesa, berbayar!

Pintu dikuak. Dua wanita ini berjalan keluar dari pejabat menuju ke wad pembedahan. Aku nak tak nak ajer ikut mereka. Marah dengan Hisham tak hilang lagi. Kusambar 2 gelas air oren atas meja baru kuhayunkan langkahku mengikuti mereka.

Jam pukul 3 petang.

Kelibat Dr Nadia yang berjalan memasuki wad pembedahan (Surgical Department) mencuri pandangan hormat daripada semua pesakit yang sedang terlantar di atas katil. Jalannya laju, tertinggal si Shafa di belakang.

"Ustaz Hisham 3amel eih?( Encik Hisham apa khabar?)"sapa dr ini dengan senyuman.

"Matshofteshesh? (tak nampak ke?)," balas orang tua tak sedar diri ni kasar. Aku rasa nak angkat meja sebelah katil tu hempuk atas dia. Geram. Mengetam gigi yang mampu kubuat ketika ini.
Ahmad dan Mostafa (kawan arab) baru masuk ke wad. mereka berdiri di belakangku sambil mencucuk belakangku dengan jari sebagai isyarat.

"Muka masam macam cuka ni kenapa?"tanya Mostafa. "I want to explode," balasku padat.

Dr Nadia tergamam apabila Hisham jawab macam tu. "Hisham sakit. Hisham tak perlu keluar. Kesemua doktor pakar di hospital ini adalah doktor yang sama di Hospital Faransawi. Di sana kosnya mahal. Pembedahan di sana tak kurang LE 15 ribu (sekitar RM10 000)," ujar Medical Officer ini.

"La, ana 2oltilko khalas (tidak, saya dah kata macam tu, sudah)," jawabnya sombong.

"Kasihanlah isteri awak ni. Awak dah tak kerja, dia kerja cikgu sahaja. Macam mana dia nak tampung kos hospital swasta lima kali ganda tuh?" kataku tanpa mempedulikan Dr Nadia yang mengenyitkan mata suruh diam.

"Dia kena cari duit! Saya suami dia. Saya tak peduli macam mana dia nak cari. Apa yang saya nak cakap kat kawan-kawan? Mereka semua tahu saya kahwin anak orang kaya. Mintalah dari mak ayah dia. Mana saya nak letak muka apabila kawan-kawan datang dan tengok saya duduk dalam hospital macam gua ni. TV tak ada, aircond tak ada, kongsi tandas pula dengan orang lain. Keluarga orang lain tidur di beranda hospital, sama macam anjing,"

KELENGKANG!

Meja depan katil kurempuh. Tray makanan terhumban jatuh ke lantai. Tumpah segala sup. Roti baladi tertiarap mencium bumi. Fail di ketiakku jatuh.

"Kau jaga sikit mulut kau!!!!!!!!!" jeritku dalam wad. Mulutku dah terasa nak maki orang. Ahmad dengan Mostafa terus mencapai tubuhku dari belakang ! Tanganku digenggam.

"Kau ingat kau siapa dekat hospital ni????"

"Sabar Faisal,"kata Ahmad. Tanganku tak diurai.

"Timbangrasa la sikit dekat isterikau ! Dah la kau tu tak ada kerja. Makan duit bini. Gaji isteri kau bukan besar nak bayar kos bedahkau berpuluh ribu tu! "mulutku terlepas.

Menggeletar tangan aku waktu tu. Aku rasa kalau Ahmad dengan Mostafa tak pegang aku, dah kuhayun penumbuk dekat orang tua tak sedar diri nak mati tu!.

Dr Nadia terus menyuruh si Mostafa tarik aku keluar dari wad. Orang tua tu sempat mengutuk aku. Mukaku merah padam, nafasku kencang. Tubuhku ditarik keluar. Kunampak orang tua tu mengurut dada. Dah nak matilah tu, bagus sangat!

Si Ahmad rentap beg aku dari kaunter jururawat dan mengheret aku keluar dari hospital waktu tu juga. Aku terasa nak makan orang waktu tuh.

Bengang tau tak?BENGANG!

Cuba baca soalan yang orang bagi direct ke dalam inbox aku dalam 4 minggu sebelum ini:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan satu

Saya sedang membuat persiapan untuk menikah, insyaallah pd awal Disember ini. Memang sebelum ini saya mengamal gaya hidup bebas dan pernah terlanjur. Pada 13hb Ogos 2010 saya membuat ujian kehamilan didapati positif namun saya masih tidak pasti berapa usia kandungan itu kerana saya terlewat haid lebih kurang 1 minggu lebih & saya juga tidak membuat pemeriksaan doktor.Saya merancang untuk menggugurkannya kerana tidak mahu ibu bapa saya tahu & kecewa kerana mereka amat gembira apabila tahu saya ingin berkahwin kerana saya yang akan memberikan mereka menantu pertama. Saya ingin tahu cara gugurkan kandungan dan risiko seseorang itu jika ingin menggugurkan kandungan yang berusia 4 bulan ? -yang terdesak-

Soalan kedua

Saya telah disahkan mengandung anak luar nikah selama 2 bulan.  Boyfriend saya telah meninggalkan saya di saat saya memaklumkan kepadanya berita ini. Saya tiada tempat bergantung dan tidak mahu keluarga mengetahuinya. Can you give some infos how to do abortion?Saya masih belajar dan tak sanggup mempunyai anak.

Soalan ketiga

saya telah berkahwin secara senyap di Siam bersama kekasih hati setelah disahkan mengandung 2 bulan namun saya tidak maklumkan kepadanya sebelum kahwin. Setelah berkahwin, saya maklumkan kepadanya dan dia memaksa saya menggugurkan kandungan. Saya benci dia! Kini telah 5 bulan. Saya tak sanggup pulang ke keluarga dengan perut yang besar begini. Dr tolong bagi solution. Saya amat terdesak!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah baca?  prepare yourself sebab saya nak membebel sekarang:


Kenapalah perempuan ni bodoh sangat sampai percaya lelaki bulat-bulat? Si Shafa tu ada kerjaya, ada masa depan, yang pergi kahwin dengan lelaki menganggur tak nak kerja tu apa hal? Kalau dah tak ada kerjaya, iman ada, sikap tanggungjawab ada, at least ada yang positifnya. Ini dah la kerja tak ada, isteri pulak yang kena tanggung suami, apa kes? Demand tinggi pula tuh. Tak sedar diri yang isteri tu bagi makan hari-hari. Ini isteri tu dibuatnya macam hamba abdi. Ikut telunjuk suami membabi buta. Dahla suami tak ada kerja, tak bagi makan, ego tinggi, apa yang ada lagi? Setakat bagi air mani. Buanglah k**e tuh! (perkataan diedit atas nasihat pembaca)

Itu belum situasi zaman kini, asal keluar dating perempuan yang keluar duit. Alasan ? "Tak ada cash" Kalau tak berduit jangan fikir nak bawa keluar anak dara orang. Ini duit minyak, makan, duit wayang semua duit perempuan. Aku naik pelik kenapa perempuan ni pemurah sangat. Terdesak ? Takut jadi andartu? Lebih baik tak bersuami daripada terseksa jiwa batin dek suami. Tau-tau dapat penyakit , mati !

Aku ada dengar radio era, ada satu segment ni Pak Nil conduct untuk sesiapa yang tak puas hati boleh luah di radio. Ada seorang mamat ni dia boleh bagitau yang dia sakit hati sangat sebab girlfriend dia tak nak bayar duit sewa bulanan kereta dia. Orang macam ni pun ada ke? Kereta sendiri bayar sendiri lah! Yang pergi suruh girlfriend bayarkan tu apa hal? Perempuan tu memang bagus buat macam tu. kalau aku, tinggalkan terus!

Orang lelaki ni waktu tengah naik nafsu mulalah merayu-rayu. Si perempuan ni khayal, termakan janji bodoh, lama-lama diri diperbodoh. Dara dah hilang, perut dah besar, keluarga dah buang, boyfriend dah tinggal, nak pergi mana? Ingat lelaki  ni akan maklumkan ke pada keluarga dia yang dia dah tanam benih kat anak dara orang? Nak kena kapak dengan abah? Lelaki ni waktu berpacaran ni perempuan sexy-sexy, gedik-gedik ni semua orang suka. Nak buat isteri? Minta maaflah. Dia akan cari yang solehah dan masih dara lagi. Korang yang terkontang-kanting bawa diri apabila dah tak ada apa-apa. Aku tahulah, aku pun lelaki.

Kalau di wad bersalin tu, kami siap kena susunkan anak-anak yang dilahirkan ibu tidak bersuami ni untuk diambil oleh pasangan yang tidak mempunyai anak. Masuk ajer wad bersalin sekarang doktor akan tanya mana surat nikah? Kalau tak ada surat nikah, doktor tu tak akan halau ibu mengandung ni balik. Dia akan sambut juga. Anak-anak tu akan ditanya nak bela atau perlu diberikan pada orang lain. Bersalin di hospital lebih baik walaupun kamu malu nak berhadapan dengan doktor. Buat maksiat tak malu pula. Bersalinlah di hospital. Banyak komplikasi menggugurkan anak atau melahirkan anak tanpa pengawasan doktor atau bidan. Silap haribulan nyawa si ibu melayang. Jangan dibuang anak itu ke dalam tong sampah atau pun dibunuh! Dah dosa besar, bertambah lagi dosa besar. Tak ada manusia pun tahan azab api neraka. Jangan fikir kamu tu superwoman badan kebal, api neraka tak nak makan. Cuba cucuh diri tu dengan api, tahan ke tidak? Api neraka 7 kali ganda lagi dasyat daripada api dunia.

Pasangan mandul macam-macam cara usaha nak dapat anak. Allah dah bagi kamu rezeki fikir nak gugurkan anak pula. Kalau dah kahwin dan mandul lepas tu baru padan dengan muka. Doktor ni manusia juga. Kami pun ada emosi. Ingat  kami ni kerja sambut anak luar nikah aje? Apabila aku baca akhbar yang mengatakan pusat hiburan akan ditambah di Malaysia, aku mencaci pemimpin tersebut sampai hari ni. Dia duduk rumah taraf 5 bintang, naik kereta mewah, pejabat ada aircond tapi merancang benda yang nak memunahkan masyarakat. Kami yang terpaksa tidur disukat ni la yang terpaksa "membersihkan" noda-noda masyarakat akibat pemimpin sial tersebut. Pandai ekonomi kononnya. Jahil agama yang pasti.

Waktu aku buat attachment dengan seorang profesor OnG yang  amat popular di Cairo Universiti ni, beliau ada cakap tanggungjawab kita, diagnose, buat rawatan apa yang patut, tutup mulut. Tak payah nak sibuk-sibuk mentarbiyah atau menguruskan anak gadis semuda 14 tahun yang positive pregnancy test ni. Aku terus menyampah dengan profesor tersebut. Tu bukan professional. Itu bukan manusia. Nak biar ajer perkara terjadi depan mata tanpa nasihat atau didikan sewajarnya?

Cari lelaki tu tembak mati lagi baik. Geramnya!!!

p/s: Tajuk bukan isu sebenar yang ingin disampaikan. Sekadar memerangkap golongan pembuat maksiat dan pembunuh bayi ni baca. Maaf bahasa kasar. Saya tengah stress sangat.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Ayah, Jom Balik (2010)

$
0
0
Ayah, Jom Balik !

"3amel eih ya doctor? (apa khabar doctor?)," sapaku pantas. Dr Yazed menoleh kepalanya. Pandangan dilontarkan ke muka pintu wad kecemasan. Senyuman dilirik. Dalam beberapa saat, pandangannya kembali pada katil. "Yalla, 1,2, 3" jerit doktor ini. Pesakit obese dialihkan dari stretcher ke atas katil. Rigid collar melekat pada leher. "Now!" jeritnya. Paramedic lantas menolak katil ini masuk ke dalam wad. Orang ramai yang berkerumun cuba memberi laluan.

Kulekas masuk ke dalam wad. Lintang-pukang. Darah berhamburan di atas lantas. Lecak! Jururawat berlari-lari anak keluar dari bilik ini, masuk ke bilik itu. 2 doctor sedang berlari menolak katil  seorang lagi pesakit. Seorang doctor sedang berada di atas katil mengepam dada pesakit. Peluh jantannya keluar. Basah baju. Sudah cukup kakitangan, fikirku. Lantas kuhayun kaki keluar dari wad.

Neno, neno, nenooooooooooo!!!!!!

Sebuah lagi ambulan tiba. Bunyi deringan ambulan tersebut cukup membingitkan telinga. Itulah "halwa telinga" seorang doctor setiap hari. Ambulan berhenti di muka pintu secara tiba-tiba. Bergeser tayar dengan lantai. Macam drift la pulak!

Mataku terpaku pada seorang wanita yang terkulai di dalam ambulan. Ambu bag masih melekat di mulutnya. Oksigen disalurkan pada tahap 40% . Paramedic sedang memegang ambu bag tersebut. Perut wanita ini buncit. Obese fikirku. Tangan dan kakinya pun agak besar. Dr Samiah ada di situ. Labcoat putihnya kotor. 

"What had happened?"tanyaku pantas. "RTA (road traffic accident) in Downtown, 3 cars,"jawabnya sambil mengisyaratkan dengan jari. "What can i help?"

"Bring this patient quickly to Operation theatre. Blood pressure is decreasing. I do expect internal bleeding, i have to resuscitate other patient," kata doktor arab ini.

Menggelabah aku waktu tu. 

"Relaks Faizal, istighfar banyak-banyak," cuba menasihati diri. Emosi tak boleh masuk waktu ini. Ini bukan masanya. "Enzelha 3ala serer de ( turunkan  ke atas katil ni)," tiba-tiba Dr Mostafa Zaki muncul dari belakang. Fuh lega ada Medical Officer sekali~

"Nah gunting,"kata jururawat dalam bahasa Arab. Dia sibuk mencari salur darah untuk dicucuk canula. Aku lantas menggunting baju wanita ini untuk expose any possible fracture or injury. Wanita ini tidak bergarit. Nadinya lemah, Matanya terpejam. Nafasnya tidak didengar. Perutnya lebam. Katil ditolak pantas. ke dalam wad. Dr Mostafa memandu katil dengan pantas ke arah operation theatre.

"What's your name?Malayzy? (Siapa nama awak? Orang Malaysia?),"tanya doktor yang agak botak ini.
"Faisal, Malayzy, sanah sadsah (Faizal, orang malaysia, tahun enam),"jawabku tanpa teragak-agak.

"Dr Faisal, prepare the patient fast. Monitor Ringer's lactate infusion, Jugular venous pressure, Urine output, inject adrenaline if possible shock. Ask for matched blood. Ask the houseman to make X-ray and CT scan if the patient is stable. I want to sterile in five minutes. If the patient is unstable we will proceed with laparotomy." Kuangguk patuh.

Nurse ada di sebelah. Tangannya pantas membantuku. Mulutnya pun sama! Menjerit-jerit suruh attendant sediakan katil OT cepat-cepat. Tanganku menggeletar namun sebarang bunyi pun tak terkeluar dari mulut. Pit! Pit! Pit! Bunyi ini pula yang keluar dari Dinamap. Bacaan blood pressure merudum!

"Laparotomy now!" sergah Dr Bius dalam bilik tersebut. Aku terperanjat. Tangan dan kakiku terasa menggeletar. Dikuatkan kudrat, kulari mendapatkan Dr Muhammad dengan segera dan kembali berlari ke dalam OT.

Mataku terpaku pada mesin ultrasound yang ada dalam pembedahan.  "Can i use this ?"tanyaku pada dr bius tersebut. Beliau mengangguk. Kuletak transducer ultrasound tersebut pada abdomen wanita ini. Jururawat tolong sapukan gel. Pada mulanya aku hanya ingin pastikan intraabdominal bleeding dan localize site of bleeding, namun......

"Allah!!"jeritku terkesima.

"Leih ya doctor? (kenapa doctor?),"tanya jururawat di sebelah. 

"Pesakit ini mengandung!," kataku monotonous. Anak mata jururawat membesar sebesar-besarnya. Mulutnya ternganga. Kami berpandangan. 

Lantas..............

"Ammu Sobry!!!!!!!!!!!!!!!! El-madam de 7amla!!! (pakcik sobri, wanita ini mengandung!),"
  jerit nurse ini dalam pitch yang sangat tinggi. Lebih bingit daripada deringan ambulan!

"Go find any obstetrist, now!" kata Dr Mostafa secara tiba-tiba dari belakang. Pembedahan yang melibatkan fetus bukan di bawah kawalan beliau. Aku tak sempat nak pastikan dah berapa minggu kandungan, nampak ajer degupan jantung fetus tu aku dah menjerit! Kuketepikan mesin ultrasound dan terus memeriksa kocek. Mujur handphone ada dalam kocek!

Kuhubungi Dr Muhammad pantas. Mujur beliau masih di hospital pada petang itu.
"Abruptio Placenta & Uncontrolled Maternal Hemorrhage "

Kutulis perkataan tersebut besar-besar pada tag merah dan kuletakkan di kepala katil. Dr Mostafa buat toco-fetal monitoring manakala Dr bius membuat persiapan untuk General Anaesthesia. Kuterus berlari mendapatkan Anti-rhesus Immunoglobulin dari nurse yang ada di kaunter setelah disuruh oleh dr bius.

Bertahan kak. Doaku dalam hati. Wanita hamil yang mengalami pendarahan seperti ini selalunya meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Aku cuba buang emosi jauh-jauh. Perang dengan emosi amat menyeksakan. Setiap saat amat berharga. Nyawa ibu dan nyawa bayi dalam bahaya. Sekali silap, kedua-dua nyawa melayang. Mulutku terkumat-kamit membaca apa sahaja ayat Quran yang terlintas dalam fikiran. Tak mampu berfikir secara jelas.

Kulekas membantu Dr Muhammad (Obstetrist) dan Dr Sofia (Surgeon) membuat Emergency Cessarian Section dan hemostatic measure.

Kedua-dua mereka sangat pantas bekerja. Aku berdiri di tepi sambil memegang kelengkapan yang diletakkan pada perut si ibu sambil kedua-dua doktor ini menyelongkar isi  perut si ibu untuk mencari punca pendarahan. Sesekali kuperhati Dinamap di kepala katil. Tekanan darah semakin rendah! Ayat kursi kubacakan entah berapa puluh kali. 

Bertahan kak! Hanya itu doa yang dapat kuberikan tatkala itu. Air mata mula menitis. Kubiarkan saja. Tangan dan pakaian telah steril, tak mampu menyentuh apa-apa selagi pembedahan belum selesai. Ya Allah, selamatkan si ibu ini, ya Allah! 

15 minit kemudian,, sekujur bayi dikeluarkan dari rahim. Tidak bergerak. Badannya kebiruan. Tubuhnya kecil. Tiada orang lain di situ untuk menyambut bayi tersebut. Tiada paediatrician.

"Someone helps me to hold this thing, i can resuscitate the baby.,"kataku. Jururawat membantu. Kuambil sehelai kain bersih di atas meja, kubuka luas dan kusambut bayi kecil ini dari tangan Dr Muhammad. Be strong like your mother!

Suction kulakukan dengan pantas, ambu bag kuambil dari radiator dan bayi ini kupam oksigen ke dalam rongga pernafasannya. Tiada tindak balas. Tanganku memegang dada bayi ini. Cardiac pumping dilakukan secara berkala diikuti ambu bag. waktu tu aku tak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling. Nyawa bayi dalam tangan. Kuambil endotracheal tube , kumasukkan adrenaline, sambungkan dengan ambu bag dan teruskan cardiac pumping.

Satu minit kemudian.....

Uhuk, uhuk, batuk si kecil ini.......wua!!!!!!!!!! tangisnya kuat. Aku tersenyum.

Degupan jantungnya masih lemah, kuteruskan oksigen dan cardiac pumping. Jantungnya semakin cepat, tangisnya semakin kuat. 110 bpm . Itulah kadar degupan jantung bayi yang berjaya dikembalikan. Nurse mengambil alih dariku. Kutoleh ke belakang. Dr Muhammad berdiri sugul. Dr Sofia tersandar di dinding. Kutak mengerti, kenapa tak teruskan??????????????





Kulontarkan segera pandangan pada dinamap. 0 bpm, ecg linear. Si ibu telah selamat kembali kerahmatullah. Innalillahi wainnalillahi rajiuun. Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku pada waktu itu. Jantungku berdegup kencang. Sedih. Kepalaku terasa berat, mengalir air mata membasahi pipi tatkala mulut terkunci tidak bersuara.

Aku menangis teresak-esak mengenangkan anak ini yang telah kehilangan ibu.  Dr Sofia  memandangku sayu. Jiwa keibuannya tersentuh. Beliau menghampiriku dan memegang bahuku dengan tangan kanannya. Aku gagal mengawal emosi. "Be strong, our job never stop here,"katanya lembut. Matanya turut merah.

Kugagahkan diri keluar dari Operation Theatre  dengan terhuyung-hayang dan kembali ke wad emergency yang lintang-pukang. Darah di mana-mana sahaja. 7 orang terlibat dalam kemalangan ini. Semuanya dihantar ke sini kerana hospital lain tiada bekalan darah. Aku kesat air mata pantas.

Dalam wad, ada seorang pesakit yang sedang dibuat CPR. Dr Muhammad Tarek, Dr Rania dan Dr Ahmad bergilir-gilir melompat ke atas katil pesakit dan menekan dada pesakit berulang-kali untuk mengepam jantung lelaki empat puluhan ini.

Kulantas bantu membuat dressing bagi pesakit-pesakit yang tidak berat lukanya di pintu masuk wad.

Hampir 3 jam ketiga-tiga doctor ini mengepam jantung. satu tubuh lenjan dek peluh. 
Aku memerhati dari sisi. "Can you help us?"tanya Dr Ahmad. "Sure,"jawabku pendek. Ku segera lompat ke atas katil dan membuat heart pumping diikuti positive pressure ventilation oleh nurse. Ketiga-tiga mereka solat dengan pantas di sisi katil. 

"Stop it, enough, time of death 6.35pm," umum Dr pakar bedah setelah melihat pesakit ini gagal untuk mempunyai degupan jantung kembali. Aku yang sedang berada di atas katil kembali sedih. "Go down Faisal, Nothing else can be done, all of us have pumped more than 3 hours. More than enough, with no positive response,"kata beliau.

Aku turun dari katil dengan semangat yang berbelah-bahagi. Emosi yang telah menguasai tubuh sejak dari tadi telah melemahkan diri. Aku tegar berdiri di tepi katil. Memandang lantai dengan penuh perasaan yang kosong.

"Baba, yallah nerga3 el-bait (ayah, jom balik)," tubuh kecil kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun menarik lengan baju "arwah" ayahnya yang terbujur di atas katil. Kanak-kanak ini tak tahu apa-apa. Tak mengenal apa itu hidup, apa itu mati. Yang pastinya dia perlukan si ibu dan ayah di sisi. Kakak nurse menangis melihat anak kecil tersebut. Ibunya telah pengsan di pintu masuk wad.

Dengan tidak semena-mena,  Dr Muhammad Tarek terus melompat kembali ke atas katil dan mengepam. Kami semua kaget. "Yalla Faisal, help me to ventilate this patient," kata beliau.

Tanpa berfikir panjang kucapai ambu bag di kepala katil, kusambungkan pada endotracheal tube di mulut "arwah" ini dan terus mengepam. Dr pakar bedah sekali lagi menyuruh kami berhenti. Kami buat tak peduli. Disuruhnya kembali, lagi kami tak peduli. Anak kecil ini menarik-narik lengan baju "arwah" ayahnya. "We will not stop,"kata Dr Muhammad Tarek.

Tangan terus meng"ambu", hati telah manjadi sayu, air mata berlinang lalu, Allah dalam kudratku.

Tangan Dr Muhammad semakin merah, mulutnya diketam ketat. Namun tidak mengalah.

Dengan kuasa Allah Yang Menghidup dan Mematikan

................................................................................................tit...........tit.............tit...........tit..............tit

Bunyi dinamap memeranjatkan kami. Cardiac arrest yang dialami pesakit lelaki ini berjaya diselamatkan setelah membuat cardiac pumping dan positive pressure ventilation selama 4 jam ! Tiada kata yang dapat diucapkan selain syukur padamu Ya-Allah. Tiada umat manusia yang tidak menangis melihat kekuasaanMu ketika itu Ya Allah. Tiada nyawa yang boleh diambil selain dengan izinMu Ya Allah. Tiada apa pun boleh berlaku  selain dengan redhaMu Ya Allah.

Dr Muhammad Tarek berhenti mengepam, Dr Rania mengambil alih pesakit di wad ICU. Kanak-kanak tadi kembali tersenyum apabila melihat ayahnya menguntum senyuman. "Baba, Yalla nerga3 el-bait (ayah, jom balik). Aku tersenyum dalam linangan air mata.

Fikiranku masih lagi melayang memikirkan apa yang terjadi hari ini. Kusandarkan diri pada dinding. Tubuhku kurebahkan ke lantai. Tiada lagi tenaga dapat kugagahkan. Dr Muhammad Tarek datang duduk di sebelahku di atas lantai. Kami diam tidak bersuara.

"Saya dibesarkan tanpa kasih-sayang seorang ayah, saya tak ingin kanak-kanak itu mengalami nasib yang sama, "nadanya mendatar. Terlalu banyak jiwa yang dipendam dalam kata-kata tersebut.

Aku tetap diam dan memandangnya dengan penuh makna. Dalam hatiku berkata "Nasib kita serupa". Setelah seketika kubangkit dan terus menuju ke arah wad paediatric. Kutemui bayi kehilangan ibu sebentar tadi. Kucuba untuk menyentuh tangannya. Tapak tangan kecil ini terus menggenggam jari telunjukku dengat erat. Ya Allah, kasihannya bayi ini ya allah ! Air mata ku kembali menitis......................................................................................................................

(nama Dr Muhammad Tarik adalah nama sebenar. Saya kekalkan nama beliau sebagai pengiktirafan yang ikhlas dari saya. Semoga Allah memberkati hidupmu Seluruhnya. Amin)

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Penangan Sakit Kulit (2011)

$
0
0
Penangan Sakit kulit.

“Come with me (Ikut saya),”tegas doctor  setengah abad ini tegas.

Aku mengangguk. Akur. Langkahnya yang laju mengejar masa kukejar.  Ada orang jalan lagi laju dari aku rupanya. Bermonolog sendirian. Kalimah tak terluah.  Kaki lima wad surgery 25 kutinggalkan. Entah ke mana diriku dibawa. Tak berani bertanya.

“Burn Intensive Care Unit”

PhotobucketJelas terpampang kalimah tersebut di dinding. Aku tersenyum. Susah sebenarnya nak dapat kebenaran masuk wad ini. Satu badan kena steril dahulu baru boleh masuk. Pesakit yang melecur akibat kebakaran ataupun melecur atas sebab lain tidak boleh terkena jangkitan langsung.  Tidak hairanlah wad ini kelihatan lengang. Pelajar perubatan pun tidak dibenarkan masuk, apatah lagi kaum keluarga pesakit.

“Wear that gown and sterile (pakai pakaian ini dan sterilkan diri),”jelas Dr Zeyad. Kulontarkan pandangan ke atas meja. Gown hijau yang telah steril ada dalam bakul. Sarung tangan, pelapik kepala dan pelapik kasut ada sekali. Kulantas mensterilkan diri sebelum mengenakan pakaian tersebut.

Seketika….

“Faisal???”muncul suara dari sisi. Mukaku yang memakai mask tidak dapat dicam. Kuangguk.

“Ya salam, bete3mel eih hena? (La, ko buat apa kat sini?),”sergah abang Moath, senior arabku yang sedang menjalani latihan internship di Cairo University. Susuk tubuhnya tinggi dan sasa. Otot tu umpama nak melompat keluar dari gown yang agak ketat. Haha

“Ba3mel tadrebat ma3a Dr Zeyad. Sho barak? Kef imtiyaz hena? (Saya sedang buat elective posting dengan Dr Zeyad. Apa khabar? Macam mana internship di sini?),” tanyaku menderu dalam loghat Palestine. Dr Moath rakyat Palestine.

Beliau hanya tersenyum manis. Diangkat ibu jarinya ke arahku. Seronok ~

Kugarap langkahku perlahan ke dalam wad. Abang Moath kutinggalkan. Mataku terpaku pada pesakit di katil pertama. Tangan kanannya kudung. Rentung dijilat api lantas diamputasi. Sekelip mata nikmat hilang kalau itu ketentuan-Nya. Seluruh badan melecur kemerahan. Kuyakin sakit yang amat sedang dideritainya. Sekiranya melecur di tahap pertama kulit akan berwarna kemerah-merahan,kering dan sangat sakit. Tahap kedua kulit juga merah, tapi lembap. Sakitnya bukan kepalang.

 Deria sakit kita(pain receptor) ada di kulit bahagian epidermis. Sekiranya kulit terbakar (bahagian epidermis),kulit kita akan kemerah-merahan dan ketahuilah bahawa  itulah sakit yang paling dideritai manusia, tak terbanding dengan sakit-sakit yang lain.

 Aku terdiam. Diriku lemah  tak bermaya. Sepotong ayat Quran melintasi benak fikiranku.Photobucket

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
An Nisa-56

Cuba bayangkan kulit adalah organ yang penuh dengan deria sakit. Dahlah sakitnya bukan kepalang, orang yang ingkar arahan Allah akan diazab dikulit seperti yang termaktub dalam ayat di atas. Kalau terbakar sekali ok lagi, ni dah terbakar dek api neraka, Allah jadikan balik kulit tersebut dan dibakar sampai hangus , dijadikan kulit kembali dan hangus lagi ! Proses berulang sampai habis tempoh hukuman, atas dosa kita yang engkar arahan Allah. Allahu akbar!

Sesiapa yang pernah terbakar kulit boleh dapat hint bagaimana seksanya api neraka yang 7 kali ganda lebih panas dari api yang ada di muka bumi. Gulp ! Allah Maha Kuasa dan Allah Maha Bijaksana. Mereka yang mengkaji kulit seperti doctor dan dermatologist dapat kaitkan mengapa Allah tulis bakar kulit dalam Quran sebagai salah satu hukuman. Nauzubillahi min zalik~

Pesakit di katil hadapan pula lain kisahnya. Hampir seluruh tubuhnya putih. Melecur tahap ketiga yang selalunya berwarna putih kerana pembakaran berlaku hingga lapisan dermis. Kita akan rasa sakit sekiranya kulit mula-mula terbakar (lapisan epidermis) dan akan kurang sakit apabila pembakaran di lapisan lebih dalam (dermis) kerana deria sakit telah berkurangan namun pesakit lebih berisiko untuk hilang nyawa kerana macam-macam penyakit boleh belaku apabila hilangnya pertahan pertama manusia iaitu kulit.

Sebenarnya pesakit ini mangsa kemalangan dan kulitnya terbakar dalam kemalangan tersebut. Kulit asalnya hitam, kini dah “putih” akibat melecur. Kakaknya bagitau dia pernah memohon di depan Kaabah untuk mendapatkan kulit putih kerana beliau dilahirkan sebagai kulit hitam. Memang Cash Allah bagi. Dapat putih betul, tapi akibat terbakar, dah tak macam manusia normal dah rupanya. Nauzubillah. Janganlah anda meminta yang bukan-bukan dari Allah lebih-lebih lagi di Tanah Haram. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah beri.

Jauh fikiranku melayang. Dr Zeyad yang memanggilku dua kali tidak kusedar. Abang Moath menarik lenganku. Lamunan terhenti, hilang ilusi lantas kembali berpaksi.

“What’s your diagnosis?”tanya Dr Zeyad pada Moath. Dia menggeleng. Pesakit di katil hujung ini sangat teruk. Badannya yang gelap kini penuh dengan tompok merah.  Gelembung-gelembung air di mana-mana. Tangan dan kakinya berbalut putih umpama mumia. Jari dah tak nampak. Kulit menggelupas. Bersalin kulit , fikirku. Cebisan kulit melekat atas cadar katil. Aku menelan air liur , ngeri. Mechanical ventilation bersambung di kerongkongnya. Mata terpejam, tidak bergarit. Baunya agak busuk.
Photobucket

Gambar hiasan. Abdomen individu yang mempunyai penyakit yang sama.


Kucuba tahan nafas. Isteri pesakit tersebut ada di kaki katil, berdiri.

“This is a patient of Toxic Epidermal Necrolysis,due to unexpected drug reaction,”jelas Dr Zeyad. Pesakit ini mengambil ubat Sulphonamide antibiotic tanpa preskripsi doctor dan tidak diketahui genetic beliau sangat sensitive terhadap ubat antibiotic yang dimakan selama 2 minggu itu.

Bau menusuk hidung. Abang Moath mengambil sehelai tisu dan menutup hidungnya.

Put your hand down,”kata Dr Zeyad perlahan, supaya tidak didengar isteri pesakit. 
Put your hand down,”ulangnya dalam bahasa Inggeris agar tidak difahami oleh isteri pesakit.



Mata Dr Zeyad membulat. Buntang. Gigi diketam rapat. Abang Moath tidak faham barangkali, lantas tidak berbuat apa-apa. Tiba-tiba ditariknya tangan kami keluar daripada bilik.

Aku naik hairan. Apasal Dr Zeyad tiba-tiba tarik kami keluar ni?


Sampai sahaja di luar bilik pesakit……….

Pang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dilempangnya abang Moath depan-depan aku. Kus semangat ! Aku terkejut, Moath lagi laa...

Respect your patient ! Don’t cover your nose even they smell like shit !!!!!!!!,” tengking Dr Zeyad sekuat-kuatnya.

Dub dab dub dap jantung aku. Moath terkesima. Dr Zeyad bentak marah lantas meninggalkan kami. Kaki kami seolah-olah terpaku di lantai, tak bergerak. Jururawat memerhati simpati dari jauh, tak berani menegur.
Aku membisu seribu bahasa.

Tak tahu perasaan sendiri waktu tu.Takut barangkali.

Takut ingkar suruhan Tuhan. 
Takut “terdoa” yang bukan-bukan. 
Takut tak hormat tanpa perasan. 
Takut terlupa, maka tuliskan.
Takut amanah, maka sampaikan.


Takut Dr Zeyad, pun ada simpan ………..





**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Telefon: Angin Ahmar (2011)

$
0
0
Telefon: Angin Ahmar

Photobucket“Assalamualaikum,ni ustaz Farhan ke?”

“Waalaikumussalam. Ya, Farhan bercakap, ni siapa?”tuturnya lembut.

“Saya Faizal, pelajar perubatan. Kawan saya Hasan sebentar tadi ada telefon, dia kata ustaz Farhan ada maklumkan pada dia tentang sahabat ustaz, ustaz Ahmad tidak sihat. Sakit macam mana tu?”

“Oh yer, Ni Dr Faizal yer? Ustaz Ahmad baru balik dari Turki. Di Turki dia tiba-tiba rebah tak mampu berjalan dengan betul. Orang terpaksa papah dia. Dia kata dia ada masalah mata, semua benda nampak dua. Kawan-kawan dia suruh dia balik terus memandangkan dia tak berapa sihat.”

“Dia boleh bercakap?Umur dia berapa?”

“Boleh, tapi susah sikit nak faham. Umur dia 24 tahun”

“Dah berapa hari sampai Cairo? Ada pergi mana-mana hospital?”

“Dah 3 hari sampai. Dia balik seorang diri. Semalam ada pergi klinik. Doctor Arab tu ada cakap, tapi saya tak faham sangat. Dia bagi beberapa ubat dan kami terus balik rumah.”

“Ustaz Ahmad ada situ? Boleh saya cakap dengan dia?”tanyaku.

“Ada. Tunggu kejap doctor.”

“Assalamualaikum.”

“walakumsalam. Nni  tor Faizal ?”Tanya Ahmad.

“Ya, saya bercakap. Ahmad macam mana sekarang?”

“Ssya au balik Turki. Dah%$%^$*&(*(.45&^&^(*&*%$$&%^&
amp;*&^&*^*%$%&*%^%$%%&^(*&* #@!#$@$%$&

,”katanya semangat. Intonasi tak keruan. Ayat awal ajer yang mampu kufaham. Baris seterusnya tidak. Kuminta diulang semula kata-katanya namun masih sukar difahami. Aku terdiam.

“Boleh saya cakap dengan Farhan?”pintaku.Lantas telefon diberikan pada ustaz Farhan.

“Macam ni Farhan, sekarang dah lewat petang. Klinik pesakit luar kat Hospital Kasr El Ainy pun dah tutup. Saya cadangkan kalau boleh Ustaz Farhan bawa Ustaz Ahmad ke hospital saya esok pagi pukul 8.”kataku pantas. Antara yakin atau tidak. Ustaz Farhan hanya akur menyetujuinya dan kami menamatkan perbualan telefon.

Aku masih  berdiri memegang telefon bimbit hitam Nokia. Tercegat. Seribu satu perkara bermain di benakku. Begitu juga seribu satu barang baru sahaja memenuhi ruang tamu rumah kami. 3 orang adik tahun 5 berpindah keluar, memberi ruang 3 orang adik tahun satu yang baru sahaja sampai ke bumi Kaherah untuk masuk ke rumah ini.

“Doctor Faizal tolong jaga dan beri tunjuk ajar mereka ini yer,”ayat seorang bapa kepada salah seorang pelajar ini yang sangat diingati sehingga kini. Daku tersenyum.

“Insyaallah pak cik, saya anggap macam adik saya sendiri ajer. Pakcik jangan risau. Saya akan bantu mereka apa yang patut, tahan ajerla telinga,”jawabku bergurau. Kami semua tersenyum. Bekas ahli bait tersengih (adik-adik tahun 5). Mereka telah lali. Aku tak adalah berleter sengat pun.(rasanya) Mereka semua ni rajin-rajin. Bilik-bilik mereka sentiasa tertutup dan senyap. Kalau tak study, tidur, tak tidur, study. Tak pernah tiba-tiba masuk aku bilik mereka ternampak mereka main game computer atau chatting tak tentu hala. Result adik-adik tahun 5 ni pun bagus-bagus. Senang nak jaga diorang. Kuliah tak pernah ponteng, solat tak pernah tinggal. Bilik aku jer yang kadang-kadang (kadang?) bising karaoke akibat tension study. Huhuhu.

Perpindahan masuk ini telah menyebabkan rumah bujangku yang “bujang” bertukar menjadi rumah dalam erti kata sebenar. Huhuhu.  Saya tak ada tv pun kat rumah di Mesir ni sebab memang tak ada masa nak tengok. Hari tu pakcik tu belikan tv, siap ngan areal. Dapurku yang sentiasa kontang dengan makanan hari ni penuh dengan barang-barang basah yang dibeli di Carrefour.  Meja-meja study adik-adik ini beserta kerusi memenuhi ruang tamu kami yang tidak berapa besar.

Semuanya perlu dikemas supaya nampak lapang. Niatku terpaksa ditangguh memikirkan ustaz Ahmad sebentar tadi. Kujalan masuk ke bilik. Hati tidak tenang. Lantas……

“Ustaz Farhan, Faizal bercakap ni. Sekarang pukul 5 petang. Saya nak tanya boleh tak kalau ustaz bawa Ustaz Ahmad ke hospital saya malam ni. Saya takut melarat,”jawabku secara terang-terangan.

“Boleh doctor. Kami di Shoubra sekarang ni. Lagipun tak jauh dari Kaherah,”

“Pukul berapa ustaz boleh sampai?”

“Kami ambil masa setengah jam ajer untuk sampai ke Kaherah,”kata-kata ustaz Farhan yang melapangkan dadaku.

“Baiklah, macam ni. Kita jumpa di stesen metro Sayeda Zeinab pukul 7 malam, lepas solat maghrib,”kataku.
“Insyaallah,”jawab ustaz Farhan ringkas.

Aku menarik nafas lega. Ada sebab sebenarnya mengapa aku tukar perancangan dan suruh bawa ke hospital malam itu juga.

Lebih baik begini. Yakin dengan keputusan sebentar tadi. “Abang tak study ke malam ni? Nak exam kan?,”tanya Nasrullah mengingat. “Emergency, kasihan ustaz tu,”jawabku perlahan lantas pergi mandi.
2 jam telah berlalu. Langit Kaherah gelap. Pukul 6 lebih tadi telah maghrib. Orang sentiasa sesak di stesen metro ini. Metro sebenarnya merujuk kepada keretapi ala-ala LRT@Komuter  tapi lebih panjang, murah dan jauh lebih pantas. Jauh berpuluh-puluh kilometer pun tambangnya tetap 1 ginih (1 egyption pound= rm0.40).

Atas dasar tersebut metro merupakan pengangkutan utama di Kaherah. Who wants to pay more? Orang miskin pun mampu nak ulang-alik naik metro hari-hari. LRT@Komuter Malaysia? Dah la pendek, semakin jauh semakin mahal, kalau naik dari KL Sentral tu menuju ke Pelabuhan Klang, sesak sangat dengan orang. Waktu balik kerja janganlah naik komuter, sampai 3 kali komuter datang pun belum tentu naik lagi, dek padatnya dengan orang. Tambah la gerabak kalau dah tahu pelanggan bertambah. Research buat tak habis ~

Kaki dihayun keluar dari stesen metro sayeda Zeinab. Kelibat orang arab memenuhi ruang penglihatan. Nun di sana terlihat kelibat melayu yang tipikal di Mesir; berjubah @ baju Melayu, berkopiah dan tidak setinggi orang-orang Mesir. 2 kelibat di situ. Aku beranikan diri menghampiri mereka.

“Assalamualaikum, ni ustaz Farhan ke?” tanyaku lembut dibalas senyuman mesra Ustaz Farhan. Beliau mengangguk.

“Dah lama sampai? Ini Ustaz Ahmad ke?”tanyaku tergesa-gesa. Ustaz Farhan berjubah. Ustaz Ahmad memakai t-shirt. Tidak berkopiah seperti aku. Rambutnya panjang melebihi paras bahu. Kulitnya agak gelap. Matanya terpejam. Tangan kirinya memegang pemegang tangga. Tangan kanannya sangat kurus. Seluar jeans nampak lusuh. Beg sandang terpaut pada bahu.

“Kami baru sahaja sampai. Ini ustaz ahmad yang saya maksudkan,”kata Ustaz Farhan.

“Ni doctor Faizal?”kata Ustaz Ahmad. Aku dapat menangkap kata-katanya walaupun tidak terang sebutannya. Dia seumpama manusia bercakap dengan air liur penuh di mulut. Ku perhatikan sama ada mulutnya senget atau tidak. Tangannya kusambut untuk bersalam. Kutepuk belakangnya perlahan sambil tersenyum tanda mesra. Tanganku tersentuh tulang belikatnya (scapula) dengan mudah. Wasting. Segala kemungkinan penyakit yang menjadi sebab tersenarai dalam kepala, namun tidak teratur.

Ustaz Ahmad tidak mampu berjalan sendiri. Beliau mesti dipapah. Mulutnya tidak berhenti bercakap. Petah sungguh ustaz ahmad ini walaupun tak difahami hampir keseluruhan kata-katanya. Ustaz farhan sekali sekala bantu “translate”. Huhuhu. Kami berjalan agak-ahak 200 metre sebelum sampai ke pintu kecemasan hospital.
Kutunjukkan kerneh @kad ID ku kepada pengawal hospital.

“Meen da? (siapa dia?) Tanya pengawal sambil merujuk kepada dua ustaz yang bersamaku.

“Wahed menhom el-a3yan. Tany Sahby (salah seorang daripada mereka pesakit. Lagi satu kawan saya),”jawabku ringkas.

Pengawal lantas menghulurkan kerusi roda dan menyuruhku mengisi nama dan alamat ustaz Ahmad ke dalam buku log. Kuserahkan buku tersebut pada ustaz Farhan. Biar dia yang mengisinya. Aku tak tahu alamat dan no passport mereka.

Setelah selesai urusan tersebut, kutolak Ahmad ke dalam bilik casuality. Seorang pembantu perubatan lelaki sedang duduk mengisi borang sambil mengabil bacaan tekanan darah pesakit yang tiba sebelum kami. Wad kecemasan sesak dengan orang seperti biasa. Kadang-kadang sesak dengan pesakit, kadang-kadang sesak dengan pembantu perubatan yang suka berborak di kaunter, selalunya sesak dengan ahli keluarga pesakit.

“Law samaht, momkin awsa3 et-tareq syuwaiya?  Mosh hayenfa3 kollo nas hena (excuse me, boleh bagi ruang tak, tak boleh semua orang sesak-sesak di sini),”kataku pada nurse di kaunter. Beliau terus menyuruh pembantu perubatan mempersilakan ahli keluarga yang memenuhi ruang casuality supaya menunggu di luar.

“Esmak? raqam safar? Beteshteki men eih? (nama, no passport, sakit apa?),”Tanya abang yang duduk di casuality. Ustaz Ahmad tak dapat tangkap soalannya. Aku dapat kesan ustaz Ahmad lemah dalam bahasa arab pasar, namun boleh bertutur bahasa arab formal. Tak hairanlah dia tak faham.

Lantas kusuruh pembantu perubatan tersebut memanggil doctor yang bertugas di situ malam itu. Beliau lantas menjerit memanggil Dr Mostafa yang sedang berjalan di ruang wad. Seorang doctor arab lelaki tiga puluhan, berkulit putih dan sasa melintas masuk. “what does he has?” tanya beliau pantas kepadaku.

“He fall down 3 days ago in Turky suddenly, cannot walk alone unhelped. No loss of consciousness. Full Glascow’s Coma Scale. Since then he developed double vision (diplopia) and inability to speak normally, aphasia. He complained  of weakness on the right side of the body but gradually improved until now. He told me there is disturbed sensation but personally I didn’t examine yet. I left him walk alone just now and I noticed there is a deviation of gate to the right side, ataxia I mean. No difficulty in swallowing but drooling of saliva presents, no deviation of mouth. My provisional diagnosis is stroke. I don’t know the causes yet. We need Ct can or MRI soon enough,” kataku pemudah cara.

Doktor Mostada terdiam. Ustaz Ahmad di atas kerusi roda ditenungnya selama beberapa saat. Dia lantas mengeluarkan lampu suluh dan memeriksa mata ustaz Ahmad (extraocular movement). Muka ustaz Ahmad ditekan-tekan dan disuruh senyum untuk menilai 7th cranial nerve (saraf).

“can u ask him to stand and walk?” Tanya Mostafa. Ustaz Ahmad lantas bangun dan berjalan 2 meter sebelum hampir terjatuh. “Did he take drugs?”Tanya Mostafa. Aku yang tak tahu perjalanan hidup sahabt ini terus bertanya sama ada beliau mengambil dadah atau tidak. Beliau menafikannya.

Dalam kepala aku terlintas,”Mana ada pesakit yang mengaku ambil dadah walaupun pesakit tu ambil?”. Aku bertanya kepada ustaz Ahmad sekadar memenuhi permintaan Mostafa. Aku tak salahkan Mostafa pun, sebab tu memang perlu kami tanya. Dengan imej selekeh dan keadaan tidak terurus ditambah dengan rambut panjang yang kusut-masai, tak hairanlah kalau soalan tu muncul. Firasatku ustaz Ahmad tak ambil dadah. Beliau jalan terhuyung-hayang sebab otak Cerebellumnya turut tercedera.

“Wait here, we will send him now for CT,” kata Mostafa.

Aku berdiri di situ 5 minit sebelum menolak ustaz Ahmad ke bilik CT scan. Beliau masih kerap bertanya. Yang sakit badannya, mulut dia tidak. Penat menjawab, kemudian aku senyap.

Sebenarnya sejak dalam telefon tadi kusangka ustaz Ahmad mengalami stroke atau angin ahmar, Cuma sebab stroke itu sahaja yang tidak diketahui.  Untuk memudahcara, cara nak diagnosis stroke ni ada tips iaitu FAST

F-face-muka senget, atau muka lumpuh

A-arm-tangan lemah atau lumpuh, sama ada sebelah tangan atau kedua-duanya

S-speech-susah nak bercakap, atau cakap tidak difahami (slurred speech@aphasia). Untuk mengetahui bagaimana aphasia dizahirkan. Sila tonton petikan filem ini. (sila pause audio piano buat sementara untuk mendengar audio dari video ini)



T-time- ini SANGAT-SANGAT PENTING. Selalunya stroke ini disebabkan dua perkara; 1. Salur darah di kepala tersumbat atau bahasa perubatannya thrombosis 2. Salur darah di kepala pecah . Sekiranya stroke disebabkan thrombosis, pesakit PERLU DIHANTAR KE HOSPITAL SECEPAT-CEPATNYA dan rawatan TPA (tissue plasminogen activator) perlu diberikan sepantas mungkin supaya segala salur darah dapat dibuka kembali dan otak “bernafas” kembali. Sekiranya lewat, mungkin sel otak telah mati, TPA tidak lagi berkesan, dan lumpuh seumur hidup. Sekiranya stroke disebabkan sebab kedua, tiada apa yang mampu dilakukan kerana selalunya sel otak yang mati tidak lagi dapat diselamatkan.

Maka hubungilah 999 secepat mungkin atau hantar pesakit ke hospital dengan segera untuk menyelamatkannya.

Ada cara yang lebih mudah untuk memudahkan kalian memastikan angain ahmar ini iaitu STR

S- smile –suruh pesakit itu senyum

T-Talk- suruh pesakit bercakap satu ayat lengkap dengan jelas dan tidak gugup

R-raise hands- suruh pesakit mengangkat kedua-dua tangan ke atas

(kredit untuk aunty Siti Sakinah Meor Omar)

Kegagalan melakukan salah satu pergerakan tersebut  memerlukan anda menghubungi 999 secepat mungkin, lebih-lebih lagi sekiranya pesakit didapati terjatuh, kepala terhantuk, ada kecederaan di kepala, tidak boleh bangun selepas tidur atau ada darah tinggi dan kencing manis yang sangat susah untuk dikawal.

Ada sahabat saya telah membantu saya menjawab persoalan berkaitan dengan stroke di Cyberclinics.org. Anda boleh melayarinya di sini.

Aku belum confirm sebenarnya bahawa Ustaz Ahmad mengalami stroke. Stroke hanya disahkan selepas CT scan dibuat. Aku menolak ustaz Ahmad ke bilik CT scan. Ada banyak sebab stroke sebenarnya. Semua teka-teki bermain-main di kotak fikiran tatkala tangan mengusung kereta roda tersebut. Dia masih muda. Umurnya sebayaku 24 tahun. Thrombosis sangat jarang terjadi di usia muda. Salur darah pecah barangkali ya. Tapi dia tidak mengalami hantukan pada kepala atau terlibat dengan apa-apa kemalangan. Ustaz Ahmad hanya memaklumkan padaku bahawa dia terlibat dengan kemalangan dengan lori sehingga mencacatkan tangannya, tetapi peristiwa itu berlaku lebih 10 tahun dahulu. Jangkitan pada otak tidak mungkin kerana tiada “neck stiffness” atau pun demam. Ketumbuhan barangkali namun mengambil masa yang panjang, bukannya tiba-tiba terjatuh dan terus juling sebegini. D.S (demyelinating sclerosis) mustahil , histeria pun tidak. Aku terpinga-pinga.

Ustaz Ahmad masuk dan keluar dari bilik Ct scan 10 minit kemudian. Aku tolak beliau ke katil berhampiran dan menyuruhnya baring.

“Kita buat apa kat sini?”Tanya beliau berpuluh-puluh kali. Ayat tersebut difahami setelah diterjemah oleh ustaz Farhan. Berpuluh-puluh kali juga aku memujuk beliau untuk sabar menantikan keputusan CT scan.


Beliau tidak duduk diam. Beliau ingin segera bangun walaupun disuruh baring khuatir kepala terhantuk lagi. Tidak dipedulikan. Mulutnya tak berhenti bercakap. Sesekali terdengar dia menghirup air liur yang bertakung di dalam mulutnya (7th cranial nerve affection). Kasut tidak dibuka kerana ingin segera balik. Ustaz farhan , sahabatnya setia menunggu dan menjawab soalan yang tidak henti-henti daripada ustaz Ahmad.


Seorang jururawat masuk. “Nah, lancet,” tuturnya dalam bahasa arab. Kuambil darah di jari telunjuk kanan si Ahmad untuk pemeriksaan kencing manis. Tekanan darahnya sebentar tadi menunjukkan bacaan normal. Beliau tidak menghidapi penyakit darah tinggi yang seringkali menjadi sebab berlakunya salur darah pecah dalam diri pesakit stroke.

Tup Tup! Pintu bilik diketuk.

Seorang doctor lelaki yang jernih mukanya dan berjambang masuk. Di tangannya terdapat fail CT scan. Aku berdebar. Ahmad cuba bangun namun kuhalang dan menolak dadanya supaya baring ke atas katil. Ustaz Farhan membisu. Sunyi.

“Dr Faisal, can you come with me?”

Akur. Langkah berat kuakur. Mungkin kali ini disebabkan pesakit ini pesakit Melayu dan sakitnya bukan sakit biasa, jantungku macam nak luruh.

Doktor Khaled lantas mengambil Ct scan dan meletakkannya ke kotak putih berlampu untuk membantu penglihatan. Kubuka mataku luas-luas.

“You know what is this?”tanyanya monotonous. Kuperhatikan secara terperinci. Mistake is not allowed in medicine. Sukar diamalkan prinsip ini kerana doktor manusia biasa yang membuat kesilapan. Kulihat lagi. Nafasku berbunyi, dengar di telinga sendiri.

Intracranial hemorrhage. Brainstem level” tuturku perlahan. Mataku masih terpaku pada kepingan CT-scan tadi. Ustaz Ahmad disahkan mengalami stroke. Salur darah di kepalanya pecah. Setitik darah sebesar duit syiling 5 sen terzahir pada CT-scan. Punya perfectnya ciptaan Allah. Tak ada defect pun sepatutnya pada manusia normal. Allah jadikan pendarahan SETITIK sahaja di otak brainstemnya, kucar-kacir hidup manusia. Subhanallah.

Dr Khaled pandang aku. Aku memandangnya kembali. “What can we do?”tanyaku.

“Nothing” jawabnya ringkas, seperti yang dijangkakan. Sekiranya salur darah pecah di otak Cerebrum, masih berpeluang untuk melakukan pembedahan dan mengeluarkan darah tersebut. Begitu juga sekiranya salur darah pecah di otak Cerebellum. Hal yang amat mengecewakan sekiranya salur darah pecah di otak Brainstem. Brainstem adalah kawasan yang sangat sensitive. Pusat pernafasan manusia dia situ. Fungsi mata, muka,leher,bahu,lidah, tekak dan sebagainya semua di brainstem. Salah sentuh sahaja kawasan ini pesakit tidak lagi bernafas dan mati. Oleh yang demikian doctor pakar bedah saraf yang kutemui pada malam itu tidak membenarkan pembedahan dilakukan, hanya supportive measure.

Kumaklumkan pada Ahmad dan farhan mengenai perkara tersebut. Tiada pembedahan dapat dilakukan. Hanya tunggu dan lihat. Sama ada darah tersebut hilang sendiri atau sebaliknya. Cuma yang pasti perkara ini memakan masa, mungkin berbulan-bulan, mungkin bertahun-tahun, mungkin selamanya.

Ahmad yang bermulut murai terus diam tidak bersuara. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian syariah di Universiti Azhar dan bercadang untuk balik pada minggu hadapan, mencari kerja dan berkahwin secepat mungkin. Di mindanya seolah-olah semua harapan musnah. Mata dah tak nampak, mulut ada masalah, nak berjalan tak boleh, berdiri tegak akan tak stabil dan jatuh. Matanya merenung lantai. Mulut bisu. Farhan senyap. Bilik itu sunyi.

Perkara yang paling menyeksakan diri ini adalah untuk menyembunyikan emosi. Tidak patut sama sekali aku bersedih di hadapan pesakit. Kucuma mampu mengetam gigi. Kuhembus nafas dan terus keluar mendapatkan dr Khaled. Kami berbincang lebih kurang 15 minit sebelum  kumasuk kembali ke bilik.

“Sekarang kita tunggu apa? Baik balik ajer Malaysia sekarang,”tuturnya sayu. Kutidak membalas. Seorang jururawat masuk. canula dipasang pada tangan kanan ustaz Ahmad. Kulantas menggapai jarum suntikan dan menyuntik 2 ml Mannitol  ke dalam air saline yang disambungkan canula tersebut.

“Ustaz Ahmad bertenang dan rehat. Saya nak cakap sesuatu. Kami akan buat MRI pada esok hari untuk mengenalpasti sebab stroke ni, mana tahu kalau dengan mengetahu sebab ini kita boleh rawat ustaz. Tadi saya bagi mannitol, biar ustaz kencing skit, ini untuk kurangan brain oedema, otak dalam tu bengkak, jadi kita bagi kencing, kurangkan air dalam otak supaya kurangkan kebengkakan dan kurangkan compression atau tekanan dalam kepala,” tuturku. Aku yakin 100 % dia tak faham apa aku cakap, ditambah dengan tekanan perasaan yang dialaminya sekarang.

“Ustaz Ahmad harus bersyukur. Orang yang kena stroke selalunya hilang nyawa, nauzubillahi minzalik,tetapi ustaz Ahmad tidak. Allah bagi kesempatan pada kita untuk bertaubat dan menambah bekal kita di akhirat. Ada ramai lagi orang yang tidak mendapat nasib sebaik kita. Semua itu dah ditentukan Allah, ada hikmahnya. Buat masa sekarang kami tak benarkan ustaz Ahmad pulang ke Malaysia kerana takut komplikasi sewaktu dalam kapal terbang nanti kerana perubahan tekanan udara.


Saya nasihatkan ustaz Ahmad stay dulu di hospital ni sambil kami follow up kesihatan Ahmad. Esok kita buat MRI dan tengok macam  mana. Sekiranya ada yang boleh kami lakukan, kami akan buat. Tapi ustaz kena admitted dulu di hospital,”tuturku panjang lebar. Ustaz Farhan membantuku memujuk ustaz Ahmad dan akhirnya beliau akur berada di hospital.

Setiap hari 2 kali suntikan mannitol diberikan. Beliau akan dapat melihat tanpa ada penglihatan bertindih buat sementara sejurus mannito diberikan. Cuma keluar masuk tandas secara kerap tidak dapat dielakkan. Hampir seminggu lamanya tidur dan studiku tidak menentu sedangkan peperiksaan besar penghabisan hanya tinggal 2 minggu. Tengah malam sampai di rumah, hatiku tak tenang tidur, habis semua buku dan sumber internet ku geledah mencari sebab berlakunya stroke pada usia semuda 24 tahun. 2 malam tak tidur sebab kena cover study. Sakit kepala silih berganti, panadol menjadi teman sejati.

“We didn’t find any cause of the stroke from the MRI,”kata neurosurgeon ini di biliknya kepadaku secara personal. Tangan dan mataku ligat memerhatikan MRI yang agak sukar ditafsirkan. Perlukan training.

“What else can we do now?”tanyaku.

“We can do arteriography to see specific lesion,”jawabnya ringkas.

“I didn’t agree. This procedure is invasive. Even if we know the cause, it is impossible to do any other intervention. Besides, the procedure is too expensive,”kataku tegas.

Neurosurgeon itu hanya mengangkat bahu dan tersenyum.

“Same opinion with you. Continue with mannitol. I will make a reference letter for him to bring in Malaysia. He can continue the treatment there,”jawabnya. Kuucapkan terima kasih dan mengorak langkah keluar dari biliknya.

Hari tersebut hari keempat Ustaz Ahmad ditahan wad. Emosinya kembali ceria. Ramai sungguh sahabat-sahabat beliau menziarahinya. Makan sama, duduk sama, tidur atas katil sama-sama, kena halau balik oleh pengawal pun sama-sama. Huhuhu

Walaupun imejnya yang tidak terurus itu tak menggambarkan peribadi seorang graduan pengajian agama, pendapatku lama-kelamaan terkikis atas peribadinya. Beliau jujur, peramah, tv di dalam bilik sentiasa dibuka bacaan ayat suci-suci al-Quran. Dia tidak dapat melihat secara jelas kerana semua yang dilihatnya menjadi dua dan memeningkan beliau, lantas beliau hanya menutup mata setiap waktu, hanya buka sebelah mata kadang-kadang. Mulutnya walaupun tidak dapat makan dengan betul dan nasi bersepahan di atas meja , makan seumpama kanak-kanak, mulut ini jugalah yang mengikuti setiap bacaan al-Quran yang tersiar di tv. Beliau seorang hafiz al-Quran. Telinganya masih bernyawa. Ayat yang didengar ditasmi3.

Aku seringkali terpaku melihat peribadinya. Diriku yang sihat walafiat, berapa banyakkah ayat Quran yang dibaca setiap hari?dihafal?diperdengarkan? Secara jujurnya bacaan, dan hafalan buku-buku perubatan berpuluh-puluh kali ganda lebih banyak daripada bacaan dan hafalan al-Quran.
Aku pulang malam itu dengan seribu satu rasa bersalah pada Allah. Sampai sahaja di bilik, terdapat satu bungkusan di atas meja, tertulis “To:Faizal , A Token of Appreciation from Aunty sakinah."-terima kasih aunty-

Photobucket

Kubuka bungkusan tersebut dan senaskhah al-Quran kecil zahir di pandangan mata. Aku termenung seketika memikirkan hidayah yang Allah beri. Tak tergambar apa perasaan yang tersisip disanubari. Kuambil wudhuk dan baca ayat-ayat suci dengan nada yang sungguh…….........…sayu.

“Saya dah tulis apa yang pakcik boleh usahakan untuk anak pakcik. Sampai sahaja di Malaysia, dapatkan rawatan dari mana-mana doctor saraf. Buat masa ini ustaz Ahmad kena solat duduk. Ada kecederaan pada otaknya yang menyebabkan dia tidak dapat menganggar jarak dengan lebih tepat. Jika dia solat seperti biasa dan sujud, dia rasa kepala dia dah sampai ke lantai tetapi hakikatnya masih jauh, maka kepalanya akan tersembam dan terhantuk ke lantai. Ini sangat bahaya kerana stroke boleh jadi lebih parah,”kataku pada bapa kepada ustaz Ahmad yang tiba ke Mesir dari Malaysia pada hari keenam ustaz Ahmad ditahan wad.

Bapanya, ustaz Ahmad dan sahabat-sahabat mengucapkan terima kasih. Kurasa waktu tu diriku manusia paling bahagia, terasa diri dihargai. Sesuatu yang jarang berlaku dalam hidup kami. Yang selalu hanya makian, silap sikit kena saman. Ermm

Kami mengabadikan gambar bersama-sama dengan kamera milik bapa ustaz Ahmad dan berpelukan di luar masjid sebelum ustaz Ahmad melangkah pulang ke Malaysia dan kuteruskan perjuangan yang belum selesai di waktu itu. Shafakallah. Jangan berputus asa dari rahmat Allah.

p/s: buat junior-junior yang masih menuntut, bantulah sahabat-sahabat yang sakit lebih-lebih lagi apabila kita sama-sama di rantau orang. Mana ada pelajar perubatan yang tidak sibuk? (sepatutnya sibuk). Berkat secebis bantuan ini, Allah dah tolong abang waktu exam final tempoh hari. Dikehendaki manage pesakit STROKE dari awal exam clinical sampai akhirnya termasuk peperiksaan oral. Alhamdulillah, percayalah dengan bantuan Allah. Ilmu jangan ditinggalkan, tanggungjawab jangan diabaikan. Semoga Berjaya !

Anak Pontianak (2011)

$
0
0
Anak Pontianak

Photobucket“Kak ita dah sampai dr?” tanya pakcik Hasan. “Belum, pakcik. Kejap lagi sampailah tu,”balasku memujuk. Ditarik muka masam. Mukanya berpaling ke jam dinding. Dari 7 am ditunggunya, dah petang dah masih tak kunjung tiba.

Aku mengetam gigi. Kalau tak dapat tunaikan, janganlah berjanji. Kasihan pakcik Hasan ni, tunggu anaknya dari 2 minggu lepas tak kunjung tiba. Asyik soal pasal kak ita sahaja.

Aku bangun dari kerusi. Branula siap dipasang. Bergegas berjalan laju menuju ke kaunter, kerja bertimbun-timbun. Hospital Pasir Berdengung tengah kelam-kabut. Segala system kucar-kacir gara-gara arahan tekad pengarah hospital untuk mengaplikasi system berkomputer dan memansuhkan segala bentuk “hard copy”  yang bertahun-tahun digunapakai.

Semua doctor dan jururawat daripada tahu buat kerja jadi tak tahu, yang laju jadi lambat, yang tak rabun jadi rabun, yang siap kerja awal jadi tak siap, yang datang lambat jadi datang awal, gara-gara terpaksa berebut computer untuk menyiapkan segala review pagi dan memeriksa hal ehwal pesakit sebelum “dibelasah” lumat tak sempat review patient ketika round dengan consultant.

“Dr Faizal, macam mana nak order x-ray?,”tanya kak Som, jururawat wad orthopedic. Kulantas membuka computer dan mengajarnya. Hampir 20 jam kerja sehari waktu tagging, pendek kata segala selok belok computer ni dah habis discover. Orang yang tak biasa guna computer memang refer aku la. Huhuhu.  Hospital should pay my salary double~

“Pak cik dah makan?”tanyaku lembut.

“Udah, kaki je sakit, selera tak,”jawabnya berseloroh. Aku tersenyum. Kaki pak cik Hasan ni ada infected implant on left femur. Bernanah waktu tiba di hospital, dihantar anaknya, Kak ita. Di situlah aku mula-mula kenal kak ita ni. Sedang sibuk menyoal complete medical history, aku terus bertanya,”Pak cik ada anak berapa?”

“Empat,”jawabnya perlahan.

 “Anak tiri tak kira sekali ke?,” sampuk kak ita. Pak cik Hasan yang terlantar sakit kaki diam. Mukanya acuh tak acuh, tak tahu nak jawab ke tak soalan tadi. Aku sabar menanti reaksi.

“8, 4 anak kandung, 4 lagi anak tiri,”akhirnya terjawab. Kak ita tersenyum kelat.  Aku diam. Otakku ligat memikirkan sebab-sebab beliau teragak-agak untuk jawab soalan tadi. Aku juga ada adik-beradik tiri tapi baik mama atau abah kalau orang tanya berapa anak, terus jawab 5 (termasuk adik beradik tiri). Tak pernah teragak-agak pun. Pak cik ni lain pula ceritanya. Perkara negatif terlintas di fikiran namun kudiam tak bersuara. Perbualan tamat di situ.

“Dr Faizal, telefon,”kata jururawat di kaunter. Kuangkat gagal telefon.

“Assalamualaikum, selamat petang, Dr Faizal bercakap.”

“Selamat petang saya dari syarikat insuran ****. Kami ingin pengesahan doctor berkenaan pesakit bernama Hasan,”jawab seorang lelaki.

“Boleh saya tahu siapa yang bercakap? Urusan pesakit adalah medicolegal. Kami tak boleh maklumkan apa-apa,”jawabku bengang, aku memang benci dapat panggilan daripada syarikat insuran ni.

“Bukan doctor, anak pesakit, Marsitah binti Hasan ada failkan claim insuran kepada kami berkenaan penyakit ayahnya. Beliau membuat tuntutan RM 150 000. Kami memerlukan beberapa dokumen dan pengesahan daripada doctor untuk memudahkan urusan,”kata agen insuran tersebut.

Aku tidak berniat untuk memanjangkan perbualan. Kusuruh beliau menghubungi Consultant secara terus. Tak ingin terlibat dalam entah apa-apa benda macam ni. Biar disergah pula oleh Consultant.

Kusapu punggung dan terus berjalan menuju ke katil pak cik Hasan. Beliau sedang tidur. Tak sampai hati nak kejutkan. Kumatikan niat di situ dan terus menyambung kerja dengan seribu-satu persoalan.

Aku mendengus. Dihantar ayahnya ke hospital, berminggu-minggu tak dijenguk. Ingat hospital ni rumah kebajikan ke? Tahu-tahu dapat call minta claim insuran ayahnya RM 150 000. Insuran tu tak salah, tapi ambillah berat pasal ayah ni. Ini sebiji roti pun tak mampu beli untuk ayah. Anak ada 8 tapi yang lain tak pernah call pun apabila ayahnya masuk hospital.

Entah mana silapnya. Silap ayah dan ibu yang salah asuh ke sampai anak-anak tak suka dan tak nak ambil tahu pasal mereka? Ke silap anak yang ignorant, tak tahu dosa pahala, mana syurga mana neraka, ayah sendiri masuk hospital, telefon pun tidak. Geram dibuatnya.

“Bahagian masing-masing,”kataku sendirian memujuk hati. Kulontarkan pandangan pada seorang lelaki berumur 30-am yang sedang menyuap ayahnya makan. Tersentuh hati melihatnya.

Didiklah ahli keluarga dengan didikan agama. Kerana jalan itu yang menyelamatkan manusia.
Jangan dibiarkan berperangai Pontianak, tahu nak hisap darah orang lain aje!

 **********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.


Apabila Pesakit Blacklist (2011)

$
0
0
Apabila pesakit blacklist…

“Faizal, kau pergi la cuba masukkan branula(jarum) kat pakcik tu, pakcik Rahman tu dah blacklist aku. Aku datang ajer dia angkat tangan tak nak,”keluh Dr Aisha dalam tersenyum. Doctor-doctor lain sedang duduk santai di kaunter wad.

“Eh eh, ko pun sama ke? Aku dah cuba 2 kali lepas tu dia terus dah tak nak jumpa aku,”kata Ah Lek dengan loghat Melayu Cinanya. Semua orang tersenyum. Rupa-rupanya semua doctor yang berkumpul di situ dah diblacklist oleh pakcik tu. Macam-macam versi “blacklist” dikongsi. Aku tergelak. Geli hati pula rasanya.

Kuangkat punggung terus jumpa pakcik Rahman. Beliau terbaring. Bajunya lencun dek peluh. Tapak tangan dan bibirnya pucat. Hemoglobin 7. Anemic.  Aku terlihat troli yang menempatkan segala jarum suntikan dan tiub darah di tengah-tengah jalan. Phobia. Tak ada pesakit suka tengok doctor tolak troli tersebut ke sana dan ke sini. Sakit kena cucuk! Aku terus tolak troli masuk bilik sebelum aku pula “diblacklist” !

“Pakcik macam mana? Sakit lagi kaki?”sapaku dengan suara yang agak lantang. Matanya yang tertutup dibuka.

“Tangan pakcik sakit. Pagi tadi lagi dah kebas. Dah bagi tahu jururawat tapi tak ada buat apa-apa pun,”jelasnya dengan nada perlahan.

“Tak boleh ambil darah kat tangan pakcik ni, salur darah tak nampak. Kalau main cucuk ajer, tak dapat darah nanti, tu yang lebam-lebam ni,”kataku cuba menyebelahi pakcik Rahman.

“Pakcik rehat la dulu, nanti saya buatkan yer.” Pakcik Rahman mengangguk. Kasihan.

Pakcik ini ada gas gangrene di kaki kirinya. Dah dua kali buat wound debridement dah tapi  masih “septic look”. Terbaring tak bermaya di atas katil dah lebih 2 minggu.

TENSION

Pakcik Rahman tension dengan kaki beliau yang tak sembuh-sembuh, keadaan beliau uzur, segala antibiotic dah bagi, sekali tissue culture keluar MRSA (methycillin resistatn staphylococcus aureus). Lintang pukang kami mengasingkan beliau dari segala pesakit yang lain dan bagi antibiotic lain.

Doctor-doctor tension sebab salur darah pakcik ni susah nak cari. Segala ubat dan ujian makmal perlu buat. Hari ni dan semalam tak boleh transfuse darah sebab branula tak dapat masukkan. Lebih tension apabila pakcik ni blacklist hampir semua doctor yang bertugas kat wad tu.

Aku lagi tension.  Semalam rentung aku kena tegur dengan doctor pakar. Depan orang-ramai pulak tu. Beliau tanya macam-macam soalan teori sampai nak dekat 30 minit wad round dekat satu-satu pesakit. Banyak lagi aku tak tahu. Yang tahu pun bukan ingat sangat. Daripada tembak entah apa-apa dan merisikokan nyawa pesakit, lebih baik aku kata “tak ingat, perlu rujuk”.

“Mana boleh tak ingat,” jawab beliau dengan muka yang garang. Mata membulat. Aku terkedu. Did they remember everything? I am curious, really. Sebenarnya semua orang hanya menunggu giliran untuk rentung. Do not wait, it will come unnoticedly.

KEKANGAN WAKTU

 Aku mendesus. Sakit hati Tuhan saja yang tahu. Patut masuk kerja pukul 8. Mana-mana doctor yang datang pukul 7 berisiko kena marah, apatah lagi kalau masuk pukul 8. Aku datang kerja sebelum pukul 6. Tenang sikit buat kerja, dan tak berebut komputer dengan doctor lain untuk mengemaskini progress note setiap pesakit.

Pekerja hospital yang lain balik tepat pukul 5. Kami ni kalau tak siap kerja sampai ke malam la buat kerja. Balik dah penat. Hampir setiap hari terlelap atas katil dengan baju kemeja tak bertukar, dan masih berstokin. Dah rutin kut keadaan tu. Pantang letak kepala. Tu belum oncall di mana kerja 36 jam terus menerus. Bila round wad, rentung kena laser dengan semua senior, pakar dan consultant apabila teori tak mantap. Tak hairanlah ramai ambil cuti kecemasan (emergency leave), tak pun minta berhenti kerja terus!

Bila nak study? Soalan ni terus bermain dalam kotak fikiran sampai saat ni. I have to re-schedule my activities, otherwise the consultant will blacklist me later on.

TERKEDU

“Zulfahmi, tahu antibiotic beads tu macam mana?” tanya doctor pakar.

“Dah tengok waktu kat medical department dulu,”jawab Zulfahmi tenang.

“Beads tu manik. Ada tasbih? Kalau tak ada minta kat Faizal ngan Arif (graduan Mesir),” jawab pakar selamba. Semua tergelak dengan lawak spontan beliau.

Aku terkedu. Rasa macam kena tampar pun ada. Sedang diri sibuk nak cari masa untuk rehat dan study, masa untuk ibadah khusus dengan Allah waktu kerja ni semakin berkurang. Termenung aku dibuatnya.

Biarlah diblacklist pesakit,

Biarlah diblacklist pakar,

Usah sekali-kali diblacklist Allah.

Ampunkan diriku Ya Allah.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Gila ke tak Gila (2011)

$
0
0
Gila ke tak Gila (2011)

PhotobucketAssalamualaikum. Eh kak, kenapa tu?

DOKTOR, TOLONG DOKTOR ! PATIENT NI NAK TERJUN TINGKAP!

Kus semangat! Berdegup kencang jantungku. Apahal pulak ni? Ku berlari ke arah tingkap dan ingin terjun bersama  terus memegang tangan kiri pesakit yang sedang memegang tingkap. 2 orang staff nurse memaut erat tubuh pakcik ini sambil makan kuih.

“Pakcik baring kat atas katil ni. Nurse jaga kejap. Saya nak call PSY (psychiatrist)on call.”kataku sambil berlari-lari anak ke arah telefon. Beberapa kelibat manusia lantas datang ke arah tingkap dan memindahkan pesakit ke katil dengan pengawasan.

Pagi ini tak seperti biasa. Pesakit bernama Othman ini baru sahaja dimasukkan ke wad ortopedik daripada Jabatan Kecemasan malam tadi. Aku yang baru datang kerja subuh pagi itu terpinga-pinga memerhati apa yang berlaku.

Kulantas mencari BHT katil 26 dan membaca progess note pesakit tadi dari dalam computer. Cervical injury (kecederaan tulang leher). Pesakit ini telah menggantung dirinya dengan menggunakan dawai besi dalam percubaan kedua membunuh diri.  Beliau ditemui tergantung oleh anak beliau lantas dibawa ke hospital berdekatan bersama pihak polis.

“Pendeknya medical history pesakit ni,”desusku dalam hati. X-ray kuperhati, tiada patah yang nyata. Saraf masih selamat.

“Pakcik, pak cik kenapa ni sampai nak terjun tingkap?,” tuturku perlahan. Khuatir sebarang perbicaraan yang tidak munasabah akan mengundang musibah. Kututup rapat mulut. Buka bila perlu.

Urat tua di muka pakcik Othman ini jelas. Kelopak matanya agak bengkak. Susuk tubuhnya kurus, seperti tidak berisi. Nafasnya perlahan.

“Pakcik.....”sapaku , was was. Sunyi. Aku sabar menanti respons.

“Pakcik berdosa. Sepanjang hidup pakcik berdosa. Dulu pakcik kerja dengan kastam, pakcik ambil rasuah. 4 bot haram datang, 2 bot pakcik tahan, 2 bot lagi pakcik ambil. Kerja dengan timbalan PM macam-macam rasuah ada depan mata. Arak pakcik minum. Apabila kerja dengan imigresen lagi banyak orang ambil rasuah, pakcik berdosa doctor. Pakcik dah tak tahan lagi menanggung dosa di umur tua ni. Biarlah pakcik mati,”sebak pakcik Othman. Dirinya terpaku duduk atas katil dengan tangan terikat di pagar katil hospital.

“Pakcik tak boleh bunuh diri. Pakcik kena ingat Allah. Allah bagi pakcik umur panjang supaya ada kesempatan pakcik bertaubat. Bunuh diri berdosa besar pakcik,”jawabku dalam 4 ayat. Beliau sugul membisu di atas katil. Pesakit di katil lain memerhati tanpa bersuara. Telinga terpasang. Detik jam boleh didengar dek senyapnya wad.

“Pakcik nak mati! Pak cik tak tahan. Semua menteri pakcik dah kerja. Semuanya banyak dosa,”jelas beliau. Aku senyap. Bertubi-tubi taakulan menjengah pemikiran. Antara percaya atau tidak.
Kubangkit lantas mencapai buku nota di kocek. Pena di sisi kugapai perlahan lantas mencoret......

“Delusion of grandiosity, persistent loss of hope with several suicide attempts. No aggressive behaviour. Symptom of Major Depression associated with Schizophrenia tro (to rule out) Bipolar- refer PSY (psychiatrist) now”
(tutup buku)

Panggilan dibuat. Psychiatrist yang bertugas pada hari itu telah dihubungi. Belum sempat gagang diletakkan, dua kelibat wanita hadir dan duduk di sebelah katil pakcik Othman. Seorang badan agak gempal, bertudung, berumur kira-kira 40-an barangkali. Seorang lagi wanita berbadan kecil, muda dan tidak bertudung. Iras-iras orang Indonesia.

Kulekas letak gagang telefon dan berjalan menuju ke arah mereka. “Puan  ni isteri pesakit ke?”
Angguk beliau dalam raut muka yang sukar dibaca.

“Boleh ikut saya sebentar?” soalku dalam senyuman. Wanita tadi lantas kubawa masuk ke pejabat Medical Officer dan kupersilakan duduk. Wanita ini menarik sebuah kerusi berhampiran dan duduk dengan sopan di hadapan meja computer.

Belum sempat kubuka mulut untuk mengorak perbualan, tiba-tiba terpacul ayat ini daripada mulut Kak Salmah....

“Saya minta tolong doctor jangan bagi suami saya balik. Tahan dia di sini selama-lamanya,” tutur puan ini dalam sebak. Matanya penuh dengan sinar harapan. Kelopak matanya ditutup. Aliran air mata berjuraian di sebalik kedut-kedut ketuaan.

Aku kaget. Kenapa pula dia suruh tahan suami dia ni? Apa yang suami dia lakukan? Kotak fikiranku ligat berfungsi. Haih, pelik !

“Kenapa ni puan? Itu kan suami puan?” tuturku dalam nada monotonous. Tidak ingin menunjukkan sebarang reaksi yang membantutkan perbualan kami.

“Suami saya bela orang gila, sebab itu dia jadi gila!”bentaknya tiba-tiba. Amuknya tak disangka. Rentaknya sukar dibaca.

Aku lagi sekali hairan. Tak tahu hujung pangkal cerita. “Puan, boleh ceritakan pada saya sekiranya tidak keberatan? Kita sedang bercakap tentang suami puan.”

“Benar, tuan doctor. Saya isteri kedua Othman. Saya orang seberang. Dia tidak tinggal dengan isteri pertama. Isteri pertamanya ada di KL. Anaknya dengan isteri pertama ada 7 orang. Dengan saya ada 5 orang. Seorang daripada anak isteri pertamanya gila. Dibawa tinggal bersama dia di Pahang ini. Sekarang suami saya sudah jadi gila. Dia berubah sejak 2 tahun lalu. 5 orang anak saya yang kecil-kecil dirampasnya dari saya dan dibawa tinggal di dalam hutan bersama anaknya yang gila itu.”jelas Kak Salmah dalam nada geram berbaur sedih.

“Hari-hari anak-anak kecil saya dipukul, disepak, diterajang. Anaknya yang gila itu lebih dasyat, nyaris disembelih anak saya yang paling kecil itu bulan lepas. Othman itu dah gertak saya sekiranya ambil anak-anak, dia akan bunuh saya dengan parang. Dirumahnya sentiasa ada parang, diasah parang hari-hari. Kalau doctor tak percaya doctor boleh ikut saya sekarang. Anak-anak takut ingin lari. Anak yang tua saya pesan suruh lari tapi dia enggan kerana kasihan pada adiknya yang kecil. Teruk dipukul hari-hari.


 Itu hari saya ambil anak saya apabila dia tiada di pondok buruk dalam hutan, dia datang cari saya di gerai dan di pukulnya saya sampai patah tulang belakang, calar-balar muka, doctor tengok ini! (sambil menunjukkan parut). Sampai sekarang saya tidak boleh duduk dengan betul, belakang saya sakit. Saya masuk hospital apabila dibelasah hampir mati. Dia pukul anak-anak saya di rumah saya separuh mati. Orang gaji saya yang ada di luar itulah yang pergi telefon polis buat laporan. Kalau tiada dia, anak-anak saya sudah mati,” tuturnya dalam tangisan. Berlinangan air mata.

Aku terkesima mendengar cerita puan ini.

“Anak-anak puan umur berapa? Kenapa saya lihat Encik Othman tidak agresif seperti yang puan katakan?,”tanyaku ingin mendapat kepastian.

“Anak saya umur 15 tahun, 13 tahun, 10 tahun, 6 tahun dan 5 tahun yang paling kecil. Othman itu memang begitu. Kadangkala dia agresif pukul semua orang, sepak terajang. Menjerit-jerit macam orang “high” ambil dadah. Ada masa dia murung sahaja macam sekarang. Buka mulut pun susah. Saya dah tak boleh baca sikap dia. Dia tidak sioman lagi seperti dulu,”katanya.

Aku mengangguk. Tenang mendengar keluhan si isteri. Perbualan panjang ini mengambil masa 2 jam. Semua laporan polis sebelum ini yang dibawa kutatap satu persatu.

“Saya akan buat laporan tahap kesihatan suami puan. Apa yang puan ceritakan akan saya rekodkan. Saya akan cuba apa termampu,”kataku ringkas.

Kak Salmah mengucapkan terima kasih dan berlalu keluar. Walaupun si suami menyeksa dirinya dan anak-anak, dia tidak sanggup untuk membiarkan suaminya bersendirian di wad. Kukagumi sikapnya dalam seribu satu tanda tanya.

Mak aih, ini kes besar! Ada yang akan hilang nyawa sekiranya tiada tindakan diambil. Aku diam. Otak ligat merancang sesuatu.

“Selamat pagi Dr Rosman, Dr Faizal dari wad Ortopedik bercakap. Berkenaan pesakit yang saya rujuk pagi tadi tu, saya dah dokumen semua history yang saya dapat daripada ahli-ahli keluarga pesakit. Saya harap doctor boleh tengok keadaan pesakit dan inform kami untuk tindakan lanjut,”jelasku ringkas. Telefon kuletakkan setelah perbualan tamat.

Kutarik nafas lega.Cepatlah pergi psy (wad psikiatri) huhuhuhu. Kalau dia bunuh diri dalam wad ortopedik ni teruk kami kena menjawab, insiden reporting dan macam-macam lagi. Ni semua yang aku tak sanggup nak buat.

Seketika,

Teet tet.....teet tet......teet tet (keluar nombor doctor pakar)

“Selamat pagi Faizal. Saya dah baca laporan awak dari klinik. Terus transfer patient Othman ke PSY sekarang yer,”jelas doctor pakar ortopedik. Aku rasa tak sampai 10 minit aku buat laporan tu di wad, doctor pakar dah review di klinik pakar. Sungguh techno specialist saya ni. Huhuhu

Kulantas arahkan jururawat yang bertugas tolak pesakit ke wad PSY. CASE CLOSED.

“Family requests for permanent retention”-itulah ayat terakhir dalam laporan yang kutulis. At least dengan tindakan ini tak ada orang yang bunuh diri dari wad ortopedik ni lantas menambah statistic mortality lantas mengundang seribu satu masalah yang akan menyusahkan semua pihak. Adus!

Psychiatrist on demand!

__________________________________________________________________________________

“Bang, nah pizza, malam tadi nak sangat,” tuturku pada abang Rahman. Senyum manis terus dia pagi tu.

“Jom aa makan sekali, aku ada cerita nak bagitahu ni,”tuturnya selamba, tak macam orang sakit pun. Huhu

“Specialist tengah round ni, dah habis nanti saya teman abang k,”tuturku lembut. Abang Rahman ni masuk hospital sebab nak buang besi kat dalam lutut dia ajer. Rancangan awalnya pembedahan itu esok. Selain tu dia tak ada apa-apa sakit pun. Lepas berjalan ke hulu ke hilir, kacau aku buat kerja, ajak tengok tv, borak, main FIFA sekali kat laptop dia. Kah kah. Dia bosan. Isterinya kerja. Lagipun sekepala dengan aku. Memang kamcing aaa dalam wad tu.

Aku pun berjalan terus ke aras Acute cubicle untuk buat round dengan doctor pakar. Kira-kira 10 orang lembaga putih berkerumun di depan katil pesakit. Seorang bercakap, yang lain mendengar. Masuk ke tidak maklumat ke dalam kepala masing-masing wallahualam. Tegang urat kaki berdiri lama Boleh kena varicose vein !

Satu jam kemudian.....

“Siapa doctor yang rawat anak saya??? Siapa? (seorangwanita berdiri di tengah-tengah wad sambil menuding jari dengan suara yang tinggi)

Seorang doctor India wanita tampil. “Selamat pagi, ada apa puan?” tanyanya berhemah.

“Tangan anak saya dah bengkak dah. Doktor tahu pasang jarum ke tidak???” Seorang perempuan 50-an menjerit-jerit di tengah-tengah wad macam orang gila. Gaya berpakaian macam datin. Masuk tak bagi salam terus menjerit.

 “Biarlah, doctor tu nak belajar,bengkak sikit ajer, eloklah nanti tu, ”kata suaminya yang berdiri di sebelah. Muka cool.

“Mana boleh biar-biar! Ingat anak kita ni barang eksperimen ke???? Lain kali jangan pandai-pandai doctor nak pasang jarum kat anak saya. Biar doctor pakar tu yang buat! Saya tak akan biar. Kita saman ajer hospital ini!” sergahnya bongkak. 5 minit kemudian terus berlalu keluar dengan angkuh. Pintu wad dihempasnya.

Aku dah naik meluat tahap maksima. Aku rasa nak cekik datin tu sampai mati pun ada. Kawan aku yang ada di depannya macam orang bodoh dibuatnya. Kesian doctor tu. Tak pasal-pasal kena marah dek orang gila tu.
Aku yang terdengar jeritan orang gila tu naik geram. Terus aku masuk bilik abang Rahman. Abang Rahman senyum kelat. Dia buat isyarat jangan layan mak dia. Lepas tu buat isyarat yang mak dia kepala tak betul. Huhuhu

Aku geram betul. Kalau aku la yang kena tadi, aku rasa aku hilang sabar dan terus maki ajer datin gila tu balik. Kawan-kawan aku kata kalau ada keluarga pesakit macam tu jangan lawan. Minta maaf dan terus berlalu.

Tapi aku tetap nak cakap kat sini...kalau datin tu baca biar padan dengan muka. Aku peduli apa.

“Woi orang tua, anakkau tu dah masuk hospital seminggu dah baru hari ni kau datang. Kalau jarum tu tersumbat dan bengkak, itu perkara biasa. Jarum tu masuk salur darah. Darah kita ni membeku. Kalau darah dalam jarum tu membeku itu perkara biasa la. Lagipun anak kau tu ambil antibiotic yang memang menyumbatkan jarum tu dengan cepat (metronidazole). So kalau tersumbat waktu nak bagi ubat pagi tadi dan bengkak, kami kenalah masukkan jarum baru. Bengkak tu lama-lama oklah, bukannya anak kau hilang nyawa pun sebab jarum bodoh tu. Dia siap makan pizza lagi aku belanja. Tak mengeluh pun.

Ini bengkak sikit dah macam ayam riuh sekampung. Orang lain yang masuk wad ni tak ada bising-bising macam orang gila ni. Nak suruh doctor pakar masukkan jarum pulak. Banyak lagi benda lain dia boleh buat daripada terhegeh-hegeh nak masukkan jarum kat tangan anak kau tu. Doktor yang masukkan jarum dah kira bertuah dah. Kalau banyak duit sangat anak tu tak boleh disentuh, bawalah anak tu private hospital. Private hospital nurse yang masukkan jarum ok. Baru padan muka. Kita tengok bengkak ke tak bengkak.”

Dah. Aku tengah keliru sekarang ni siapa yang sebenarnya gila. Othman ke? bini dia ke? datin tu k?, ke aku?
-again, psychiatrist on demand-


**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.




Sakaratul Maut (2011)

$
0
0
Sakaratul maut.

Photobucket
“Abang ada sesak nafas hari ni?”tanyaku mesra. Mata ptosis dah (kelopak mata jatuh-ngantuk)

“Sesak nafas tak ada, batuk kuat ajer, tak dapat tidur dibuatnya,”jelas abang Harun.

Aku senyum. Paru-paru masih penuh dengan jangkitan. Berair-air. Cuba ambil sehelai kertas dan konyot. Begitulah bunyi yang keluar dari stetoskop ini- crepitation. Salur putih nasal prong menyumbat kedua-dua lubang hidungnya dengan oksigen. Pesakit stabil. Ku mengorak langkah ke pantry. Haus sangat rasanya. Kering dah tekak ni.

Gulp, Alhamdulillah! Sedap betul air 100 plus ni. Beli sebelum subuh tadi, kerja, petang baru sempat minum. Banyak sangat urusan dunia , hal ehwal merawat manusia yang perlu diuruskan secara jujur dan hati-hati, sampai makan minum pun dah kucar-kacir.

 Kugapai beg sandang coklatku. Eh, ada newspaper rupanya dalam beg ni !  Tarikh 24 September. Hari ni dah 26. Hmm, tak sempat baca lagi. Simpan dululah. Ada masa nanti baru baca.

Begitulah rutin harian sampai melambak-lambak surat khabar lama kat rumah yang dibeli tanpa dibaca. Waktu beli tu memang semangat nak baca, apabila dah sibuk kerja, entah bilalah nak baca. Buku medic pun tak sempat habis !

“ Doctor Faizal, ada patient asystole ! (tiada degupan jantung),” jerit nurse ke dalam bilik pantry. Kulantas segera bangkit, meletakkan tin minuman di atas meja lantas menghayun kaki keluar dari bilik pantry dengan tergesa-gesa.

“Ya, Allah jauhkan wad ini daripada malaikat maut,” itulah antara ayat yang terpacul keluar dari mulut tanpa sedar. Pintu bilik pantry kukuak. Dentuman pintu di belakang tak kuhirau.

“Katil berapa kak?,”

“ katil 2,nenek Jah, nak inform sesiapa tak?”tanyanya pantas.
                                
“Tolong call dr Leong, suruh dia datang cepat. Inform MO second call, Dr Rama kan? Saya nak Intubation set sekarang,bawa ke katil 2. ETT Saiz 7.5,”arahku dalam kalut. Lab coat putih kucampak ke atas kaunter. Nanti dah settle kukemas balik, desusku.

“Puan, encik, minta maaf banyak-banyak. Boleh duduk di luar dahulu, kami nak selamatkan nenek ni dahulu,"pesanku pada ahli keluarga yang cemas.

Kuterus tarik langsir menutup sekeliling katil. Jururawat-jururawat turut sama membantu. Aku tak pedulikan apa-apa respons daripada ahli keluarga. Nak menangis ke, nak melolong ke, nak merengek ke, yang penting duduk luar. Aku nak buat bantuan pernafasan sekarang ni (CPR).

Langsir ditutup, ada yang cuba membuka.

“Minta maaf, tolong duduk luar sekejap, saya nak selamatkan nyawa nenek ni. Saya tak nak gangguan,”kataku tanpa intonasi namun volume suara agak tinggi. Jelas. Mustahil tak dengar.

Mataku lekas melekat di cardiac monitor. Cardiac monitoring linear, Kadang-kadang baru degupan jantung kembali naik. Tak konsistent. Seorang jururawat yang bersarung tangan sedang menekan dada nenek ini. Keringatnya meleleh. Basah dahi.

“Saya  nak ETT size 7.5, kak, tolong buka lampu kat pangkal katil. Turunkan tempat sandar katil ni, biar katil flat. Tarik katil keluar sikit, saya nak mencelah kat dinding. Bagi Adrenaline 1 mcg,then  atropine 1mcg stat,”arahku monotonous. Jururawat-jururawat ni semua dah mahir dah. Tak payah suruh pun mereka akan tanya doctor, perlu bagi sekarang ke ubat-ubat itu atau tidak. Hari-hari ada orang mati dalam wad. Dah biasa.

Mata kuperiksa dengan lampu suluh. Fixed dilated pupil. Otak dah mati.

Kak Ros yang sedang meng”ambu” melalui oropharyngeal tube kuminta ketepi. Leher pesakit kuextend. Rahang mulut kutekan dari tepi untuk meluaskan bukaan mulut. Kulekas cabut oropharyngeal tube, capai laryngoscope,  ETT tube dan masukkan ke celahan peti suara pesakit apabila terzahir di mata kasar dengan bantuan cahaya daripada laryngoscope  dalam kelam tekak seorang manusia.

Photobucket

“Equal?,”tanyaku pantas kepada seorang jururawat yang sedang memeriksa paru-paru dengan menggunakan stethoscope.

“Tak pastilah doctor, doctor cuba dengar,”tuturnya perlahan.

"Tolong ambu kejap".

 Kugapai stethoscope biru yang tergantung di leherku sepanjang hari dan terus menekapnya di dada kanan dan kiri.

Transmitted sound. Equal.

"Biar saya sambung,"pintaku sopan. Kak ros lantas mengalih pungguhnya dan membiarkanku melompat ke atas katil dan terus menekan dada nenek Jah dengan kuat.

"Faizal, perlahan sikit,"tiba-tiba suara mencelah.
"Perlahan? speed ke amplitude?,"jawabku selamba.

"Amplitude la, hemothorax pulak nenek ni nanti,"tutur Dr Rama yang muncul di sisi katil entah bila. Aku tak perasan.

Nenek Jah tersadai di atas katil. Dadanya berombak tatkala kami cuba mengepam jantungnya secara manual. Mulut terkunci, Endotracheal tube menyumbat. Mata terpejam. Tak lagi terbuka. Badannya tidak bergerak seolah-olah pasrah.

Pasrah terhadap kehidupan dunia.
Pasrah terhadap malaikat yang ingin mencabut nyawa.
Pasrah terhadap janji Allah tentang kematian, yang takkan ditunda
Pasrah terhadap doktor-doktor yang mencuba memanjang nyawa, tanggungjawab seorang manusia.

Aku senyap.  Air mata mengalir dari kelopak mata nek jah yang tertutup.

"Mak, bangunlah mak. Kami nak jumpa mak,"suatu suara wanita terdengar di sebalik langsir. Sebak. Tangisan sebagai muzik background.

"Dr Rama, boleh tolong cpr?,"pintaku sopan. Beliau mengangguk tanpa banyak bicara.
"makcik mengucap makcik. La ilaha illallah."
"La ilaha illallah"

kalimat agung ini kubisik di telinga kanan. Mulutku tak lebih  5 cm dari cuping telinga Nenek Jah barangkali.

"Mengucap nek. Lailaha illallah."

"La ilaha illallah."

"La ilaha illallah."

Cardiac monitoring linear. Tiada degupan jantung dirakam walau jantung dipam secara manual dengan tangan-tangan kami.

Dr Rama terduduk di atas katil. Tangan kiri diangkat. Jam tangan diperhati.

Dah lebih setengah jam. Tiada response. Kita berhenti di sini. Time of death 5.30 pm.

Aku mengangguk. Tiada emosi. Bidang perubatan telah menyedut segala emosi ketika berhadapan dengan situasi begini. Memang dilatih begini.

Sekujur tubuh hanya tinggal tubuh. Kakinya yang sejuk pada mulanya, kini keseluruhan tubuh. Tiada lagi suara nenek Jah yang mampu didengar. Tiada lagi nenek Jah yang sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar segala keluhan kerja yang menyesakkan diri. Tubuh hanya tinggal tubuh. Bersedia untuk bersemadi. Janji Allah itu pasti.

Kusedekahkan al-fatihah buat arwah. Berdiri kaku di sisi katil.

"Faizal, declare to the family,"pesan Dr Rama. Ku mengangguk lemah.
Sedang ingin berjalan keluar sambil menyelak langsir untuk berhadapan ahli keluarga, tiba-tiba.......................................................................................................................................................

"Doktor,katik 25 SOB (shortness of breath, sesak nafas),"jerit staff nurse.

Katil 25? eh, tu abang Harun kan? tertujah-tujah soalan di benak.
Belum sempat declare, ku terus berlari ke bilik isolation.

Langsir telah ditarik. Beberapa pasang kaki putih terlihat dari luar di bawah langsir yang tergantung.

Kulekas masuk. Abang Harun umpama ikan di daratan. Tercungap-cungap. Matanya terbuka dan tertutup.

"Intubation set right now,"arahku pantas.

Adik-adik pelajar jururawat berlari keluar. Cuak, mungkin pertama kali berhadapan keadaan sebegini.

"Mak,panas mak! aaaaaaaahhhhhhh,"tutur abang harun tercungap-cungap. Nafas ditarik panjang. Matanya merah.

"Sabar nak, doktor ada ni nak tolong,"pujuk ibunya dalam tangisan.

Panas mak, panas !
aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh

Abang tttak tahann!
aaaaaaaaaaaaaahhhh

Aku segera menyiapkan perkakas di atas troli emergency. suara abang Harun menghirup saki baki udara sungguh menggerunkan.

Kakinya tak duduk diam, merah  padam. Hemorrhagic blister dah sebesar 10 cm diameter di atas kedua-dua betis.

"Doktor saya ambil ETT (endotracheal tube) kejap. Kat troli ni dah habis, guna kat nenek jah tadi,"pesan jururawat.

"Dah pergi cepat. Inform anaest for intubation sekali,"pesanku. Dr Rama segera mencelah masuk.

Kubiarkan beliau sahaja memberi arahan. Beliau lebih arif. Kedua-dua tangan abang Harun kupegang kuat. Pesakit ini aggresif.

"Bang, bawa mengucap bang. Ingat Allah,La ilaha illallah.La ilaha illallah."

Badannya umpama disalai hidup-hidup. Tak berhenti bergerak. Matanya terbeliak menahan pedih, tangan dipegang. Kaki terikat di hujung katil.

"Mengucap nak, mengucap,"jerit si ibu sebak. Air mata umpama air terjun. Entah ke mana limpahnya, entah di mana empangnya.

Sakit mak!!!!!!!!!!!! jerit  abang Harun kuat. Nafasnya ditarik panjang. Lidahnya terjelir keluar. Tekaknya berbunyi, berdiri bulu romaku.

Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttt. Cardiac monitoring kupandang- asystole!

"Minta maaf makcik, kami nak beri bantuan kecemasan," pesan Dr Rama. Kusegera melompat ke atas katil. Dada abang harun kehenyak kuat. Jantung dipam dengan tangan.

"Huuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhuuuu. Ya allah,ambillah nyawa aku, jangan ambil nyawa anakku! Ambillah nyawa aku!"jerit ibu tunggal ini. Tangan tak dilepas dari tubuh abang Harun.

Staff nurse segera memegang ibunya untuk dibawa keluar. Susah payah dibuatnya. Sudah berumur, entah mana datang kudrat itu. Tangan tak terlepas dari bucu katil.

Dr Rama segera intubate pesakit (masukkan tube ke dalam kerongkong). Susah, yang dilihat hanya darah.

"Jangan tinggalkan mak nak! Jangan tinggalkan mak! Ambil nyawa aku Allah. Biar dia hidup ya Allah ! Aku mohon pada engkau Allah ! Jangan seksa anak aku begini !" jerit si ibu seolah-olah hilang akal.

"Bangun bang, tengok mak nak,"
"bangun bang...
"Bang......... (jatuh pengsan)

Teeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Begitulah bunyi cardiac monitoring tatkala diisytihar kematian. Sakaratul maut yang diperhati di depan mata terbawa-bawa ke tidur.Pesakit tersenyum dan menyapa doktor di kala pagi, tidak lagi bersuara menjelang dinihari. Umur muda tak menjanjikan hidup lama. Niat di hati ingin mengucap kalimah suci di saat akhir, namun berapa pesakitkah yang kudengar mengucap kalimah suci ini di akhir usia?- tiada-

suaranya mungkin kuat menggertak pekerja,
nanti suaranya juga mungkin kuat merayu sebagai hamba

Perangainya mungkin lincah mengikat manusia dengan janji durjana.
nanti perangainya juga mungkin lincah di atas katil, namun terikat tidak bermaya

Tekaknya mungkin basah dengan arak yang dituntung ketika usia
Nanti tekaknya juga mungkin basah dengan darah, rentung , nafasnya sia-sia

Dadanya mungkin jelita dipasak silicon, menggiurkan pemuda gila
Nanti dada siliconnyanya mungkin pecah, penyet, busuk ditekan doktor, tatkala bantuan kecemasan bermula

Mulutnya mungkin liar mencium pemuda atau gadis kota
Nanti mulutnya juga mungkin liar mencium dan menghirup saki baki udara, di saat roh menjauh , badan terkebil-kebil menanti neraka.

Nauzubillahi minzalik.

(Sebagai renungan- abang Harun (bukan nama sebenar) hanya berusia 27 tahun, HIV  positif, Hepatitis B dan C positif, transgendered with breast implant. Meninggal dunia dalam keadaan terseksa yang sebenarnya sukar digambarkan dalam bentuk kata-kata dalam tulisan ini. Seburuk-buruk manusia , dia masih anak- begitulah prinsip seorang ibu, membela anaknya tatkala derita kesakitan walau ahli keluarga lain membuang anaknya itu dari pandangan mata, dek kerana marah dan tidak mendengar kata. Kembalilah ke pangkal jalan, jangan menyeksa diri anda dan keluarga anda untuk kegembiraan yang sementara dan sia-sia)

Tolong sebarkan artikel ini sekiranya difikirkan bermanfaat.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Bayi Tanpa Otak

$
0
0

Bayi tanpa Otak
Kisah benar yang kualami hari ni membuktikan kekuasaan Allah Subhanallahu Wataala.

Seperti malam-malam yang lain, aku akan "menempel"di bilik bersalin Hospital University Kaherah, Mesir. Ketidakcukupan doctor dan keletihan doctor-doktor yang bekerja lebih 24 jam untuk setiap sesi memaksa aku untuk menyambut normal labor atau membantu Medical Officer menyambut abnormal labor atau labor berisiko tinggi.
Malam itu dalam tapak tangan ini sendiri yang bersarung tangan, kuterima seorang bayi kurniaan Allah kepada sepasang suami Isteri penduduk Mesir, yang tak pernah kuketemu sebelum ini.

Bayi perempuan ini dilahirkan tanpa otak. Benar kataku. Tanpa otak atau dalam bahasa perubatan"Anencephaly newborn". Gambarnya ada kusisip di bawah:
Jika dilihat dari mukanya, ada congenital anomaly (neural tube anomaly) di bahagian mukanya dan sekiranya diraba (palpate) kepalanya, kepala bayi ini tidak bertengkorak. Hanya ada kulit lembik berambut yang mendap ke dalam. Bayi ini dilahirkan tanpa otak.

Aku terfikir jauh mengenangkan mengapa Allah jadikan bayi itu sedemikian rupa. Bayi itu bernafas namun kancing gigi (convulsion). Aku dapatkan doctor paediatric (katakan doctor x) yang bertugas pada malam itu. Beliau datang ke radiator dan memeriksa bayi tersebut.

"She is anencephaly. She will not survive. I will tell the mother and father. When they have seen the newborn put her here. She will die after a few moments," said doctor X.

Aku akur dengan kata-katanya. Namun aku curiga. Bukankah kejam sekiranya membiarkan bayi tersebut dengan radiator terpadam tanpa sebarang oral nutrients mahupun lampin atau baju seperti newborn lain, dan membiarkannya menanti saat diambil Allah? Aku terkedu waktu itu namun tidak berpeluang berfikir panjang kerana orang bersalin setiap minit dalam masa 24 jam.

Cukup masa..aku berlalu pulang.

3 hari kemudian, aku datang kembali ke Labor room setelah bercuti hujung minggu(bukan cuti sebenarnya, banyak kena study). Dengan Nama Allah yang Maha besar, aku kaget, mulutku kelu tidak terkata selama beberapa minit apabila melihat bayi tanpa otak itu masih berada di situ. Belum mati walaupun tidak dinyalakan radiator, tidak diberi air, tidak diberi antibiotic, tidak diberi oral nutrients!

Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu itu. Aku lantas naik tingkat 5 dengan menaiki tangga dan memanggil pakar paediatric yang bertugas. Doktor Y yang bertugas hari ni. Beliau mengikutiku terus ketemu bayi tersebut. "We must not let her like this" katanya. Disuruhnya nurse mengambil oral tube dan nutrient yang diperlukan dan dengan bantuanku, disalurkan makanan ke mulut bayi tersebut. Parentral Vitamin K diberikan dan pemeriksaan menyeluruh dijalankan.

Saat itu, Dr X tiba dan memberi salam pada doctor Y tadi. Beliau terkejut dengan bayi tanpa otak yang masih hidup itu. Beliau diam membisu tidak berkata apa-apa memerhatikan Doktor Y membuat kerjanya. Setelah 4 hari bayi tersebut dijaga dengan penuh kasih saying olehku dan nurse-nurse yang bertugas, bayi perempuan itu melepaskan nafas yang terakhir di atas radiator Bilik Bersalin itu. Aku sedih namun tak mampu berbuat apa-apa memandangkan terlalu sibuk menyambut bayi-bayi yang baru lahir.

Selang beberapa hari kemudian, seorang lagi Bayi tanpa Otak lahir, namun kali ini disambut oleh doctor lain. Doktor X ada bertugas pada hari itu. "What should we do then?"ask me.

"We give her oral nutrient and you faizal please help me to manage this baby. We don’t know what will happen, it is Allah's job to give or to take lives. We do what we should do,"kata doctor X kepadaku. Hari ini baru aku dapat menjawab persoalan diriku tempoh hari mengenai mengapa bayi tanpa otak Allah lahirkan.

Bayi ini bayi istimewa, walaupun hanya 3 hari tempoh hayatnya, bayi ini dapat memecah keangkuhan doctor pakar Paediatric yang telah bertugas 30 tahun lamanya, mengubah persepsi beliau mengenai kehidupan dan mendidik doctor pakar ini menjalankan tanggungjawab penuh zuhud dan tanggungjawab.

Engkau terlalu istimewa sayangku..air mataku berlinang saat ini mengenangkanmu. Al-Fatehah

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.JALAN CERITA ASAL DIOLAH SEMULA agar sesuai untuk tatapan pembaca.


Jarum Dalam Daging (2013)

$
0
0

Jarum Dalam daging

"Kak, patient dah sampai?" tanyaku ingin tahu.
"Dah doktor, ada dekat bilik 6,"jawab kakak jururawat   mesra.

Aku memang suka bertugas di labor room (dewan bersalin)ni.  Sunggu gembira rasanya dapat sambut kelahiran dan azankan bayi sejurus dilahirkan. Segala penat lelah hilang entah ke mana.  Kakitangan dewan bersalin ni ramah-ramah dan baik hati. Walaupun hampir semuanya lebih tua dariku malah ada yang dah pangkat makcik kepadaku pun akur menurut perintah. Hahaha. Aku tidak sekejam itu. Bahkan banyak yang kita belajar daripada jururawat @bidan-bidan yang ada di dewan bersalin ini sekiranya kita ringan mulut bertanya dan sikap disenangi ramai.

Kuhayunkan kakiku ke arah bilik 6. Seorang wanita cina yang sarat mengandung terbaring di atas katil menahan kesakitan pabila rahimnya menegang sebagai persediaan mengeluarkan bayi.

"puan Siaw yer?" angguknya lemah.

"Saya doktor faizal, saya ingin periksa puan yer sebelum  baby keluar,"kataku sambil memakai mask dan mencapai glove saiz 7. Jururawat dan jururawat pelatih turut sama ada di dalam bilik.

"term size, singleton, cephalic presentation, longitudinal lie, estimated fetal weight emm 3.2- 3.4 kg."tuturku lantang semasa membuat per abdominal examination.

"puan, angkat kaki seperti bersalin yer, saya nak periksa jalan bawah."

"doktor, ctg tak berapa dapat, macam dah fully jer ni," jawab kakak jururawat sempoi. Tengok CTG pun kita boleh tahu bayi dah nak keluar ke belum. Pengalaman berpuluh tahun kan. Dah master habis dah, dah pangkat pakar dah mereka ni, cuma tak ambil periksa aje. Hehe

Kupakai sarung tangan saiz 7, capai sedikit kapas basah dan kubersihkan sedikit tempat pemeriksaan.

"adik, nak cream dik,"pintaku pada jururawat pelatih.

Kuambil sedikit cream putih dan kusapu sedikit di bahagian pemeriksaan sebagai lubricant (minyak pelincir). Bidan-bidan dulu mana ada guna cream-cream ni, dulu pakai minyak kelapa. Memang licin saja kawasan peranakan tu dan mudah bayi nak keluar, koyak rabak pun kurang, namun minyak kelapa tidak lagi dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak steril katanya.

Maka terpaksalah kami guna cream putih yang steril itu, kejap kejap kena sapu balik. Kalau tidak nanti hilang kelinciran tersekatlah pula.

Setelah kusapu cream, kuseluk 2 jariku kebahagian peranakan tanpa memandang ke bahagian tersebut. Mataku pada wajah ibu yang sangat sakit sambil tidak henti-henti menghirup entonox untuk mengurangkan sakit.

"Vulva vaginal no abnormality, os fully dilated, cervix well effaced, membrane present and bulging, station low, ready for delivery," tuturku dengan suara yang kuat yang menyebabkan adik-adik jururawat yang nak menyambut kelahiran tergesa-gesa mencari penutup mulut (mask) dan sarung tangan untuk membantu menyambut kelahiran.

"OS fully 12.05 pm,"umum kakak jururawat sambil mata memandang jam dinding di bilik hadapan. jam dinding kat bilik tu ikut waktu amerika, jam bilik sebelah ikut waktu jepun, yang bilik belakang jam mati. Radicare entah bila nak service jam. Sakit hati memandang.

"Baik puan, saya akan pecahkan air ketuban,  selepas itu kalau puan rasa perut puan sakit, puan terus teran seperti puan nak buang air besar, jangan teran di muka , nanti muka merah baby tak keluar. Kalau perut tak sakit, puan jangan teran, puan rehat, ambil nafas tunggu sakit seterusnya,"terangku bersahaja.

"Kak nak hook,"pintaku.

Ku capai hook putih yang sterile, sedia untuk arm (artifical rupture of membrane) atau lebih dikenali di negara lain dengan amniotomy.

Kurasa bahagian membrane yang menonjol2  dengan jari telunjukku dan ku selit hook di bawah jari mengikut jari telunjuk sampai ke hujung. Bahagian cangkuknya kutolak dengan jari telunjuk ke arah membrane dan kutarik ke arah luar.....

WOOOshhhhhh, air jernih putih mencurah keluar membasahi lengan.

"Clear liquor"

"Ok ibu, perut tengah sakit ni, teran habis-habis, paling kurang 10 saat."

"woooo, doktor, manyak sakit!" jerit ibu ini dengan keringat membasahi dahi, mengalir ke hidung , menitik ke baju dan basah.

"Ok ibu teran lagi! sikit lagi ibu, tangan ni pegang buku lali. buka peha, kepala anak mahu keluar, tutup peha macam mana anak mahu keluar, teran!" tuturku dengan suara yang agak tinggi.

ibu yang memerlukan episotomy sebelum bayi dilahirkan.

"lagi teran, TERAN!!!!!" begitulah gamatnya suaraku di bilik bersalin. Ibu yang terperanjat dengar suaraku yang menjerit terus teran tanpa halangan dan.....wuuueeekkk!!! wueekkkkk! wueekkkkkk

"Baby boy 12.15 pm," sebut suara jururawat yang turut sama menyambut kelahiran manakala seorang jururawat lagi mencatit dalam borang kelahiran di atas meja. IM pitocin diberikan dan aku membiarkan jururawat pelatih membuat cct (continous cord traction) dan memeriksa uri bayi (placenta) sambil aku memegang bayi dan mengazankannya.

Pernah sekali jururawat menegur,"doktor, inikan anak cina, kenapa doktor azankan?"

Semua bayi dilahirkan Islam. Jelas Allah dalam al-quran yang berbunyi:




Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul, kami menjadi saksi." agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini." 
(QS Al-A'raf: 172)

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw bersabda, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."(HR Bukhari 1296)

Anak cina ini selamat diazankan, kupanggil ayah kepada bayi ini untuk melihat anaknya lantas aku membuat persediaan untuk menjahit kesan gunting (episiotomy) yang dibuat semasa proses kelahiran tadi.

"Kak nak suture 2/o satu, 3/o satu, needle, syringe 5 cc, lignocaine, few tampoons, needle holder and artery,"jelasku.

Staff nurse ni dh hari-hari buat benda ni, aku x cakap pun mereka dah ambil. Cuma perlu pastikan ajer semua ada sebelum aku start menjahit. Kalau dah menjahit, ada perkakas tak ada si doktor ni boleh menjerit macam halilintar....sabar skit eh

"Dik tolong saya di sebelah yer. Daging pesakit ni keras sikit. Apabila saya dh masukkan jarum dan terkeluar sikit, adik terus catch dengan forcep atau artery ni yer, kalau tak jarum kena keluarkan balik dan kena masukkan balik. Kesian pesakit,"tuturku perlahan. Jururawat pelatih ni mengangguk akur.

Kucapai apex kepada apesiotomy tadi dan surgical not dibuat dengan kemas walaupun darah dari rahim masih mengaburi tempat jahitan yang akan dibuat.

"Dik, tolong saya catch dik, jarum dah keluar sikit tu,"kataku pada adik dengan peluh yang membasahi kepala. Aku perasan jarum 2/0 yang digunakan dari apex tadi agak "nipis" berbanding biasa. Nak jahit mucosa pun agak payah, dah la daging cina ni liat!

Selepas 3 continous suture dibuat dengan tekanan, aku pun menghayunkan jari untuk membuat jahitan keempat. Aku benamkan jarum seperti biasa namun tak keluar-keluar. Adik yang membantu menunggu hujung jarum muncul dari daging untuk di sambut.



Aik, kenapa tak keluar ni? desusku dalam hati. Ku terus mencabut needle holder tersebut yang tinggal hanyalah hujung jarum. Selebihnya sudah hilang!

Kak. jarum tertinggal dalam dalam daging!

Aku gelabah. Macam mana pulak boleh patah jarum. Dah berpuluh kali jahit episiotomy hari ni pulak jarum boleh patah!

Kakak jururawat yang mendengar terus mencapai glove dan memeriksa tempat jahitan.

"Tak ada pun doktor, saya pegang macam tak ada jarum pun dalam dagin pesakit ni,"

"Ada, mana perginya pulak, takkan jatuh pulak!"

"Cuba tengok kat celah-celah punggung kut kut dah patah sebelum cucuk,"kata jururawat.

"Mengarut, habis tu aku cucuk macam mana?" ades kepalaku pening. Ku telek-telek daging tersebut. Mencari mana diamnya baki jarum yang patah. Kalau betul ada baik rasa , ini tak rasa apa.

"Kak, bagitau medical officer kejap. Tadi jarum apa yang akak bagi 2/0 kan?"

"a ah 2/0 vicryl tapi macam kecil ajer bila doktor tarik keluar tadi,"jelasnya.

"Mana kotak? ada lagi tak saya nk tengok."

Ni haa

Memang tulis vicryl 2/0 tapi apasal lain? banyak sangat nombor tertulis adat label sampai aku jadi keliru.
"Macam mana boleh patah ni faizal? tak pernah dibuat orang," membebel Kak Long selaku Medical Officer yang on call hari itu.

"entah lah. Yang lagi memeningkan saya tak daat rasa jarum tu pergi mana. Pesakit nampak tenang, tak terasa jarum ada tertinggal di dalam daging.

"Faizal kau sure jarum masih ada kat mucosa dia ni?"tanya kaklong.

"Sure bos, jahitan pun masih belum siap. Saya tak akan tutup selagi saya tak jumpa jarum saya,"kataku tegas.

"OK, aku inform specialist, kau pergi paggil portable x-ray urgent suruh datang labor room ni. Pergi panggil Dr LIM suruh terangkan kat pesakit dan suami dalam bahasa Cina yang prosedur untuk menjahit episotomy masih belum siap, kita kena buat x-ray dan keluarkan jarum yang patah dahulu baru kita jahit semula,"jelas kaklong memberi arahan.

Aku lantas memanggil x-ray dan tak sampai 10 minit mereka sudah berada di depan pintu.

Dr Lim sahabat yang bekerja pada hari itu amat memudahkan kerja kami apabila berjaya menerangkan keadaan sebenar pada pesakit dan suami dengan jayanya. Pasangan suami isteri cina ini amat bekerjasama. Apa yang nampak diwajah mereka adalah kegembiraan anak pertama mereka selamat dilahirkan.

"bro, buat pelvic x-ray, kami nak cari jarum yang patah,boleh eh,"kataku pada pegawai yang bertugas.

"Beresss."

Setelah pelvic x-ray berjaya dibuat, muncullah jarum tersebut disebelah kiri kawasan gunting tersebut (dalam daging) berbentuk separa u.

Doktor pakar pun terus menyuruh kami mengeluarkan jarum tersebut dalam bilik pembedahan menggunakan IUI dan berjaya dikeluarkan, episotomy berjaya ditutup dan ibu dalam keadaan stabil!

Aku pulang ke bilik bersalin dengan rasa tak puas hati kenapa jarum tadi boleh patah. Ku telek-telek jarum yang digunakan tadi dengan jarum yang pernah aku gunakan sebelum ini. Terpampang dekat label tu 2/0 35mm sedangkan jarum yang aku gunakan sebelum ni 2/0 75mm.

"Mana pulak datang jarum yang 35mm ni kak?saya tak pernah guna sebelum ni,"tanyaku pada sister.

"Itu kita ambil dari stor, jarum sebelum ni dah tak ada. Hospital ni kan serba tak ada. Yag di supply benda-benda murah low quality macam ni. Jarum browns untuk baby tu pun dah habis stok. Macam-macamlah doktor. Pandai-pandailah nak survive. Kalau tak puas hati jumpa datuk pengarah sendiri," jawab sister.

Aku tak tau nk response apa. Nak salahkan jarum ke, salah teknik aku ke, atau salah daging pesakit? entah malas nak fikir!

3 hari lepas tu ada dua lagi kes jarum patah dalam daging. Seorang houseman waktu SVD kat OT dan satu lagi kes done by specialist. Selepas tu jarum 2/0 vicryl 35 mm tu tak ada orang nak usik dah! Sesak nafas den!

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.


Viewing all 38 articles
Browse latest View live